Bermulanya tirai 2011

Friday, December 31, 2010


Tirai 2010 telah ditutup.
Bermulanya tahun 2011. Alhamdulillah.

Tahun ini meniti umur yang kian meningkat dan cabaran bagiku. Ku berharap semuanya dalam keadaan baik-baik.
Aku suka 'blogwalking' dan tinggalkan komen jika ada masa (sibuklah sangat muahahaha).

* Tabah, sabar dan usah berputus asa.
* Status diriku akan BERTUKAR. Nervous. InsyaAllah
* SI DIA hampir dekat. Alhamdulillah.
* Masih mencari kerja sekian lama berehat.
* Apabila umur meningkat, amalan harus dari tahun ke tahun.
* Jerawat. Oh! Tidak.
* Cabaran menghadapi MULUT-MULUT MANUSIA.

Kamu semua bagaimana? Ha, mesti banyak cerita menarik kan. muahahahaha.

Pameran Pengantin Malaysia 2011

Wednesday, December 29, 2010

Assalamualaikum.

Bakal pengantin, mari beramai-ramai ke Pameran Pengantin Malaysia 2011 di Ampang Point.
Seronoknya. Cuci mata barangan kahwin.

http://1.bp.blogspot.com/_fob9Qv9ApeQ/TRoQuuKV49I/AAAAAAAAAqI/w9ODjII7FP0/s1600/ppmap2011.jpg

Pertandingan : Aksi Gambar Freestyle dari Epalgreen

Thursday, December 23, 2010

Salam.

Saya memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh Epalgreen
Terma dan syarat ia mudah tau.
Hadiah pun menarik. he3.

http://2.bp.blogspot.com/_bdgn6nMTw4M/TRJ8O7UYrxI/AAAAAAAABxY/fNDQZEigBII/s1600/gambar.jpg 

dari kanan (abang, ayah, haniif, syafiqa, haiqal dan saya)

gambar ini menarik kerana....

ia menghiburkan, Mungkin bagi setengah, tiada nilai. Gambar ini ditangkap candid oleh mamaku. Kitaorang semua tak perasan tau. Gambar ini di Tasik Dayang Bunting, Langkawi, Kedah di mana kami sekeluarga meluangkan masa yang terindah T_T. Penat weh.... Cuba lihat gambar tersebut, tiada apa-apa yang mahu diceritakan. Melihatkan muka sorang-sorang dengan seriusnya berjalan menuju keluar. Mamaku jerit ''Sudah-sudah cepat turun kang melapuk kat situ!'' Terlihat mamaku bukan main gelak. Mama berkata ''Korang ini macam model. Tetapi model bunting sambil gelak lagi (almaklum balik dari Tasik Dayang Bunting).'' Sesudahnya pulang ke Kuala Lumpur, tengok gambar itu balik. Amik kau. Mamaku gelak lagi. Amboi. Tengoklah, dengan muka tak boleh belah sorang-sorang dan beratur macam mahu pergi check perut. (buncit ke. mamaku berguraulah. Ayah yang buncit. Opss.)  Bulan 10 yang lepas kami bercuti. Best sangat bersama keluarga. 


Psstt : Masa pulang tu dalam flight, attendant lelaki hensem weh. perghh. muka jambu. cuci mata malam-malam. muahahahahahah (jahat)




Macam ntah apa-apa pula gambar tu. ha3.
Enjoy and keep smiling.


Mahu tag :
Puan Are-Gya
Kak Puteri
Anuar Liquid

Hari Ini T_T

Sunday, December 19, 2010

Kadangkala hati ini sedih.
Aku sudah cuba untuk bertahan.
Kejutan yang membawa seribu makna terselit sedikit kesedihan.
Ada rezeki yang datang aku menolak.
Biarlah.
Ada hikmah semua itu.
Onak duri harus kutempuhi.
Ketidakselesaan dalam melihat ragam manusia.
Tabah dan jangan putus asa selalu menjadi penasihatku sampai bila-bila.



*Nota : Malam tadi mimpi kamera. Malangnya ia bukan kepunyaanku. Cantik, x pernah jumpa kat mana-mana 'design' itu, aku memegangnya. Rindu pula pada kamera. Kamera berada di gengaman DURJANA BERHATI SYAITAN.

Bila waktu telah tiba.

Friday, November 26, 2010

Doktor : Bersiap sedia dengan peralatannya. MyEm0.Com
Jururawat : Bersiap sedia dengan perkhidmatannya. MyEm0.Com
Wad : Gila sejuk, terkaku aku. MyEm0.Com
Diri : Sabar, tabah, redha, tawakal dan doa. T_T
Berlalu : Usah dikenang yang telah berlaku. Adakala tak sanggup rasanya untuk diingati. Pasrah. Sedih pun ada. Cabaran dan godaan di dunia. MyEm0.Com

Penghargaan : Kepada keluarga serta yang lain.

Nota : Entri terakhir sebelum berangkat (ha3. x boleh blah) MyEm0.Com

..Sendiri..

Wednesday, November 10, 2010

http://i16.tinypic.com/52vfvo7.jpg

Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku, berbicara menyalakan api
Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan
 
Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali, mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali
Namun hanya do'a yang bisa, ku kirimkan

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana kita kan, kerna kita kan akhirnya sendiri. 
 
Sendiri - Saujana

Ini masalah jika..

Tuesday, November 2, 2010


http://www.designsbyindy.com/wp-content/uploads/2010/08/12-blue-roses-Hand-bouquet1-GPA2568..jpg

Ini masalah 
kalau kita kahwin cara Melayu 
dan 
bukan cara Islam.

Tag-Are Gya

Sunday, October 31, 2010

Tag daripada Are-Gya.
Terima kasih. :)

 1) Apakah benda yang paling penting dalam hidup korang?
Hidup yang paling penting kerana kita boleh buat apa sahaja untuk kebaikan.

2) Benda terakhir yang korang beli menggunakan duit korang sendiri?
Beli coklat semasa bercuti bersama keluarga.

3) Dimana tempat korang ingin melansungkan perkawinan korang dan tema perkawinan korang nanti?
Mahu di dewan besar. Tetapi buat sederhana sudah. ha3. Tema rahsia.

4) Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Cinta. Apakah itu cinta?

5) Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Dengan keizinanNya dan sehingga ke akhirat.

6) Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
Jarang sangat jumpa. Asyik tempat yang sama sahaja. Bosanlah.

7) Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
Tiada. Pinjam adik sahaja. Dia ulat segala buku. Setakat cerita pasal artis tak belilah.

8) Apakah nama penuh korang?
Perlu ke? Opss.

9) Antara mak dengan ayah korang, yang mana korang lebih mesra? 
Tidak perlu bezakan. Dua-dua lah.

10) Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang
Allah S.W.T

11) Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Mesin basuh ada. Apa guna hidup zaman canggih tetapi masih tidak menggunakannya.

12) Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
Mekah dan pergi jalan-jalan bersama suami.

13) Pilih salah satu, peluk atau cium?
Mahu dua-dua. Tamak !!! ha3.

14) Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang.
Baik, 'friendly' dan nama dia Are-Gya

15) 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang
Sayang diri sendiri, keluarga dan sayangnya jika seseorang itu tidak tahu memanfaatkan kebaikan yang banyak dan lebih melakukan kebaikan.

16) 5 lagu yang korang paling suka dan selalu dengar?
Sekejap ya. Mahu berfikir.

17) Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
Ikut bulan Islam, time raya lepas. Bersyukur dan doa banyak-banyak.

18) 5 orang blogger yang korang nak tag.
-

19) Cerita sikit tentang blogger pertama yang korang tag
-

Terbang...!

Friday, October 22, 2010

http://www.outravisao.com.br/images/NoticiasFotos/airbus/media_object_image_lowres_A350-900_AIR_ASIA_X_June09_lr.jpg

Salam.

Selamat tinggal.
Kami sekeluarga akan pergi bercuti.
Yeahhhhhh.
Doakan selamat pergi dan kembali.

♥ ♥

Deria

Wednesday, October 20, 2010


Petikan di atas, ku ambil dari 1 blogger ini.
Maaf, ku lupa website tersebut.
Seorang pelajar perempuan yang dalam sekolah menengah.
Cantik gaya dan tatabahasanya dalam penulisan Bahasa Melayu.
Blog yang berwarna merah jambu.
Identiti tidak diketahui dan tiada gambar untuk menatap wajahnya.
Sangat comel apabila dia bercerita mengenai persekolahannya.
Info terkini dan ilmu yang diberikan amat berguna.


Semoga berjaya !!!

Berpacaran

Friday, October 15, 2010

http://4.bp.blogspot.com/_1EboZ3HzVsY/S8c0H4GbvgI/AAAAAAAAAKE/aUSNf1FvyO4/s1600/003_cartoon_vector_couple_lovers_KTQRJ_1012.jpg
Salam.
Mari kita hayati lirik lagu ini.
Memang 'best'.

Sohaimi Mior Hassan

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet


Jom... Lawan Duit Hantaran.

Saturday, October 9, 2010


Salam.

'Post' ini di terdapat di sini. Aku 'print screen' ia. 'Post' ini menarik untuk dibincangkan. ha3.
Dari dulu hingga sekarang menjadi-jadi. Apa mahu jadi dengan manusia pada zaman membangun ini. Mahu bagus dan berlawan nampak..

Duit hantaran adalah ADAT.
Duit hantaran keikhlasan memberi sebagai hadiah.
Bukankah duit hantaran perlu diberikan dengan ikhlas dan mengikut kemampuan.
Tetapi ramai sekarang 'MEMINTA' duit melebihi...................

Jika ikut, ikutlah. Jika tidak, terpulang. X mati pun jika x ikut ADAT.
Jadi ikutan, jomlah ikut..................!
Eloklah duit hantaran diberikan dengan ikhlas dan mengikut kemampuan.
Tidak perlu letak duit hantaran mengikut kelas pencapaian pendidikan UPSR, PMR, SPM, DIPLOMA, DEGREE, MASTER DAN PHD. (sendiri tambahlah)
Seolah-olah mahu menjual anak dengan sedemikian rupa.
Perlu ke bangga dengan nilai hantaran yang tinggi?
Mahu berhutang sana sini?
Anak si polan nilai ini dan takkan mahu mengikut untuk letak lebih tinggi lagi?
Malu ea jika hantaran rendah?
Mak2 yang ada anak perempuan itu, berpada-padalah.
Jika bakal suami ikhlas memberi, silakan.
Perlulah berfikir untuk masa depan, digunakan untuk perkara yang lain dan perlu melihat sekeliling alam.
Bagi bakal suami yang dalam kedudukan sederhana dan miskin, pastinya mereka kerah tenaga untuk menampung semua.
Xda hati dan perasaan ke?
Makin lama maruah manusia hilang x kira jantina.
Boleh juga dijadikan isu ''MENGAPA LELAKI KAHWIN LAMBAT'' dan ''MENGAPA PEREMPUAN KAHWIN LAMBAT''.
Bertimbang rasa lah.


Kahwin memanglah sekali, kenalah gempak.
Memanglah gempak, dol. BUAT APA DALAM MASA YANG MENCARI KEREDHAAN BERSELITKAN DOSA SEMASA PERKAHWINAN. x gitu???
Kasihankan para suami, beberapa jam selepas itu, dosa menanggung.
Kalau mahu kahwin banyak kali pun boleh. Lagi gempak seyhh.
Kahwin cerai, kahwin cerai, kahwin cerai....... (sambung sendiri)


Apa guna jika sudah belajar, tetapi ilmu yang ada tidak digunakan.
Ikut cara yang betul lagi mudah dan tidak membebankan.
Berkahwin secara sederhana.
Tidak salah jika ada wang lebih untuk buat itu dan ini bagi yang berkemampuan?
Bersyukurlah apa yang ada.
Mana yang baik dan tidak membebankan, haruslah diutamakan.
Mana yang kurang baik dan agak membebankan, fikirlah, selagi akal boleh digunakan dengan sempurna.
Cinta, Ikhlas, terima seadanya, bersyukur, tabah, sabar, kepercayaan, bertolak ansur, berfikiran terbuka, bertimbang rasa dan bagaimana mahu menyelesaikan sesuatu perkara.

Best tak jika perkahwinan campur semua bangsa dari seluruh dunia?
Ala-ala 1 DUNIA, PELBAGAI BANGSA. hak hak hak
Lebih baik ko bantu orang yang lebih memerlukan.
Tipu jika manusia x sukakan kecantikan. (Mestilah nak cantik2)

Bye..

Sabar, Tabah dan Syukur

Sunday, October 3, 2010

http://lh4.ggpht.com/_rZMLX9pQ81w/SssPoH_4HpI/AAAAAAAAB94/BATcaLaL_GE/s800/syukur.png

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu 
 
Mestica-Rahmat Ujian 

http://4.bp.blogspot.com/_kvzhpslmZsw/S8czyoJAYZI/AAAAAAAAByk/WtBpgCvzs7A/s1600/muslimah_v02_by_yip87.jpg

Harus Tonton

Perangkap Anak-anak Perempuan Islam

Thursday, September 30, 2010

http://wheelhouseadvisors.files.wordpress.com/2009/08/beware.jpg?w=630 
 Rujukan : Ustaz Nor Amin

Dr. Rubiah adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam, disamping itu juga beliau merupakan motivator yang sering diundang dalam menyampaikan ceramah motivasinya di sekolah-sekolah dan institusi lain. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"
Perancangan

Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagai teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi" Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.PERANGKAP

Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain. Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa. Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawap di atas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama" Seterusnya kata si jejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak di luar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya" Kata si jejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita" Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima???hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara. Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.

Petikan : Pesatuan Pengguna Islam Malaysia

PENIPUAN INTERNET

Sunday, September 26, 2010

Salam.

Sudah lama saya menyepi dalam penulisan blog ini.
Banyak perkara mahu dituliskan (popularlah sangat ha3).

Okay. Disini saya mahu beritahu kepada anda semua bahawa berhati-hati dengan penipuan internet yang semakin pesat ini. Saya juga telah menerima email sebelum ini, tapi buat endah tak endah saja dan telah buang. (huhuhu)

Ini adalah beberapa contoh email yang telah saya terima semasa saya menjalankan shopping online *Yuki Online*. Ada juga saya perasan merekan mahu menipu dan saya terus buang. (semak message banyak2 tau)

Sebelum ini ada juga menerima email daripada seorang perempuan, melayu dan kononnya mempunyai perniagaan di luar negara. Tanya itu dan ini (saja tanya ha3), perempuan itu hantar email yang panjang. Jadi, saya terus membaca dan saya abaikan message itu. ha3.

Kedua, baru sahaja saya terima beberapa minggu yang lepas dari luar negara juga. Nigeria lah sangat. Konon mahu beli bla bla bla (malas nak tulis). ha3. Dia terus email yang panjang itu.
Saya bukan terus email dia kembali, sebaliknya check email dan nombor telefon tersebut. Hampeh tak betul. Sudahlah message panjang, siap dengan alamat sekali, semua maklumatlah lengkap dan mahu cepat pula tu. ha3. Ingat pandai mahu menipu.

Selepas itu, saya email kepada seorang lelaki itu, untuk menunjukkan adakah ini benar-benar palsu?? Lelaki itu mengatakan 'YA' dan sebiji apa yang dia dapat.


Lihat di bawah ini





BUKTI !!!!

Lepas ini nak email balik SAMBOL TAIWO NIGERIA. ha3. Jaga ko. Mahu tengok reaksi seterusnya. Agak-agak SETUJU TAK??

HAHAHAHAHAHAHA
(Gelak jahat)

Jika DIA...

Thursday, September 23, 2010

http://1.bp.blogspot.com/_S2Q6NCAFokI/TD_P7VxWkgI/AAAAAAAAAJY/-WN0O3Tw0rI/s1600/munajat_by_gazoleena.jpg


Ketika Allah suka kepada seorang hamba, Dia mengujinya.
Jika dia sabar, Dia hindarkan.
Dan jika dia rela, Dia memilihnya.

'. ^

Seronoknya Berkahwin !!!!

Saturday, August 28, 2010

Mari kita dengar sama-sama ya.
Dari Ustaz Kazim.
1 hingga 10
(tekan sendiri tok seterusnya)


Bid'ah Dalam Perkahwinan Bangsa Melayu

Wednesday, August 25, 2010

Salam.

Memang betul, setengah adat memang menyusahkan.
Jika kita ada ilmu, mengapa tidak manfaatkannya. 
Betul tak??
Saya memang x suka jika terlalu mengikut adat.
Ikutan atau agama Islam?

Mari kita renungkan video ini.

Dugaan :(

Saturday, August 21, 2010

http://www.facebooksmileys.com/wp-content/uploads/2010/04/smiley-sad1.png

Alhamdulillah.

Sudah pulang ke rumah.
Cucuk sana dan cucuk sini.
Hampir satu badan sakit.
Sedihnya.. :(
Terima kasih keluargaku.
Tidak lupa juga beberapa kawanku itu.
Tetapi masih belum selesai lagi.
Kuatkan semangat untuk menempuhi masa akan datang.

Salam Ramadan 2010

Tuesday, August 10, 2010

http://3.bp.blogspot.com/_ekB4IXDSL8s/TELpSBNCHHI/AAAAAAAABJE/V0tDb7swO7k/s1600/ramadhan2.jpg

 Assalamualaikum.

Selamat menyambut Bulan Ramadan yang penuh mulia ini.
Bersama-sama kita menikmati keberkatan dan kelebihan di bulan Ramadan.

Maaf agak lama menyepi.
Mencari kerja dalam masa terdekat ini.
Jaga diri semua ya.
Cari peluang sempena Bulan Ramadan ini.
Bulan-bulan lain harus juga.

(^.^)

Logo Islam Bulan dan Bintang

Friday, July 23, 2010

Salam kawan-kawan.



Salam,

Ustaz saya ada ditanya oleh seorang kawan beragama kristian (cina). Soalan dia ialah :

Adakah lambang bulan sabit dan bintang itu lambang agama Islam? kenapa dan apa maknanya? Apakah itu dewa agama Islam?

Kenapa orang Islam sering mengatakan yang kitab Injil zaman sekarang sudah diubah suai (tidak asli)sedangkan orang Islam beriman kepada kitab yang empat. Kalau benar kitab injil sudah dipesongkan, kenapa tidak tunjukkan yang aslinya untuk nyatakan kebenaran Islam, buat perbandingan yang jelas. (Maksudnya disini, seolah-olah kita orang Islam hanya tahu menyalahkan tanpa menghadirkan bukti sahih, dan tiba-tiba mengatakan Al-Quran dan Islam adalah benar)

Kelu lidah saya yang cetek ilmu ni. Saya minta pandangan ustaz tentang soalan diatas. (Maaf komen yang tak berkaitan dgn entry). Terima kasih.


Jawapan Pertama

ketika Sultan Muhammad II yang lebih dikenal dengan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi panglima, jatuhlah kota yang pernah menjadi ibu kota Eropa itu. Lewat pertempuran yang sangat dahsyat dengan menggunakan senjata paling modern di kala itu, yaitu CANON atau meriam yang sangat besar dan suaranya memekakkan telinga, Muhammad Al-Fatih berhasil menjatuhkan kota konstantininopel itu dan menjadikannya sebagai ibu kota Khilafah Turki Uthmaniah. Serta menjadikannya pusat peradaban Islam.

Wilayahnya adalah tiga benua dengan semua peradaban yang ada di dalamnya. Saat itu bulan sabit digunakan untuk melambangkan posisi tiga benua itu. Ujung yang satu menunjukkan benua Asia yang ada di Timur, hujung lainnya mewakili Afrika yang ada di bagian lain dan di tengahnya adalah Benua Eropa. Sedangkan lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istambul yang bermakna: Kota Islam.

Bendera bulan sabit ini adalah bendera rasmi umat Islam masa itu, karena seluruh wilayah dunia Islam berada di bahwa satu naungan khilafah Islamiah. Tidak seperti sekarang ini yang terpecah-pecah menjadi sekian ratus negara yang berdiri sendiri hasil dari jajahan barat.

jawapan logik, bulan itu adalah penyinar alam dan bintang itu adalah bernaung di bawah cahaya bulan. Jadi kesimpulannya bulan itu adalah Tuhan dan manusia hidup atas ehsan tuhan dan menjadi hamba Tuhan. Jelas bahawa Islam adalah menghambakan diri kepada Allah yang satu. semua umat tak kira warna kulit, bangsa dan keturunan semua berada di bawah Allah yang satu.
 

Jawapan Kedua

Pasal kitab injil, bukan kita tuduh tetapi memang terbukti mereka yg ubah dan tukar. di dunia ni ada beribu-ribu jenis kitab bible. setiap jenis ada perbezaan antara satu sama lain. ini terjadi dek kerana mereka translate sana sini. Bila translate maksud asal dah lari dan itu masalah translate, tidak kira lagi masalah dia tambah dan buang ayat-ayat dalam injil dan sekarang ni terhasilnya bible. orang awam kristian memang tidak tahu pasal ini. Tapi ramai paderi-paderi masuk Islam. sebagai contoh Dr. Jerald F. Dirks. dia ni bekas Minister Christian,belajar di Harvard Divinity School,USA, Doctor of Psychology. Di akhir pengajian sebelum diangkat menjadi paderi utama, mereka kena menghadiri beberapa seminar, di sinilah dia cakap, dia telah diberitahu dan didedahkan mengenai perubahan ayat-ayat dari Bible King James Version ke Old testament ke new testament and so on.. kiranya, ada ayat yg ditambah manusia, dan ada yg telah dibuang akhirnya, dia masuk Islam. dan ramai lagi yang masuk Islam. antara contohnya Hajah Irene handono (bekas nun), Yusuf Estes (preacher), Joshua Evans (preacher) dan banyak lagi. Semua ini orang-orang berilmu tinggi yang ingin mencari kebenaran dan akhirnya jumpa Islam. Adapun ramai Melayu yang convert ke Kristian, ia bukanlah kerana kebenaran, tetapi tertarik dengan gaya hidup bebas.

Promosi Kerja Kahwin

Wednesday, July 21, 2010

Salam kawan-kawan.

Jika ada masa senggang marilah pergi ke Promosi Kerja Kawin 2010 okay.
Bakal-bakal tunang atau pengantin harus pergi.
Haruslah membuat perancangan awal dan idea yang begitu kreatif akan terhasil agar semuanya berjalan dengan lancar.

Amin..

http://4.bp.blogspot.com/_hjzO9boK0PA/TEpyepGFfuI/AAAAAAAAAUo/Skgfe47XYwM/s1600/risalah_kerjakahwin2010.jpg

Promosi Kerja Kahwin 2010

Tarikh : 24 Julai – 02 Ogos 2010

Masa : 10.00 pagi – 08.00 malam (Ahad – Khamis)

10.00 pagi – 10.00 malam (Jumaat & Sabtu)

Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Jalan Conlay

Rujukan :  

(^.^)

Lovely Giveaway Contest

Thursday, July 15, 2010


Create your own banner at mybannermaker.com!

Lovelygift ingin menganjurkan satu giveaway.

3 orang pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1.) Anda mesti mempunyai blog.
2.) Anda diwajibkan menjadi follower Lovelygift sepanjang tempoh giveaway berlansung.
3.) Buat 1 entry bertajuk 'Lovelygift Giveaway Contest' dan sila tinggalkan link di bahagian komen atau shout box.
4.) Copy paste banner lovelygift & letak pada side bar blog anda.

Giveaway berlansung dari 15/6/2010 hingga 15/7/2010

Pemenang akan menerima tudung Dezahra dari Lovelygift.

Join Giveaway from Love and Craft

Wednesday, July 14, 2010





Organizer : http://lovencraft.blogspot.com
Start : 11 July to 18 July 2010


Prizes :
1) 2 hold round button mix colour n size -38 pcs
2) 4 hold round button mix colour n size -20 pcs
3) 6mm satin ribbon 1 colour 1mtr -2 mtrs
4) 15mm satin printed ribbon 1 design 1 mtr -2 mtrs
5) mix shape button -20 pcs
6) glue gun refill -1 pc
7) felt white colour (23 x 25cm) -2 pcs
8) felt green colour (26.5 x 23cm) -2 pcs
9) felt red colour (19.5 x 23cm) -2 pcs


Note : 
Mari join ya kawan2.
Siapa yang tak suka. Butang yang cantik2 !!! Reben yang comel itu.
Suka pula aku 'GIVEAWAY' ni.

Contest Lucky Draw

Tuesday, July 13, 2010

Hi kawan-kawan.
Mari sertai 'Contest Lucky Draw' yang dianjurkan oleh shashabee.
Tarikh tutup penyertaan pada 31 Julai 2010.
Mudah sahaja untuk memasuki pertandingan ini.

Syarat-syarat 'contest' :

1. Menjadi follower blog shashabee okay.

2. Selepas itu, 'copy' gambar di ats, buat 'entry' dan letakkan juga di 'sidebar'.

3. Tag 2 orang kawan anda ya.

4. Pergi ke blog shashabee dan beritahu dia bahawa anda telah menyertai 'contest' ini.


Hadiah yang akan dimenangi :

RM 50 untuk yang bertuah.

Wah. Siapa yang tak suka kan !!!
Semoga berjaya.

Tag Top Blogger 2010

Thursday, July 8, 2010



1. Apaka nama blog kamu dan mengapa letak nama itu?
♥✿♥ Fariza ♥✿♥
Itu kan nama saya, takkan nak letak nama Siti Nurhaliza kot.
hahahahaha

2. Apa nama 'url blog' dan dari mana datangnya idea itu?
http://ohmyfariza.blogspot.com
Idea itu datang melalui otak lalu aku membuka blog ini.


3. Apa 'method' dalam penulisan Gadis Kecoh?
Sebentar lagi aku 'search google' boleh? Sekarang malas. Banyak kerja. Itupun kalau aku ingat. hahahaha

4. Pernah rasa nak hapuskan blog? Sebab musababnya?
Entah. Ada juga nak musnahkan blog.

5. Pernah ahli keluarga anda baca blog nie?
Entah. Kalau ada mereka baca, bacalah. Kalau tiada, tiadalah.


6. Apa perasaan anda apabila ada orang mengatakan blog anda buruk sedangkan ada orang lain cakap blog anda cantik?
Maaf, aku tidak masuk campur. Hal mereka. Banyak lagi aku mahu fikir.


7. Bila blog anda diberanakkan?
Beranak ke? Ayat tak boleh belah. 

Pada Mei 2008

8. Siapa orang pertama yang tahu anda ada blog?
Aku.

9. Apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda di sekolah hihihi...

Biar. Glamour weyh.
10. Sila nyatakan hobi kamu apabila mula2 masuk 'web page'? page mane yg mula2 anda pergi?
Mestilah blog aku.

10. 5 orang yang bakal di tag.
Aku malas nak tag sesiapa pun. Setengah ada yang malas. Jadi tiada paksaan.

Award

Monday, July 5, 2010



1. Anda mesti memberi pujian kepada pemberi 'award' ini.
  Jawapan saya : Harus memuji ke? ehehehehehe. Terima kasih Are-Gya. Dia memang rajin 'tag', memberi 'award', memberi komen dan baik kepada saya. Semoga kita dapat berjumpa ye. (tinggal 1 kawasan teteapi payah nak jumpa. hakhakhak)

2. Sila beri 'award' kepada 10 'blogger' yang lain.
Jawapan saya : 'Copy cat' Are-Gya punya 'Love Symbol'.


3. Anda mesti beritahu kepada 10 blogger ni.
Jawapan saya : Nak beritahulah ini.

4. Bagaimana anda boleh di gelar 'blog' yang 'Best and Great'?
Jawapan saya : Best and Great ke? Guling-guling gelak. Pemilik blog ini pemalas. Yang tahu 'Shopping' je. Rezeki. Alhamdulillah. Terima je lah walaupun korang x kenal aku. hahahahaha

Alhamdulillah. Rezeki.

Friday, July 2, 2010

Salam.
Selamat Pagi semua.
Pada 1 Julai 2010, semalam lah kan, dapat Giveaway dari MY LOVELY RIBBONS N LACES.
Tahniah kepada pemenang dan tidak lupa juga yang telah menyertainya.



Mari singgah ke MY LOVELY RIBBONS N LACES.
Dia menjual barangan yang cute tau.

Terima kasih owner  MY LOVELY RIBBONS N LACES.

Coming soon, blog MY LOVELY RIBBONS N LACES 
akan buat lagi Giveaway.

Nantikan.

Bye..
Sambung keje. Nanti boleh jadi gila kalau x siap.
wakakakakakakaka

Bila Tak Tanya..

Wednesday, June 16, 2010

http://farm1.static.flickr.com/169/421008297_4809bd7b35.jpg


Makin hari makin pelik dengan sikap manusia.



*



*



*



*



Jika tak bertanya :
  • Nanti berkata tak ambil berat
  •  Tidak tahu langsung
  • Tidak tahu apa yang berlaku
  • Tidak bercampur orang

TETAPI...


Masalahnya, bila sudah bertanya :
  • Tidak mahu pula beritahu
  • Seperti memperlekeh orang lain


Apa mahu jadi entah sekarang ni. 
Otak tak digunakan dengan baik.
Sukatilah wahai manusia.

http://www.iconarchive.com/icons/rokey/popo-emotions/128/confuse-icon.png

Sedikit emo





Berat Badan

Thursday, June 10, 2010

http://www.clothesagency.com/cms/contentImages/weight.jpg

Salam.

Fuh. Memang gila.
Berat badanku sekejap naik sekejap turun.
NAIK tak banyak mana.
TURUN sampai tahap 'underweight'.
huarghhhhh

Mama, berat badan kita lebih kurang je.
hahahahaha
Cuma mama lebih berapa dari kakak !!!

(^.^)

Harus jaga badan untuk masa depan dan majlis rasmi.
Oppss


Selamat Tinggal.

Nota : Menunggu 'lacey umbrella' dan ketibaan kanda.

Uweeeeeeee

The Arrivals Episode 1 to 50

Sunday, June 6, 2010

http://azwashaari.files.wordpress.com/2009/11/the-al-mighty.jpg

Sila fahami apa yang cuba disampaikan.
Mana yang baik perlu dijadikan iktibar dan amalkan berterusan.
Jika ada yang kurang mengerti, sila rujuk pada yang benar-benar pakar.

MENGAPA MASIH BUTA SEDANGKAN IA BERLAKU DI BEPAN MATA DAN SEHARIAN DALAM HIDUP INI ???

The Arrivals mempunyai 50 episod.

Mula dari 'link' di bawah ini  dan tekan seterusnya:


Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.
Bukalah minda dan mata anda.
Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kalian.

Amin.
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS