I'm Fine

Friday, September 25, 2009



I'm fine.

hehehehehehe

Nothin'...




Kad Raya

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin



From : Shusyi



From : Kak Sasha

Away !!!

Konspirasi Dunia Codex Alimentarius

Wednesday, September 16, 2009



Kali ini post saya berkaitan dengan Codex Alimentarius. Mungkin sudah ada antara pembaca yang sudah sedia maklum tentang Codex Alimentarius ini dan mungkin juga masih ada yang belum tahu. Di sini saya akan terangkan serba sedikit tentang Codex Alimentarius ini. Mungkin saya akan detailkan lagi di post selanjutnya. Jika mahu lebih lanjut tentang Codex Alimentarius ini sila alert dengan post-post terbaru di blog ini.

Okay, mula-mula kita mesti tahu apa asas Codex Alimentarius. Codex Alimentarius adalah bahasa latin yang bermaksud Kod Makanan. Ia ditubuhkan pada 1963 oleh Food And Agriculture Organisation of United Nation (FAO) dan World Health Organisation (WHO) bertujuan untuk menetapkan standard, nasihat dan segala yang yang berkaitan dengan makanan, pengeluaran makanan dan keselamatan makanan.

Jika kita lihat misi dan peranan Codex Alimentarius adalah untuk kebaikan manusia sejagat kerana ditubuhkan oleh dua badan besar dunia, iaitu WHO dan FAO tetapi hakikatnya sebaliknya. Projek mega mereka ini adalah untuk mengurangkan populasi penduduk dunia sebanyak 93%. Ini salah satu pelan Dajal Al-Masih melalui badan-badan berpengaruh dunia ciptaannya. Anda boleh merujuk blueprint Illuminati unutk maklumat lanjut tentang population reduction. Klik Sini!

Virus H1N1 juga adalah salah satu pelan mereka untuk population reduction ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk, Sini. Anda boleh baca sendiri tentang vaksin dan virus yang dicipta sendiri oleh mereka untuk tujuan jahat mereka. Saya mendapat maklumatbahawa sedikit masa lagi mereka akan menyebarkan satu virus yang jauh lebih berbahaya dan bakal membunuh jutaan penduduk dunia. Tetapi saya masih sedang meneliti tentang maklumat virus ini. Mungkin apabila masanya sudah tiba saya akan tulis artikel tentang virus itu. Virus tersebut adalah Australia Antigen.


<< Klik untuk seterusnya >>

Dunia Kini

Tuesday, September 15, 2009

Pujian Obama Hanya Penipuan?
<< Click >>

Golongan Anti Islam Semakin Kurang Ajar
<< Click >>

Muslihat Amerika Di Dalam Krisis Nuklear Korea Utara
<< Click >>

Hari Masjidil Aqsa - Apa tindakan pemerintah?
<< Click >>

Obama Menakluk Negeri-Negeri Kaum Muslimin

<< Click >>

Hari Masjidil Aqsa - Apa tindakan pemerintah?
<< Click >>

Asas-asas Binaan Dajjal

Monday, September 14, 2009

The Sun City, SUNway Pyramid



Binaan Piramid ini adalah salah satu asas-asas ketibaan Dajal al masih. Piramid bertujuan untuk mengumpulkan tenaga. Bagi situasi ini adalah tenaga negatif. Pengumpulan tenaga di bahagian Timur. Firaun seakan diagungkan. Inilah situasi sekarang yang kita tidak sedari.


Nampak tak lambang segitiga di bahagian atas.


Piramid di Paris



Piramid di Dubai


Piramid Di Memphis, USA


Piramid Di Las Vegas



Banyak lagi binaan piramid di dunia ini. Ini hanyalah sebahagian contoh.Kesemuanya dibina atas Ley Lines untuk menyambut kedatangan dajal al-masih.

Maklumat tentang ley lines, klik sini.

Source : http://holywar-efairy.blogspot.com/

Kemelut Tarian Pendet

Friday, September 11, 2009

http://fc02.deviantart.com/fs12/i/2006/283/9/0/Classic___Tari_Pendet_by_indonesia.jpg

Sumber : Metro

KUALA LUMPUR: Hanya dialog dan kajian menyeluruh mengenai budaya satu-satu negara dapat menyelesaikan kemelut yang menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan.

Pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (gambar), berkata kedua-dua perkara itu jika dapat dilakukan segera dalam tempoh terdekat ini, berpeluang meleraikan kekusutan atau salah faham mengenai budaya termasuk hal asal usul tarian.

“Dialog boleh selesaikan semua ini dengan kedua-dua pihak menerangkan secara terperinci perbezaan pendapat dan salah faham mengenai budaya supaya penduduk Malaysia dan Indonesia sedar sekali gus tiada tanggapan buruk.

Kita (Malaysia) tiada niat untuk mencuri budaya Indonesia atau ambil jadikan budaya kita, cuma apa yang berlaku selain isu tarian ini kerana penduduk mereka yang berhijrah ke sini membawa bersama adat negara mereka.


“Kalau disingkap sejarah juga menyatakan perkara sama, malah antara persamaan budaya paling dekat Malaysia dan Indonesia boleh dilihat menerusi adat Minangkabau yang diamalkan orang Negeri Sembilan.
“Turut disebut, Yang diPertuan Negeri Sembilan pertama juga berasal dari Pagaruyung, Sumatera dan membawa bersama budaya Minangkabau itu, jadi adakah kita wajar dikatakan mencuri padahal yang membawa itu mereka (Indonesia),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dalam hal tarian Pendet yang dikatakan berasal dari Bali, Dr Khoo tidak menafikan tarian itu berasal di pulau pelancongan itu, namun jika diteliti lebih mendalam ia sebenarnya dibawa pengaruh Hindu yang masuk ke negara terbabit.

Dengan kata lain, katanya tarian Pendet adalah tarian diamalkan penganut Hindu termasuk pengikutnya di negara ini yang dipercayai menyelitkan elemen tarian itu menerusi tarian klasik India.

Rakyat Malaysia di Jakarta Diancam Dengan Buluh Runcing

Wednesday, September 9, 2009


(Gambar tiada kena mengena)
-Memang sengal hohoho-

Source : MalaysiaKini

Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin
memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di Jakarta khasnya, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan, berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.

Wanita & Kubur

http://ammaara.files.wordpress.com/2009/02/western_eyes_muslim_hijab.jpg
Source : http://halaqah.net/

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. Buat renungan kita semua."

PERINGATAN.

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya

Amin

Korang Mesti Suka Kan... Lebih-lebih Lagi Hasil-hasil....

Friday, September 4, 2009

Volunteer in Asia Map

Source : Isu hangat

Langkah pelajar Indonesia yang membaling telur busuk ke Kedutaan Malaysia di Indonesia semalam menyemarakkan lagi protes mereka kepada Malaysia sehingga mendesak kerajaan Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.





Isu terbaru ialah tarian Jawa oleh iklan Melawat Malaysia dan isu hangat lagu Negaraku yang mereka dakwa adalah diciplak dari lagu Indonesia - "Terang Bulan".

Bermula dari isu Pulau Ambalat selepas itu meleret-leret pelbagai isu lain seperti penderaan amah, kebudayaan, Noordin Mat Top dan lain-lain, rakyat Indonesia ramai yang membenci Malaysia dan mereka gelar Malingsial mungkin kerana tak suka digelar INDON. Ok lepas ni kita jangan panggil diaorang Mat Indon lagi, kenapa panggil nama panjang "Mat Indonesia" . Perkataan lain seperti Mat seberang, jebeng dan sebagainya pun boleh juga asal jangan dipanggil Mat Indon. Mereka rasa sungguh terhina tak tahu kenapa.
Lepas ni jangan rakyat Bangladesh pula tak suka kena panggil Mat Bangla sudahlah.

Bibit kebencian ini juga turut ditiup oleh pihak media mereka apatah lagi oleh blogger-blogger di sana. Kemuncak kemarahan mereka ialah pembakaran bendera Malaysia dan selepas itu isu baling telur busuk ke Kedutaan Malaysia.


Nampak sangat mereka seperti sudah tidak sabar-sabar lagi nak bergaduh dengan Malaysia tetapi yang peliknya kerajaan Malaysia dan rakyat Maysia tetap cool. Kita rakyat Malaysia memang tidak suka berperang apatah lagi denkegan saudara serumpun dan seagama. Kalau nak perang sangat pergilah Palestin sana melawan tentera Yahudi.

Sedangkan ramai rakyat Indonesia di sini sama-sama hidup muhibbah di Malaysia. Aku baru lepas bertarawih bersentuhan bahu dengan warga Indonesia yang bekerja di sini. Tiada dendam tiada memandang hina pun. Namun begitu kita mesti berwaspada kerana pendatang Indonesia yang datang secara halal atau haram sudah beratus ribu orang. Tidak mustahil mereka ini akan menjadi musuh dalam selimut kita.

Kerajaan mesti menyelesaikan isu ini segera sebelum api bertambah besar. Mereka provok setiap hari. Tentang tarian jawa tu bahan promosi pelancongan yang memuatkan tarian itu bukannya dibuat pihak berkuasa Malaysia mahupun agensi atau pun Kementerian Pelancongan sendiri.

“Discovery Channel juga sudah menulis surat memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar bahawa promosi pelancongan Malaysia yang dihasilkan mereka yang memuatkan tarian itu bukan dilakukan kerajaan Malaysia.

Berkenaan dengan lagu Terang Bulan (macam lambang PAS pulak) kalau betul mereka boleh membuktikan lagu Negaraku adalah ciplak, apa salahnya kita membayar royalti kepada mereka dalam bentuk derma iklas kepada ekonomi mereka dan gempa bumi yang baru melanda Indonesia semalam.Tak pun kita buat jer lagu kebangsaan yang baru. Apa kurangnya pencipta lagu kebangsaan.

Berkenaan isu kebudayaan memanglah rakyat Malaysia sendiri pun ramai yang berasal dari Jawa,Bugis, Boyan Indonesia memanglah kebudayaan mereka bawa sekali.
Mungkinkah kerajaan mereka mahu mengalihkan isu dalaman mereka seperti isu ekonomi membiarkan sahaja atau menyemarakkan kebencian rakyat mereka yang ketagih demonstrasi tu menghina kedaulatan Malaysia.

FIKIRLAH SENDIRI EA MANUSIA2

Kurma Yahudi

Source : PPIM

Salam.

Sekarang bulan puasa bakal menjelma berhati-hati.
Be careful of Kurma Yahudi . Tolong Distribute!

Bercetak jenama 'Jordan River' itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

Sebarkan.

Haiwan Itu Adalah BABI

MyEm0.Com

Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. Kadang juga dikenali sebagai khinzir (perkataan Arab). Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing. Dalam al-Quran, sebagai haiwan, babi hukumnya najis jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga diharamkan untuk dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh di kalangan Kristian.

PENYAKIT YANG DIAKIBATKAN DARI DAGING BABI
DR Murad Hoffman, Daniel S Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan asisten Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang bisa dijangkiti dari babi. Di antaranya:

* Anthrax* Ascaris suum* Botulism* Brucella suis * Cryptosporidiosis* Entamoeba polecki* Erysipelothrix shusiopathiae* Flavobacterium group IIb-like bacteria * Influenza* Leptospirosis* Pasteurella aerogenes * Pasteurella multocida * Pigbel* Rabies * Salmonella cholerae-suis* Salmonellosis* Sarcosporidiosis* Scabies* Streptococcus dysgalactiae (group L)* Streptococcus milleri* Streptococcus suis type 2 (group R)* Swine vesicular disease* Taenia solium* Trichinella spiralis* Yersinia enterocolitica* Yersinia pseudotuberculosis. http://id.wikipedia .org/wiki/ Babi


FAKTA-FAKTA MENGAPA BABI HARAM
KENYATAAN MUDAH TENTANG KEBURUKAN DAGING BABI

Bacaan penuh << Click here >>

Propaganda Yahudi ??

Tuesday, September 1, 2009

http://map.gsfc.nasa.gov/media/ContentMedia/NGC6543a.jpg

HADIS PALSU: PROPANGANDA YAHUDI 2012
Source : http://isuhangat.blogspot.com/

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal.." Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab:

"Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah S.W.T dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Anda pernah terima hadis di atas? di atas adalah potongan hadis yang telah disebarkan kepada umum sejak akhir-akhir ini. perhatian kepada kalian yang menerimanya, hadis di atas adalah PALSU dan telah disokong oleh para Ulamak! tolong jangan sebarkannya lagi! bagi anda yang telahpun menyebarkannya, diharap dapat menarik balik setiap kenyataan dan bagi yang mempercayainya, diharapkan bertaubat. juga kepada mereka yang mempercayai kiamat pada 2012, bertaubatlah segera!

Semua ini adalah rekaan dan propaganda yahudi laknatullah yang sengaja ingin menakutkan umat Islam untuk menguasai dunia. ini juga ada kaitannya juga dengan penantian mereka kepada ketua mereka iaitu Dajjal yang akan dibangkitkan ke dunia. janganlah kita terpesong dengan dakyah yahudi tersebut kerana hadis seperti di atas bukanlah kali pertama dikeluarkan. bagi meyakinkan kepada masyarakat dunia berkenaan propaganda yahudi ini, filem 2012 akan ditayangkan di seluruh dunia. tetapi yang pastinya 2012 bukanlah hari kiamat kerana ia adalah ketentuan Allah. sedangkan Nabi Muhammad tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku, apatah lagi kita. apa hak kita untuk menentukannya. itu semua hak Allah. cuma kita diberikan tanda-tanda kiamat kecil dan besar untuk kita bersedia. hakikatnya, semua tanda-tanda kiamat kecil telah dan sedang berlaku dan kini hanya menunggu tanda-tanda besar kiamat pula. adakah anda sudah bersedia?

Wallahualam..

My Love, Rain !!!




Salam and Morning.

Love Rain !!!

Aku tak maksudkan Rain itu adalah artis Korea.
hahahahaha
Poyo gila.


MyEm0.Com


MyEm0.Com

Can't wait to....

hehehehehe


Terlebih pula !!!
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS