Tips Untuk Sesiapa Yang Mahu Kelihatan Cantik..!

Monday, May 24, 2010


http://2.bp.blogspot.com/_Oc0XvpuwWzo/SwW1Ig00TgI/AAAAAAAAAZk/XsfgRoFvGMc/s320/Stay+beautiful+wedding+wear+jilbab+3.jpg

Credit : Google Search



Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa.
Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah bersenam. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu  erkomunikasi pada Allah SWT dengan zikir dan do’a.
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
• Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
• Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
• Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Credit : Isuhangat.net

Tips Bersanggul? Mari saya tunjukkan.

Friday, May 21, 2010

http://3.bp.blogspot.com/_MObXCKBY7Vc/S2vq4NztVNI/AAAAAAAAAXg/zs3pkxXkuHE/s320/mainpix3.jpg





*




*



*



*




حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بن عَيَّاشِ بن عَبَّاسٍ الْقِتْبَانِيُّ، حَدَّثَنِي أَبِي، سَمِعْتُ عِيسَى بن هِلالٍ الصَّدَفِيَّ، وَأَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ بن عَبْدِ اللَّهِ الْخَطْمِيَّ، ابْنَ يَزِيدَ الْحُبُلِيَّ،، يَقُولانِ: سَمِعْنَا عَبْدَ اللَّهِ بن عَمْرٍو، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ:"سَيَكُونُ آخِرُ أُمَّتِي نِسَاءً كَاسِيَاتٍ عَارِيَاتٍ عَلَى رُؤُسِهِنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ، الْعَنُوهُنَّ فَإِنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ" - المعجم الكبير للطبرانى

“Daripada Abdullah bin ‘Ayyasy bin ‘Abbas Al-Qityani, telah berkata bapaku, aku(bapa ‘Ayyasy) telah mendengar ‘Isa bin Hilal As-Shodafi dan dan Abu Abd Rahman bin Abdullah Al-Khathmi bin Yazid Al-Hubuli, berkata mereka berdua, kami mendengar Abdullah b Amru berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW berkata : Akan datang pada akhir zaman daripada umatku peremuan yang bertelanjang tanpa berpakaian. Sanggul mereka diangkat tinggi seperti bonggol unta. Kutuklah mereka sesungguhnya mereka golongan terkutuk.


Banyak alasan pula?

Ada yang akan ckp kat aku ''BUDGET BAGUS GADIS NI''.
(Nampak sangat lah yang korang x boleh terima ilmu yang baik)

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Bonggol kamu SANGAT MENAWAN. Oh.
Bukan tidak 'open minded'. Fikirlah sebagai untuk MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM. Tidak semua MELAYU adalah ISLAM.
Rambut panjang? Ikatlah dengan kemas. Aku tengok orang rambut panjang boleh je ikat rambut dengan kemas tanpa 'BONGGOL'. Kenapa korang tidak boleh buat? Ahaks.
Trend masa kini. Teruskan dan teruskan ya. Lepas ini bonggol apa ek?
Sukanya pakai yang berbonggol. Tup tup nampak bahagian dada. Wohoo. Cuci mata lah ea?
Heh. Nampak GORGEOUS, VOGUE, UP TO DATE ke?
Mari lawan bonggol sapa lebih tinggi. Ada sesiapa sukarela anjurkan pertandingan?
Tidak manis, lagi yang sudah berkahwin. Oppss. Belum kahwin pun sama ya.
Ibu bapa akan beri nasihat terbaik untuk anak. Anak pula gunakan akal.
Jangan salahkan yang BERTUDUNG saja, yang TIDAK BERTUDUNG pun sama.


http://kisahsianto.files.wordpress.com/2008/11/unta1.gif

Unta adalah sebahagian makhluk Allah S.W.T.

Handsome lah unta.
Ada tips??

Pesanan Ayah kepada anak perempuan yang bakal berkahwin.

http://citraputra.files.wordpress.com/2009/07/ikhwan_wa_akhwat.jpg

1. Jaga diri mu baik-baik.Jangan sampai berbohong dengan suami kerana dengan berbohong, suami mu meragui kejujuranmu dan berperasangka buruk terhadap dirimu. Ingatlah dua hal ini merupakan racun rumahtangga.

2. Jagalah dirimu baik-baik.Jangan sampai terlampau mengikut perasaan, kerana hal itu membuat rumahtangga serupa seperti neraka.

3.  Jika suamimu seorang yang cemburu, hendaklah tidak berlebihan dalam berdandan dan menghias diri.

4.  Hati-hati jangan sampai engkau memuji lelaki lain di depan suamimu, walaupun memuji dengan niat yang baik.

5.  Jagalah dirimu baik-baik.Jangan makan terlalu kenyang, kerana hal itu dapat merosakkan kecantikan paras dan menyebabkan kegemukan.

6.  Ketahuilah kegembiraanmu berkait dengan kegembiraan suamimu. engkau yang dapat membuatnya bahagia dan dialah yang dapat membuatmu bahagia.Sebaliknya engkau dapat membuatnya malang dan dia pun dapat membuatmu malang.Oleh itu, hati-hatilah janganlah sampai terjadi kebencian pertama antara dirimu dan suamimu, sebab kebencian yang pertama boleh disusuli dengan kebencian yang lain.

7.  Taatlah suamimu sedapat yang mungkin dan hindarilah percakapan yang bersifat olok-olok dan ejek-ejek dan perbicaraan yang tidak berguna. Jangan sesekali cemburu kerana cemburu itu kunci penceraian.

8.  Jagalah kesihatanmu baik-baik dan jauhilah penggunaan alat kecantikan yang dapat merosakkan kesegaranwajahmu dan kemanisan air mukamu.

9.  Kerjakanlah dengan tabah dan sabar apa yang telah menjadi kewajipanmu.

10.Aturlah baik-baik urusan rumahtangga dan jangan sampai ada orang lain yang mengetahui rahsiamu.   


Ingatlah Wahai anakku !

Seksi...?

Tuesday, May 18, 2010

  

Kredit : Isu Hangat

Kata-kata dari ceramah Ustaz Firdaus dari JAIJ
Umat Islam di seluruh dunia ialah seramai 2 billion orang, nisbah 1 dari 4 orang penduduk di dunia. Malangnya kita tidak bersatu menjadikan kita menjadi alat tunggangan orang Barat/Yahudi sahaja. Kita umpama dikawal dengan remote control. Mereka yang mengawal ekonomi, budaya dan peradaban manusia sekarang ni. Kita? follow jer… ok aku nak ko lady gaga – kita pun lady gaga. Aku nak ko pakai fesyen ni , kita pun ikut. Trendy la kononnya tu. Aku nak ko bangun malam – kita pun bangun malam tetapi bukan kerana nak solat malam tetapi nak tengok EPL – tak lama lagi world cup. Aku nak ko layan FB – kita pun sampai ketagih FB.
Bayangkan jika kita seramai 2 billion ni bangun serentak, kemudian dengan masa yang sama mengikut waktu masing-masing tapi tetap masa yang sama jerit serentak “ALLAH HUAKBAR!!!!!”
Mau gegak gempita, gerun musuh kita dan silap-silap boleh runtuh bangunan dibuatnya. Tapi tulah malangnya kita tak bersatu. Dalam negara kita pun tak bersatu apa lagi nak satukan sedunia. Kita ibarat buih-buih di lautan.
Namun apa yang telah termaktub dalam Al-Quran sebelum Kiamat nanti, Muslimin Islam akan menang, akan muncul Nabi Isa Al-Masih yang akan memimpin dunia Islam.
Lagi satu ceramah Ustaz Firdaus berkenaan dengan wanita berpakaian sexy. Wanita berpakaian sexy kerana lelaki. Mereka berpakaian begitu kerana kaum lelaki suka tengok. Kaum lelaki tidak mencegahnya kerana suka cuci mata. Tak tau nanti mata kena cuci kat Akhirat besok.
Cuba lelaki pakat-pakat tidak suka dengan perempuan pakaian sexy. Kalau jumpa jer perempuan berpakaian sexy pakat tengking.. “Balik!!!!! pakai pakaian sopan sikit!”. Kalau tak semua pun, 50% jer lelaki buat camni, pasti perempuan pun tak berani nak pakai sexy lagi. Ni tidak, siap ngurat lagi, sambil menjeling … mana tak perempuan tu makin getik.
Cakap memang mudah kan tapi nak praktikkannya yang payah. Ada seorang rakan blalang_group yang imannya tak setipis bawang berani menegur gadis kota jirannya yang berpakaian sexy. Kalau senipis kulit bawang hanya dalam hati jer. Lihat luahan hati beliau yang bertajuk Gadis Kota x boleh ditegur.

Aku nak berkongsi satu sketsa kehidupan yang berlaku di Ibu Kota KL nie.
Ia berlaku kepada aku sendiri semalam pas balik dr keja.
Lepas g amik anak aku kt umah jiran (mengasuh); aku pun berjalan balik. Kebetulan time yg sama ada sorang makwe yang cun, putih gebu kulitnya, galak matanya, panjang keperangan rambutnya berjalan bertentangan dihadapan aku. Tambahan pulak makwe tu hanya mengenakan ‘tube’ dipadankan dengan jeans ketat pada badanya. Lantaran berpakaian sebegitu telah menampakkan dengan jelas dadanya yg gebu lagi cantik tu.
Sebagai seorang lelaki, mungkin sikit sangat yg dapat menahan godaan sebegini. Rezeki di depan mata pasti x dilepaskan. Tapi bukan itu yg nak aku ceritakan. Aku yg bukan seorang ustaz nie & yg x la berapa alim nie x macam mana tah gatal mulut petang tu…aku tegur makwe nie.
“Tutup la sikit dada tu….nampak jelas sangat!”
Bukan apa, sebab aku nampak kt situ ramai orang lalu lalang. dengan budak balik sekolahnyer. ..orang2 tua yg dok bersembang tepi2 warong…malu la sikit!
Lantas aku disergah. “Apa ko cakap?…yg ko sebok apsal?…aku punya pasal la….kau kau…aku aku!”. Korang x kecut perut ker makwe yg kita sangka lembut tu boleh sergah lelaki yg lebih tua dari dia?
Aku pun cuba slow talk dengan dia…Adik.. .jgn la pkai cam tu…malu la kat orang…Pada kali nie aku ditengking yang aku rasa ramai jiran2 yg dengar…”Aku punya suka la apa aku nak pakai. Ko jgn carik pasal…ko baru jer duduk kat sini, aku dh lama kat sini….jgn carik pasal!”
Aku terus blah…bukan aku takut…tp aku malu kt jiran2…ye la bising2 cam tu…mesti diorang ingat gaduh ker mende ker…
Persoalan aku kepada rakan2 sekalian….
1) mana pergi lemah lembut wanita Melayu sekarang nie?…
2) kenapa hilang adap sopan kita….
3) kenapa berasa bangga berpakaian begitu?
4) Mak bapak x marah ker anak dara diorang berpakaian sebegitu?
5) dan yang jawapan yg paling aku nak dengar dari kawan2 (terutamanya perempuan2 Melayu)….kenapa dah TAK BOLEH TEGUR KORANG NIE?
Hidup ini singkat, mari kita saling berpesan!
Jadilah masyarakat yg Prihatin. Sayangilah keluarga & orang2 d sekeliling kita.

http://rekceri.files.wordpress.com/2009/09/muslimah.jpg

Wink !

Saya Nak Minyak Wangi dari Mama Safi

Friday, May 14, 2010



 GIVEAWAY

Penganjur : Mami Safi
Tarikh tutup penyertaan : 15 Mei 2010 (11:59 PM)
Syarat :  Tiada paksaan untuk menjadi 'follower'.
Hadiah : One Drop Perfume
Sokongan : Mari sertai kawa-kawan



Abai Penampilan?

Thursday, May 6, 2010

 Abai Penampilan? 

Takkan mahu salahkan golongan wanita je.
Fikirkan dari sudut lain juga.
hik3

 Info : Metro Harian (06/05/2010)

KUALA LUMPUR:”Isteri-isteri di Malaysia kurang menjaga penampilan diri, malah ada yang sudah bosan menjadi suri hati suaminya yang dianggap sudah ‘pencen’. 
Lebih menyedihkan mereka hanya fokus kepada anak dan cucu berbanding suami,” kata kaunselor, Hushim Salleh mengenai sikap isteri pasangan warga emas sekarang.
Katanya, fenomena itu budaya baru dalam masyarakat apabila pasangan sudah menjengah usia emas.
Kaum wanita (isteri) katanya, sudah jarang menjaga penampilan diri malah ada yang memarahi suami jika cuba bermanja-manja dengan alasan sudah lanjut usia dan sebagainya.

Hushim berkata, tidak hairanlah jika lelaki atau suami warga emas ini mudah didekati gadis muda dari seberang yang ternyata pandai melayan dan menjaga hati lelaki ini. “Golongan wanita warga asing ini pandai mendalami keinginan lelaki warga emas yang tidak akan pernah surut.

“Bukan itu saja, golongan suami ini tidak dipedulikan, malah jarang berkomunikasi dengan si isteri yang sibuk dengan anak dan cucu hingga merasa terpinggir kerana tidak didekati seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau mengulas laporan Harian Metro kelmarin mengenai seorang lelaki warga emas yang menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Klang, Selangor sejak beberapa hari lalu dipercayai dilamun cinta sebelum membuat keputusan nekad mengikut seorang wanita warga Indonesia pulang ke negara asalnya.

Hushim berkata, masyarakat tidak boleh hanya menyalahkan perempuan dari seberang apabila berlaku kes seperti ini kerana masalah berpunca daripada pasangan itu sendiri.

“Memang tidak dapat disangkal perempuan ini mahukan kesenangan, lebih lagi cinta sebegini bukan sesuatu yang ikhlas.

“Mereka mungkin hanya mahukan wang ringgit sebelum meninggalkan lelaki warga emas itu terkontang-kanting, namun isteri perlu mengambil langkah mengatasi masalah ini sebelum ia menjurus ke arah itu,” katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri V S Suwaminathan berkata, ia bukan satu jenayah jika mengikut wanita seberang dengan rela hati.

“Ia akan menjadi satu jenayah besar jika mereka ditipu dan terdapat unsur jenayah seperti menghasut dan sebagainya.

“Jika ia dilaporkan kepada polis dengan dakwaan dan bukti kukuh oleh pihak keluarga, ia sepatutnya dipandang serius kerana bakal mengundang pelbagai masalah,” katanya.

Suwaminathan berkata, perkara ini jika tidak dibendung akan menjadi masalah besar kelak, termasuk perpecahan keluarga akhirnya menjadi faktor kepada gejala sosial.
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS