Follower

Pengalaman : 3D 4D Scan

9:00 AM

Salam.

Apa khabar semua? :) InsyaAllah semuanya dalam keadaan baik.

Beberapa hari yang lepas, Fariza telah menjalani 3D 4D Scan di Klinik Fauziah dan Rakan-rakan di Ampang, Selangor.
Ramai Ibu Hamil yang telah pergi di sini dan berpuas hati dengan servis mereka (atas keizinanNya)

Pengalaman :

Masing-masing mempunyai pengalaman sendiri kan....

1) Perjalanan menuju ke klinik tersebut mudah :) Alhamdulillah

2) Sebaik tiba, duduk di kerusi di hadapan Bilik 2 sebab nanti Jezzlyn panggil nama dengan lemah lembut. hik3. Takut nanti tak dengar pula :D

3) Temujanji pada pukul 11:00 pagi, namun di sana ada sedikit masalah teknikal, jadi terpaksa masa dianjakkan. hu3. Fariza sudah pesan kat baby, bangun pada pukul 11:00 pagi (baby mesti tau tengok jam. ha3) untuk scan. Ya, baby bangun masa itu. Tetapi, disebabkan ada masalah teknikal, dekat setengah jam, baby tidur sehingga nama Fariza dipanggil. Lega...

4) Sonographer bertugas ketika itu adalah Jezzlyn. Comel sahaja orangnya kan :)

5) Semasa scan itu, baby tidur, maaf, terpaksa kejutkan baby sekejap. Menguap, muka masam dan mengeliat semua ada. Pujuk-pujuk baby supaya bergerak. Buka mata pun sekejap. Yang paling seronok, baby bagi senyuman walaupun mengantuk. Comel !!!

6) Pakej paling murah RM 100 termasuk 3 keping print out gambar dan 1 cd (gambar dan video). Apabila rindu, boleh tengok gambar baby dan simpan dalam album :)

7) Sayang anak Ummi... :)


Di bawah ini terdapat beberapa gambar comel yang telah diperolehi :


Gambar 1 : Kacau baby tidur :D. Masam muka baby. hahahaha
Gambar 2 : Kemam mulut :)
Gambar 3 : Sempat bagi senyuman walaupun sekejap ye.
Gambar 4 : Menguap !!!! (Ummi kacau baby tidur)


Maklumat lanjut sila rujuk di bawah :
Sila menempah tarikh dan masa anda lebih awal ye.
Sebaik sahaja anda mendaftar dan membuat temujanji di talian, tunggu sehingga mereka membalas email anda untuk 'confirmation' dan 'reminder'.
Begitu mudah untuk membuat tempahan :))

Pendaftaran : 3D 4D Scan Malaysia
Pakej : Pakej ditawarkan (Berpatutan)
Sonographer : Jezzlyn / Pearly 



Hubby begitu excited buat persiapan baby selepas scan itu... Penat-penat pun tetap bertukang juga... Hik3. Comel...


p/s : Siapa yang BETUL-BETUL mahu susu percuma, sila klik di SINI

You Might Also Like

16 Komen

Powered by Blogger.