LELAKI DAN TELADAN

Friday, November 7, 2008

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,
apabila suami mendiamkan diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak
tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-
abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus
memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..
Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri. Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas.

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA. Semua kaum muslim masuk syurga. Janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
AMIN YA RABBALALAMIN.

*Bkn tok yg bernama LELAKI saja.
*Yg WANITA pun pengorbanannya.
*Tak smua LELAKI baik n jahat.
*Tok smua umat islam gak eh.

:-)

4 comments:

Liquid said...

good one. =)
besar ea tggugjawab insan bername llaki nie.

♥Fariza♥ said...

to liquid.
btl tu.
cr yg btl2 lelaki.
jgn sembarangan.
:-)

zaidharis said...

betul tue,
skang memang susah nak cari lelaki~
tak dinafikan juga sebagai mana nak cari perempuan

♥Fariza♥ said...

to zaidharis.
yup btl tu.
masih ramai lelaki yg ada ciri2 baik, but hard to find.
wee..

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS