Bermulanya tirai 2011

Friday, December 31, 2010


Tirai 2010 telah ditutup.
Bermulanya tahun 2011. Alhamdulillah.

Tahun ini meniti umur yang kian meningkat dan cabaran bagiku. Ku berharap semuanya dalam keadaan baik-baik.
Aku suka 'blogwalking' dan tinggalkan komen jika ada masa (sibuklah sangat muahahaha).

* Tabah, sabar dan usah berputus asa.
* Status diriku akan BERTUKAR. Nervous. InsyaAllah
* SI DIA hampir dekat. Alhamdulillah.
* Masih mencari kerja sekian lama berehat.
* Apabila umur meningkat, amalan harus dari tahun ke tahun.
* Jerawat. Oh! Tidak.
* Cabaran menghadapi MULUT-MULUT MANUSIA.

Kamu semua bagaimana? Ha, mesti banyak cerita menarik kan. muahahahaha.

Pameran Pengantin Malaysia 2011

Wednesday, December 29, 2010

Assalamualaikum.

Bakal pengantin, mari beramai-ramai ke Pameran Pengantin Malaysia 2011 di Ampang Point.
Seronoknya. Cuci mata barangan kahwin.

http://1.bp.blogspot.com/_fob9Qv9ApeQ/TRoQuuKV49I/AAAAAAAAAqI/w9ODjII7FP0/s1600/ppmap2011.jpg

Pertandingan : Aksi Gambar Freestyle dari Epalgreen

Thursday, December 23, 2010

Salam.

Saya memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh Epalgreen
Terma dan syarat ia mudah tau.
Hadiah pun menarik. he3.

http://2.bp.blogspot.com/_bdgn6nMTw4M/TRJ8O7UYrxI/AAAAAAAABxY/fNDQZEigBII/s1600/gambar.jpg 

dari kanan (abang, ayah, haniif, syafiqa, haiqal dan saya)

gambar ini menarik kerana....

ia menghiburkan, Mungkin bagi setengah, tiada nilai. Gambar ini ditangkap candid oleh mamaku. Kitaorang semua tak perasan tau. Gambar ini di Tasik Dayang Bunting, Langkawi, Kedah di mana kami sekeluarga meluangkan masa yang terindah T_T. Penat weh.... Cuba lihat gambar tersebut, tiada apa-apa yang mahu diceritakan. Melihatkan muka sorang-sorang dengan seriusnya berjalan menuju keluar. Mamaku jerit ''Sudah-sudah cepat turun kang melapuk kat situ!'' Terlihat mamaku bukan main gelak. Mama berkata ''Korang ini macam model. Tetapi model bunting sambil gelak lagi (almaklum balik dari Tasik Dayang Bunting).'' Sesudahnya pulang ke Kuala Lumpur, tengok gambar itu balik. Amik kau. Mamaku gelak lagi. Amboi. Tengoklah, dengan muka tak boleh belah sorang-sorang dan beratur macam mahu pergi check perut. (buncit ke. mamaku berguraulah. Ayah yang buncit. Opss.)  Bulan 10 yang lepas kami bercuti. Best sangat bersama keluarga. 


Psstt : Masa pulang tu dalam flight, attendant lelaki hensem weh. perghh. muka jambu. cuci mata malam-malam. muahahahahahah (jahat)




Macam ntah apa-apa pula gambar tu. ha3.
Enjoy and keep smiling.


Mahu tag :
Puan Are-Gya
Kak Puteri
Anuar Liquid

Hari Ini T_T

Sunday, December 19, 2010

Kadangkala hati ini sedih.
Aku sudah cuba untuk bertahan.
Kejutan yang membawa seribu makna terselit sedikit kesedihan.
Ada rezeki yang datang aku menolak.
Biarlah.
Ada hikmah semua itu.
Onak duri harus kutempuhi.
Ketidakselesaan dalam melihat ragam manusia.
Tabah dan jangan putus asa selalu menjadi penasihatku sampai bila-bila.



*Nota : Malam tadi mimpi kamera. Malangnya ia bukan kepunyaanku. Cantik, x pernah jumpa kat mana-mana 'design' itu, aku memegangnya. Rindu pula pada kamera. Kamera berada di gengaman DURJANA BERHATI SYAITAN.
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS