Korang Mesti Suka Kan... Lebih-lebih Lagi Hasil-hasil....

Friday, September 4, 2009

Volunteer in Asia Map

Source : Isu hangat

Langkah pelajar Indonesia yang membaling telur busuk ke Kedutaan Malaysia di Indonesia semalam menyemarakkan lagi protes mereka kepada Malaysia sehingga mendesak kerajaan Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.





Isu terbaru ialah tarian Jawa oleh iklan Melawat Malaysia dan isu hangat lagu Negaraku yang mereka dakwa adalah diciplak dari lagu Indonesia - "Terang Bulan".

Bermula dari isu Pulau Ambalat selepas itu meleret-leret pelbagai isu lain seperti penderaan amah, kebudayaan, Noordin Mat Top dan lain-lain, rakyat Indonesia ramai yang membenci Malaysia dan mereka gelar Malingsial mungkin kerana tak suka digelar INDON. Ok lepas ni kita jangan panggil diaorang Mat Indon lagi, kenapa panggil nama panjang "Mat Indonesia" . Perkataan lain seperti Mat seberang, jebeng dan sebagainya pun boleh juga asal jangan dipanggil Mat Indon. Mereka rasa sungguh terhina tak tahu kenapa.
Lepas ni jangan rakyat Bangladesh pula tak suka kena panggil Mat Bangla sudahlah.

Bibit kebencian ini juga turut ditiup oleh pihak media mereka apatah lagi oleh blogger-blogger di sana. Kemuncak kemarahan mereka ialah pembakaran bendera Malaysia dan selepas itu isu baling telur busuk ke Kedutaan Malaysia.


Nampak sangat mereka seperti sudah tidak sabar-sabar lagi nak bergaduh dengan Malaysia tetapi yang peliknya kerajaan Malaysia dan rakyat Maysia tetap cool. Kita rakyat Malaysia memang tidak suka berperang apatah lagi denkegan saudara serumpun dan seagama. Kalau nak perang sangat pergilah Palestin sana melawan tentera Yahudi.

Sedangkan ramai rakyat Indonesia di sini sama-sama hidup muhibbah di Malaysia. Aku baru lepas bertarawih bersentuhan bahu dengan warga Indonesia yang bekerja di sini. Tiada dendam tiada memandang hina pun. Namun begitu kita mesti berwaspada kerana pendatang Indonesia yang datang secara halal atau haram sudah beratus ribu orang. Tidak mustahil mereka ini akan menjadi musuh dalam selimut kita.

Kerajaan mesti menyelesaikan isu ini segera sebelum api bertambah besar. Mereka provok setiap hari. Tentang tarian jawa tu bahan promosi pelancongan yang memuatkan tarian itu bukannya dibuat pihak berkuasa Malaysia mahupun agensi atau pun Kementerian Pelancongan sendiri.

“Discovery Channel juga sudah menulis surat memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar bahawa promosi pelancongan Malaysia yang dihasilkan mereka yang memuatkan tarian itu bukan dilakukan kerajaan Malaysia.

Berkenaan dengan lagu Terang Bulan (macam lambang PAS pulak) kalau betul mereka boleh membuktikan lagu Negaraku adalah ciplak, apa salahnya kita membayar royalti kepada mereka dalam bentuk derma iklas kepada ekonomi mereka dan gempa bumi yang baru melanda Indonesia semalam.Tak pun kita buat jer lagu kebangsaan yang baru. Apa kurangnya pencipta lagu kebangsaan.

Berkenaan isu kebudayaan memanglah rakyat Malaysia sendiri pun ramai yang berasal dari Jawa,Bugis, Boyan Indonesia memanglah kebudayaan mereka bawa sekali.
Mungkinkah kerajaan mereka mahu mengalihkan isu dalaman mereka seperti isu ekonomi membiarkan sahaja atau menyemarakkan kebencian rakyat mereka yang ketagih demonstrasi tu menghina kedaulatan Malaysia.

FIKIRLAH SENDIRI EA MANUSIA2

6 comments:

iLhAm_bEcKs said...

kamu yg mngumen di ISUHANGAT.
btOl2 marah ni..
ngeee..
bgOS2!!
kamik syg MALAYSIA..rite?

♥Yuki♥@♥Fariza♥ said...

hehehehehe
betul.
saya syg Malaysia.
mesti syg Negara sendiri.

(^.^)

AzzizatulHuda said...

Menarik coretan anda.

Pada pendapat saya, jika begitu hina Malaysia di mata bangsa Indonesia itu, kenapa ramai warga mereka bersusah-payah mencari rezeki di sini? Mengapa kalau pembantu rumah Indonesia tak kerja di Arab or China, kalau Malaysia bukan the best place for them? Kat Arab, gaji lagi tinggi kowt?

Adakah semua rakyat Malaysia melayan dengan kejam? TIDAK! Saya mengenali Kak Ani, dr Bandung yg menjaga anak2 mak cik saya sejak saya berumur 8 tahun [kini saya 20thn]. Dia dah pun berhenti kerja 6 tahun lepas dan dia kini bekerja di Taiwan tapi kami tetap menghubungi dia! Orang Malaysia tidak semuanya sekejam itu.

Yang salah sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan, kan? Mereka mdapt hukuman yg setimpal.

Yeah, Malaysia kena cool. Kita bukan kalangan orang yang cepat melatah. Tapi tak bermakna kt buat2 tak tahu, we have our right too.

Maaf berkomen panjang lebar (=.=)

PS: bersyukur lah [tetibe jer,hehe]

♥Yuki♥@♥Fariza♥ said...

to azizzatul huda

1) mmg benar, di mata mrk kita je hina. dtg Malaysia di samping cr rezeki pun ada, wat masalah kat kita ada, ketandusan akhlak pun ada. bkn mrk x nak g sana sbb mrk x reti ckp bi. mentang2 kita > < bahasa, negara kitalah mangsanya.

2) Alhamdulillah. x semua dr mrk itu jahat. ada yang baik. rambut sama hitam, hati lain2. kita ni mana ada kejam. stgh itu muka x leh blah. muka kasihan. kwn2 mama sy slalu kene ngan indon betina yg jahat. Ya Allah.

3)kita pun ada hak kita. sesama jiran pun nk wat mcm tu kan, x baik sbnrnya.

MALAYSIA COOL !!!!
Jagalah negara kita sebaiknya.

Sy x suka obama beruk.
huhuhuhuhu

tq kerana komen.
xkisah byk2.
kita prihatin kat Malaysia Tanah Airku.

atiQah adNan said...

macam-macam laa.. dah tU kalau tak boleh panggil mat indonesia nak panggil ape lagi dah diorang mmg berasal dari indonesia kan..? aduyaiii... saya pun sayangkan negara akak sendiri..

♥Yuki♥@♥Fariza♥ said...

hahahahaha

btl2

dh kat indonesia
panggil je lah kan kan kan
hohohoho

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS