Kemelut Tarian Pendet

Friday, September 11, 2009

http://fc02.deviantart.com/fs12/i/2006/283/9/0/Classic___Tari_Pendet_by_indonesia.jpg

Sumber : Metro

KUALA LUMPUR: Hanya dialog dan kajian menyeluruh mengenai budaya satu-satu negara dapat menyelesaikan kemelut yang menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan.

Pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (gambar), berkata kedua-dua perkara itu jika dapat dilakukan segera dalam tempoh terdekat ini, berpeluang meleraikan kekusutan atau salah faham mengenai budaya termasuk hal asal usul tarian.

“Dialog boleh selesaikan semua ini dengan kedua-dua pihak menerangkan secara terperinci perbezaan pendapat dan salah faham mengenai budaya supaya penduduk Malaysia dan Indonesia sedar sekali gus tiada tanggapan buruk.

Kita (Malaysia) tiada niat untuk mencuri budaya Indonesia atau ambil jadikan budaya kita, cuma apa yang berlaku selain isu tarian ini kerana penduduk mereka yang berhijrah ke sini membawa bersama adat negara mereka.


“Kalau disingkap sejarah juga menyatakan perkara sama, malah antara persamaan budaya paling dekat Malaysia dan Indonesia boleh dilihat menerusi adat Minangkabau yang diamalkan orang Negeri Sembilan.
“Turut disebut, Yang diPertuan Negeri Sembilan pertama juga berasal dari Pagaruyung, Sumatera dan membawa bersama budaya Minangkabau itu, jadi adakah kita wajar dikatakan mencuri padahal yang membawa itu mereka (Indonesia),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dalam hal tarian Pendet yang dikatakan berasal dari Bali, Dr Khoo tidak menafikan tarian itu berasal di pulau pelancongan itu, namun jika diteliti lebih mendalam ia sebenarnya dibawa pengaruh Hindu yang masuk ke negara terbabit.

Dengan kata lain, katanya tarian Pendet adalah tarian diamalkan penganut Hindu termasuk pengikutnya di negara ini yang dipercayai menyelitkan elemen tarian itu menerusi tarian klasik India.

2 comments:

chipsmore said...

mari menari tarian pendet..ehehe ;)

♥Ms Yuki♥ said...

mari2..

kita menari tarian pendet dengan rocknya..

wakakakakakakaka

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS