Fresh Flower Online

Bunga Segar


Thursday, September 15, 2016

Newborn Screening Test - PPUM

Assalamualaikum


1) Bilik Bersalin.
Suami boleh teman ke bilik bersalin (normal) semula yang telah berkuat kuasa awal tahun ini. (bergantung pada keadaan isteri ketika itu & mengikut prosedur ditetapkan)    

Ya. Kali ini suami Fariza masuk ke dalam bilik bersalin masa sudah 7cm sebab progress terlalu cepat T_T. 
Terima kasih Nurse sebab bagi masuk awal.

Baguslah suami lihat isteri sakit bersalinkan anak. Haha

2) Newborn Screening Test    
Sedikit Info : Tests & Checks    
Bayaran : RM 84.80 (Staff / Tanggungan / Orang luar memang kena bayar) yang mana mahu bersalin di situ.    
No refundable. Bayaran sebelum bersalin ye.    
Suruh suami bawa dan tunjuk resit masa kat hospital. Ko dah sakit bersalin ke lepas bersalin mana nak ingat semua dokumen dah T_T  
Akulah tu. wakakakaka    
Lain-lain hospital aku xtau ada buat ke tidak.
    
Ini sangat penting sejurus selepas kelahiran bayi. Doktor akan check kesihatan tubuh luaran dan dalaman bayi secara keseluruhan.    
Macam ambil darah dan sebagainya.    
Jika mempunyai sebarang penyakit, boleh dicegah dari awal. 

Aku lupa berapa jenis penyakit. Berangan banyak. Tetapi rawatilah lebih awal.

Cth : Jaundice. Dulu Rayyan lama jaundice. Pity him T_T.     
Dahulu before keluar memang ada check tetapi tidak selengkap-lengkapnya seperti yang baru ini. 

InshaAllah semuanya ok. Apa-apa pun berserah pada Allah agar dipermudahkan. Aamiin.

Yang mana ada salah silap, kurang info, harap dimaafkan.

Bye !

Wednesday, September 14, 2016

Bidan Urut KL/Selangor

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Sudah bersalin pada 4 September 2016.

Bidan - Kak Yati
Hubungi/Whatsapp - 012-854-6760
Area - Sekitar KL/Selangor

Fariza ambil pakej 3 hari dengan Kak Yati.
Kak Yati dekat dengan rumah so senanglah runding.
Murah sangat dan tertakluk pada harga semasa.
Tungku, scrub badan dan urut.

Awal mengandung pun sudah 2 kali urut dengan dia atas sebab-sebab tertentu.

Jadi, korang boleh cuba dapatkan perkhidmatan urut dia nanti.

Bye ;)

Tuesday, August 30, 2016

Kedegilan Anak Sebenarnya Dibentuk Oleh Ibu Bapa

Assalamualaikum.

Baca tajuk buat sentap aje ye.
Wallahualam.

Sumber : Pixel Media

Kadang-kadang terfikir juga kenapalah anak ini macam degil dan selfish. Semuanya nak ke dia saja. Kita sudah cakap, ajar dan terangkan baik-baik serta gunakan bermacam-macam tips untuk bentuk 'obedience' dia, tetapi dia masih begitu juga. 

Kalau main, tak mahu berkongsi. Kalau berbual, kita bercakap tentang ini, dia tak nak masuk cerita kita dan dia cerita tentang cerita dia juga. Kita ajar dia letak barang di sini, dia nak letak juga di situ. 

Ibu-ibu dan ayah-ayah penyayang sekalian, sebenarnya mereka tidak degil. Malah tidak wujud pun 'kedegilan' dalam diri kanak-kanak. Allah telah menjadikan manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Ia adalah berkaitan fenomena Egocentrism. 

Egocentrism atau egosentrik ini bermaksud, keterbatasan kemampuan kanak-kanak untuk melihat sesuatu dari sudut pandangan orang lain. Ia akan berterusan sehingga usia sekitar 6 - 7 tahun. 

Bahasa mudahnya, kanak-kanak menyangka yang kita ini semua berfikir seperti mereka. Meja adalah litar lumba untuk kereta mainan mereka (kata mereka), maka mereka dengan yakin dan selamba badaknya beranggapan kita juga fikirkan perkara yang sama. Sebab itu mereka akan terus buat apa yang mereka suka buat. Habis dibawa semua kereta kenitnya ke meja kita. Bukan sebab degil. 

Egocentrism juga menjadikan kanak-kanak tidak mampu melihat dari pelbagai perspektif. Pemikiran mereka sehala sahaja. Pendek kata, it's all about me! 

Cuba tengok bila mereka (khususnya yang berusia 2-4 tahun) bermain dengan sepupu-sepupunya. Nampak main sekali tetapi sebenarnya mereka dengan dunia masing-masing, cuma berkongsi tempat sahaja. Yang A bercerita tentang rumput, B lazimnya tak reply tetapi akan cerita sungai pula. 

Ia sangat berkait rapat dengan konsep Schema/Skema. InshaAllah saya akan tulis nanti. Ketaatan anak dibentuk dengan kasih sayang dan ia memang mengambil masa yang sangat panjang. Kedegilan anak sebenarnya dibentuk oleh kita. It's a fact! 

Stay tuned, kita sama-sama terus belajar tentang fitrah kanak-kanak. InshaAllah akan lebih mudah untuk kita uruskan mereka dan emosi mereka.

Friday, August 26, 2016

Friday, August 19, 2016

Best of Luck :)

Assalamualaikum.

Ilmu pengetahuan yang berguna.


Taken from FB


Wednesday, August 17, 2016

Set Cadar Sutera 5D


Stok baru masuk !!!




























Kod : Set Cadar Sutera 5D



Saiz : Queen dan King
Keterangan : 100% cotton
High quality cotton
1 cadar labuh
2 sarung bantal
1 selimut nipis
Kain best quality
Harga :
RM 230 SM / RM 240 SS



NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design