Tag-Are Gya

Sunday, October 31, 2010

Tag daripada Are-Gya.
Terima kasih. :)

 1) Apakah benda yang paling penting dalam hidup korang?
Hidup yang paling penting kerana kita boleh buat apa sahaja untuk kebaikan.

2) Benda terakhir yang korang beli menggunakan duit korang sendiri?
Beli coklat semasa bercuti bersama keluarga.

3) Dimana tempat korang ingin melansungkan perkawinan korang dan tema perkawinan korang nanti?
Mahu di dewan besar. Tetapi buat sederhana sudah. ha3. Tema rahsia.

4) Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Cinta. Apakah itu cinta?

5) Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Dengan keizinanNya dan sehingga ke akhirat.

6) Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
Jarang sangat jumpa. Asyik tempat yang sama sahaja. Bosanlah.

7) Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
Tiada. Pinjam adik sahaja. Dia ulat segala buku. Setakat cerita pasal artis tak belilah.

8) Apakah nama penuh korang?
Perlu ke? Opss.

9) Antara mak dengan ayah korang, yang mana korang lebih mesra? 
Tidak perlu bezakan. Dua-dua lah.

10) Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang
Allah S.W.T

11) Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Mesin basuh ada. Apa guna hidup zaman canggih tetapi masih tidak menggunakannya.

12) Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
Mekah dan pergi jalan-jalan bersama suami.

13) Pilih salah satu, peluk atau cium?
Mahu dua-dua. Tamak !!! ha3.

14) Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang.
Baik, 'friendly' dan nama dia Are-Gya

15) 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang
Sayang diri sendiri, keluarga dan sayangnya jika seseorang itu tidak tahu memanfaatkan kebaikan yang banyak dan lebih melakukan kebaikan.

16) 5 lagu yang korang paling suka dan selalu dengar?
Sekejap ya. Mahu berfikir.

17) Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
Ikut bulan Islam, time raya lepas. Bersyukur dan doa banyak-banyak.

18) 5 orang blogger yang korang nak tag.
-

19) Cerita sikit tentang blogger pertama yang korang tag
-

Terbang...!

Friday, October 22, 2010

http://www.outravisao.com.br/images/NoticiasFotos/airbus/media_object_image_lowres_A350-900_AIR_ASIA_X_June09_lr.jpg

Salam.

Selamat tinggal.
Kami sekeluarga akan pergi bercuti.
Yeahhhhhh.
Doakan selamat pergi dan kembali.

♥ ♥

Deria

Wednesday, October 20, 2010


Petikan di atas, ku ambil dari 1 blogger ini.
Maaf, ku lupa website tersebut.
Seorang pelajar perempuan yang dalam sekolah menengah.
Cantik gaya dan tatabahasanya dalam penulisan Bahasa Melayu.
Blog yang berwarna merah jambu.
Identiti tidak diketahui dan tiada gambar untuk menatap wajahnya.
Sangat comel apabila dia bercerita mengenai persekolahannya.
Info terkini dan ilmu yang diberikan amat berguna.


Semoga berjaya !!!

Berpacaran

Friday, October 15, 2010

http://4.bp.blogspot.com/_1EboZ3HzVsY/S8c0H4GbvgI/AAAAAAAAAKE/aUSNf1FvyO4/s1600/003_cartoon_vector_couple_lovers_KTQRJ_1012.jpg
Salam.
Mari kita hayati lirik lagu ini.
Memang 'best'.

Sohaimi Mior Hassan

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet


Jom... Lawan Duit Hantaran.

Saturday, October 9, 2010


Salam.

'Post' ini di terdapat di sini. Aku 'print screen' ia. 'Post' ini menarik untuk dibincangkan. ha3.
Dari dulu hingga sekarang menjadi-jadi. Apa mahu jadi dengan manusia pada zaman membangun ini. Mahu bagus dan berlawan nampak..

Duit hantaran adalah ADAT.
Duit hantaran keikhlasan memberi sebagai hadiah.
Bukankah duit hantaran perlu diberikan dengan ikhlas dan mengikut kemampuan.
Tetapi ramai sekarang 'MEMINTA' duit melebihi...................

Jika ikut, ikutlah. Jika tidak, terpulang. X mati pun jika x ikut ADAT.
Jadi ikutan, jomlah ikut..................!
Eloklah duit hantaran diberikan dengan ikhlas dan mengikut kemampuan.
Tidak perlu letak duit hantaran mengikut kelas pencapaian pendidikan UPSR, PMR, SPM, DIPLOMA, DEGREE, MASTER DAN PHD. (sendiri tambahlah)
Seolah-olah mahu menjual anak dengan sedemikian rupa.
Perlu ke bangga dengan nilai hantaran yang tinggi?
Mahu berhutang sana sini?
Anak si polan nilai ini dan takkan mahu mengikut untuk letak lebih tinggi lagi?
Malu ea jika hantaran rendah?
Mak2 yang ada anak perempuan itu, berpada-padalah.
Jika bakal suami ikhlas memberi, silakan.
Perlulah berfikir untuk masa depan, digunakan untuk perkara yang lain dan perlu melihat sekeliling alam.
Bagi bakal suami yang dalam kedudukan sederhana dan miskin, pastinya mereka kerah tenaga untuk menampung semua.
Xda hati dan perasaan ke?
Makin lama maruah manusia hilang x kira jantina.
Boleh juga dijadikan isu ''MENGAPA LELAKI KAHWIN LAMBAT'' dan ''MENGAPA PEREMPUAN KAHWIN LAMBAT''.
Bertimbang rasa lah.


Kahwin memanglah sekali, kenalah gempak.
Memanglah gempak, dol. BUAT APA DALAM MASA YANG MENCARI KEREDHAAN BERSELITKAN DOSA SEMASA PERKAHWINAN. x gitu???
Kasihankan para suami, beberapa jam selepas itu, dosa menanggung.
Kalau mahu kahwin banyak kali pun boleh. Lagi gempak seyhh.
Kahwin cerai, kahwin cerai, kahwin cerai....... (sambung sendiri)


Apa guna jika sudah belajar, tetapi ilmu yang ada tidak digunakan.
Ikut cara yang betul lagi mudah dan tidak membebankan.
Berkahwin secara sederhana.
Tidak salah jika ada wang lebih untuk buat itu dan ini bagi yang berkemampuan?
Bersyukurlah apa yang ada.
Mana yang baik dan tidak membebankan, haruslah diutamakan.
Mana yang kurang baik dan agak membebankan, fikirlah, selagi akal boleh digunakan dengan sempurna.
Cinta, Ikhlas, terima seadanya, bersyukur, tabah, sabar, kepercayaan, bertolak ansur, berfikiran terbuka, bertimbang rasa dan bagaimana mahu menyelesaikan sesuatu perkara.

Best tak jika perkahwinan campur semua bangsa dari seluruh dunia?
Ala-ala 1 DUNIA, PELBAGAI BANGSA. hak hak hak
Lebih baik ko bantu orang yang lebih memerlukan.
Tipu jika manusia x sukakan kecantikan. (Mestilah nak cantik2)

Bye..

Sabar, Tabah dan Syukur

Sunday, October 3, 2010

http://lh4.ggpht.com/_rZMLX9pQ81w/SssPoH_4HpI/AAAAAAAAB94/BATcaLaL_GE/s800/syukur.png

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu 
 
Mestica-Rahmat Ujian 

http://4.bp.blogspot.com/_kvzhpslmZsw/S8czyoJAYZI/AAAAAAAAByk/WtBpgCvzs7A/s1600/muslimah_v02_by_yip87.jpg

Harus Tonton

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS