Pakaian Seorang Muslimah

Tuesday, August 25, 2009



Source : Busana2u

  • Tidak Memakai Pakaian Yang Ketat sehingga menampakkan susuk tubuh anda. Selain itu ia tidak disukai didalam Islam, pakaian ini juga boleh menyebabkan kesihatan anda terganggu. Terutamanya perjalanan darah. Rasululullah s.a.w pernah melihat isteri seorang sahabat yang memakai pakaian yang diperbuat daripada kain tebal, tetapi menampakkan bentuk badannya. Lantas baginda menegur kepada suaminya."Suruhlah dia memakai baju dalam di sebaliknya kerana aku bimbang ia menggambarkan bentuk tulangnya".(Sunan al-Baihaqi dengan sanad yang hasan)

  • Melabuhkan tudung ke paras dada. Tujuan melabuhkan tudung hingga menutupi dada adalah sangat baik supaya ia tidak menjadi perhatian.

  • Tidak memakai pakaian yang jarang. Pakaian yang jarang adalah bukan pakaian seorang muslim sebenarnya. Memakai pakaian yang jarang umpama kita tidak memakai pakaian."Rasulullah bersabda, pada akhir umatku nanti akan ada wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang".(Mu'jam al-Thabrani dengan sanad yang sahih)

  • Tidak memakai pakaian yang menyerupai lelaki. Anda dilahirkan didalam fitrah seorang perempuan mengapa perlu bertukar menyerupai lelaki ? Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya,"Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki".

  • Menutup aurat sepenuhnya. Sebagai seorang muslim sudah seharusnya kita menutup aurat sepenuhnya walaupun hanya sehelai rambut. Allah s.w.t berfirman, "dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."(Surah an-Nur ayat - 31)

(~.^)


1 comment:

thejijie♥ said...

fariza nak minx tlong apee?rete

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS