INFORMATION

Sunday, March 8, 2009

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?
Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh
pihak CIA?
Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua
butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak
universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want!!
Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun
memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya,
mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin
mencari kita… senang sikit!”
Malang sekali bukan itu yang berlaku.
Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun
tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka.
Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh
memakan diri kita sendiri sebenarnya.
Cuba bayangkan!!!
Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling
mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi
pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa
keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai “title” sebagai
“professional” seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang
seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.
Mengapa?
Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan
segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan
mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah”
dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.
Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?
Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri
mereka sendiri?
- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily
schedule…. habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA
sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan.
Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.
Halo…
Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.
Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita!
Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya:
Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu
dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang,
mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal.
Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?
Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!
Memang betul.
Itu memang satu fakta.
Tiada siapapun boleh menafikannya.

Dan ini juga adalah satu fakta:
Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel.
Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak
USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel
Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham.
Jika kamu hendak
tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini,
kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu
lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.
Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya
bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service.
Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini.
Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.
Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah.
Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi.
Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri
sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang
dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah, rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh.
Apalagi dengan mende PERCUMA sebegini.
Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti.
Kalau tidak percaya,
pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat
Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…
Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?
Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum
sahajalah.
Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.

Info from syok.org

4 comments:

tRuly tO be mYself 'Qa~ said...

akk pun pernah dapat email pasal ni..macam2 seb baekk akak takde face boOK.. hee..

take care!

♥Fariza♥ said...

to sis..

hi sis..
a'ah.
sy mls nk layan2 benda2 ni smua.
karut lg megarut.
wakakakaka

Sasha said...

info yg bagus!! nnti akak nak kopipes.. bole yea...

♥Fariza♥ said...

to sis sasha

ok. copy je.
x kisah pun.
ilmu perlu disebarkan

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS