Manusia

Saturday, January 9, 2010



I walk a Lonely Road by Devansh Jhaveri.



1) Mulut yang hanya PANDAI BERJANJI tapi LANGSUNG TIDAK MENEPATI. Tidak salah jika beritahu tidak dapat menunaikannya. Ini tidak biarkan sehingga menjadi tanda tanya. Tidak ada akal dan perasaan kah?

2) Hidup di dunia usahkan MEMBEZAKAN KAUM. Malu ke mahu keluar bersama kaum lain? Malu ke jika orang pandang pelik jika kita keluar bersama kaum lain?

3) Jagalah kata-kata SEWAKTU BERBICARA. Sangat menyampah dengan kata-kata manusia-manusia itu.

4) Jaga TINGKAH LAKU DAN MARUAH kalian selagi masih hidup.

5) Manusia yang langsung TIDAK PERNAH BERSYUKUR. Tidak kira jika anda berada di MALAYSIA atau di negara mana.

6) Jika mahu melihat MALAYSIA lebih maju, para belia zaman sekarang haruslah bangun. Mana-mana yang telah belajar di luar negara, bantu MALAYSIA, bukanlah apabila pulang ke MALAYSIA, kutuk-kutuk MALAYSIA mundur lah, perkhidmatan yang kurang memuaskan, jammed, kurang sosial dan sebagainya. Apa yang korang belajar di luar negara sana? Belia yang belajar di MALAYSIA juga harus berbuat demikian.
   Ini tidak seenak-enaknya bercakap. Fikirlah. Korang pun berstatus WARGANEGARA MALAYSIA. Malu dengan WARGANEGARA MALAYSIA? Sila berambos. Tidak salah mengutuk MALAYSIA, tp ingatlah sendiri.

7) Mahu KERJA DENGAN KERAJAAN sebab nak mendapat kelebihan dari situ, tapi BODOH. Mengutuk, membangkang kerajaan tapi tetap masih berada di situ. MAAF UNTUK SETENGAH GOLONGAN SAHAJA.

8) Usahlah MEMUJI ORANG KAFIR.

9) Harus ketahui batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan.

10) Berhati-hati apabila 'publish' gambar di  blog, facebook, myspace, friendster, fotopages dan sebagainya.

11) 'TRAFFIC JAMMED' usah diperkatakan lagi. Tidak perlu mengeluarkan kata-kata kesat apabila 'traffic jammed'.

12) Bersyukur juga ada kemudahan awam. Bersyukurlah MALAYSIA sudah ada teknologi tinggi berbanding negara-negara mundur.

13) Tinggal di negara paling maju, bolehlah memuji itu dan ini, tetapi tinggal di negara tidak maju, menangis lah korang. Itu pun sukar nak beza ke wahai manusia?

Fuh !!!!!




2 comments:

nur 'adli azhari said...

tauladan yang bagus..

♥Ms Fariza@Yuki♥ said...

to nur 'adli azhari...

terima kasih...

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS