Rafhanah's Year End Giveaway !

Friday, December 30, 2011

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, badan ini baru lepas sembuh dari sakit.
Mari join 1 'giveaway' di bawah ini.
Semoga berjaya :) hik3


HB Comel Untuk Dijual

Thursday, December 29, 2011

Assalamualaikum.

Credit : Hunny Kitty


HB ini memang cantik dan comel :)
Kedua-duanya digunakan untuk nikah dan resepsi.


Credit : Intan Norazam 

1) HB campuran merah dan merah jambu
- Jenis kain yang digunakan adalah felt dan ada polka dot.
- Butang yang comel
- Saiz M
SOLD

2) HB campuran hijau, turqouise, peach, soft mustard
- Jenis kain yang digunakan adalah fabrik.
- Butang yang comel
- Saiz M
SOLD

Jadi, Fariza mahu menjual HB ini jika ada yang berminat.
Jika ada berminat, boleh email - untuk maklumat lanjut.

Jus Delima untuk Kesihatan

Friday, December 23, 2011



Harga : RM 23 (250 ml)
Produk ini dari Turki dan Halal

Mengapa kita perlu minum Jus Delima?
Jus Delima Asli dari Turki (Tanpa pengawet, pewarna dan gula)


Firman Allah SWT dalam surah Ar Rahman ayat 66-68
Di dalam kedua syurga itu terdapat mata air yg memancar keras terus menerus.
Maka tanda-tanda kekuasaan Tuhan kalian yg mana lagi yang akan kalian dustakan?
Di dalam keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.


Sabda Nabi Muhammad SAW, maksudnya:
Buah delima adalah penghulu buah-buahan. Sesiapa yg makan buah delima maka syaitan menjadi marah selama empat puluh hari kerana jika syaitan makan buah delima, maka dia tidak diikuti oleh seorang pun.


Kebaikan minum Jus Delima
  • Jus delima telah disebut beberapa kali di dalam al-Quran dan makanan sunah nabi
  • Membantu menghalang perkembangan sel kanser kerana anti-oksidanya yang tinggi
InsyaAllah jika diambil berterusam dapat mengelakkan dari kanser-kanser yang biasa dialami oleh kaum wanita
  • Membantu membakar lemak dan mengurangkan berat badan
  • Membantu mencantikkan kulit dan awet muda
  • Menegangkan payudara dan dapat membentuk perut dan punggung yg lebih kemas
  • Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulihkan keletihan
  • Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam
  • Adakah anda hamil? Jus delima dapat mencantikkan kulit bayi di samping dapat membantu tumbesaran janin dan perkembangan otak bayi anda
  • Membantu mengurangkan paras gula dalam darah
  • Membantu menstabilkan paras kolestrol dalam darah
  • Membantu merendah dan menstabilkan tekanan darah
  • Membantu kurangkan masalah darah tinggi dan kencing manis diambil berterusan
  • Membantu mengimbangi hormon wanita dan melancarkan kitaran haid
  • Membantu membaik fungsi hati dan limpa
  • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
  • Membantu menstabilkan hormon wanita yg monopous
  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
  • Mambantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
  • Mebantu menguatkan sistem pencernaan dan usus
  • Membantu mengurangkan pembentukan lemak dinding pembuluh darah dan melancarkan pengaliran darah serta mengurangkan kolestrol
  • Menambah tenaga suami isteri
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan pelajar
Banyak lagi khasiatnya jika diambil secara berterusan. InsyaAllah dengan keizinanNya


Cara penjagaan kesihatan:
1) 2x sehari = 1 sudu besar campur dengan setengah gelas air.
Menguruskan badan, mengurangkan kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi, mencantikkan kulit, menghilangkan eczema. 

2) 2x sehari = 2 sudu besar campur dengan satu gelas air. Harus diambil selepas makan serta selawat sebanyak 3x sebelum minum dan InsyaAllah dipermudahkan segala urusan anda. Amin.

3) Diambil selepas sarapan pagi dan selepas makan tengahri atau selepas waktu makan malam.

4) Lebih baik diambil secara berterusan.

Tahniah Adik :)

Thursday, December 22, 2011

Assalamualaikum.


Alhamdulillah.

Tahniah kepada adik Fariza yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
Maaf, tiada gambar dia :(

Kepada calon PMR yang lain, jika anda dapat keputusan yang baik atau kurang memuaskan, tahniah diucapkan :)
Buat yang terbaik untuk masa hadapan agar kehidupan anda cerah dan tidak lupa juga tambah ilmu agama di dada.

Semalam, 'remind' kat adik, ''esok jangan lupa tau call kakak apabila sudah dapat result ok''.

Kena belanjalah macam ni :)

Ya. Fariza tahu, dia memang boleh skor dalam PMR. Bolehlah masuk asrama .... yang diidam-idamkan selama ini. InsyaAllah

Tahniah Syafiqa :p

I'm proud of you.

Hug and kisses

Rindu akan mereka :(

Thursday, December 15, 2011

Assalamualaikum.






Setelah beberapa hari selepas perkahwinan, tinggal di rumah sendiri bersama hubby tersayang :)
Perasaan rindu pada keluarga memang ada :)
Adakalanya sebak apabila teringakat kenangan lalu. ehehehe

Diceritakan semula

Cerita 1

Fariza selalu sampai LRT pada pukul 7.++ malam. Jadi, tunggu bas lama :(, dan minta ayah jemput selepas solat Maghrib.

Ayah : Eh, sudah pukul 7 lebih, mahu ambil kakak atau tidak?
Mama : Faizal (Hubby) kan sudah ambil kakak balik kerja.
Ayah : Xpelah. Ayah call kakak.

Ayah : Assalamualaikum. Kakak, di mana sekarang? Mahu Ayah ambil tak?
Kakak : Waalaikumusalam. Ada, kakak dalam train, nanti Ayah jemput di tempat biasa tau. (Keduan-duanya gelak.)
Xpelah ayah, Faizal (Hubby) sudah jemput kakak. hik3.


Cerita 2

Adik Fariza, Haniif, call untuk tanya khabar. Dia sudah pandai call sana sini. T_T. Nasiblah. hahahaha

Hannif : Assalamualaikum, Angah. Kat mana? Kenapa tak balik rumah? Angah pergi mana? Nanti Angah balik KL, Angah datang rumah tau.
Kakak : (Tanya soalan bertubi-tubi dan sudah dijawab.) hahaha. Haniif rindu Angah ke?
Haniif : Yelah. Haniif rindu Angah........ Angah lama sangat tak balik.


Hubungan kekeluargaan takkan terputus. Sedekahkan doa untuk mereka ;)







* Menulis entri ini pun membuatkan saya menangis :(

* Majlis bertandang 18/12/2011 hari Ahad di Jalan Mewah 3, Taman Tanjung Mewah, Ulu Kinta, Ipoh, Perak.
Tema merah dan putih. Dijemput hadir bagi sesiapa yang kelapangan :)



Alhamdulillah, Sudah Bergelar Isteri :D

Wednesday, December 14, 2011

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)

Apa khabar anda semua? he3. Fariza harap semuanya sihat sejahtera. Amin.

Alhamdulillah, Fariza sudah bergelar seorang isteri pada 09/12/2011 dengan lafaz sekali sahaja. Amin :)
Gambar nanti Fariza upload. ha3.
Terima kasih yang sudi hadir pada majlis kami tempoh hari.

Seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan tanggungjawab harus
Biarlah hati ini terus tabah dan sabar dalam mengharungi segala ujian yang diberikan.

* Majlis bertandang akan diadakan di Ipoh, Perak minggu ini.
* Nanti-nantilah update lagi. hik3

Review : Make Up dan Tempat Persalinan - V Hotel

Tuesday, December 13, 2011

Assalamualaikum.



Alhamdulillah :)
Majlis kami 2 pasangan pengantin telah pun selesai :) Amin
Terima kasih kepada anda semua yang hadir dan tidak dapat hadir semasa majlis diadakan.
Tidak lupa juga kepada semua kakitangan yang sedia membantu dari awal hingga akhir majlis :)

Make up dan persalinan Fariza di V Hotel, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
V-Hotel ditubuhkan pada tahun 2011. Baru lagi kan. hik3.
Fariza selesa dengan perkhidmatan dan servis mereka :)
Pekerja kebanyakan berbangsa Melayu.

Anda boleh melayari laman sesawang untuk maklumat lanjut atau terus hubungi mereka.



1 malam hanya RM 98 dan bilik anda boleh lihat dahulu.
Fariza suka bilik yang ada cermin/tingkap supaya diri tidak berasa lemas. hahaha
Fariza menempah 2 bilik yang berlainan untuk nikah dan majlis resepsi untuk keselesaan.

Gambar dari OP belum terimalah. Baru beberapa hari berkahwin. hahahaha



Hubungi V Hotel seperti di bawah :

V HOTEL SDN BHD (874376-A)
No. 3 Jalan 8/146, Metro Centre, 
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur,
MALAYSIA.

Telefon : +603 9057 6855 
Fax :  +603 9057 6860
Email : info@vhotel.com.my
Facebook : V Hotel

atau 


Wordless Wednesday

Teaser DIY : Gantung dan Tampal

Tuesday, December 6, 2011

Assalamualaikum

Abaikan cadar kurang menarik itu. :p

Gantung dan tampal gambar begitu mudah.
Saya buat deco yang ringkas sahaja. :)

Sayangi keluarga. 
Nanti akan datang kami akan menguruskan keluarga sendiri pula. 
Boleh buat tatapan apabila rindu sambil mengalirkan air mata T_T

Selamat tinggal.

Hand Bouquet Comel :)

Monday, December 5, 2011

Assalamualaikum.


Beberapa bulan yang lepas, Fariza telah membuat tempahan 'hand bouquet' dengan Intan Norazam.
Ianya begitu comel kan? Suka !!!
Jadi, Fariza tempah 2 'hand bouquet' dari Intan Norazam yang sememangnya begitu kreatif :)
Bagi yang berkenan, bolehlah tempah dengan Intan Norazam selagi tempahan dibuka. hehehehe

Tinggal lagi 4 hari. Macam tidak percaya tetapi harus sedar. hahahaha
Tidak sabar mahu memegang 'hand bouquet' untuk majlis nanti.

Alhamdulillah. Borang nikah telah diserahkan :)

Update : Beberapa hari sebelum bergelar Isteri :)

Wednesday, November 30, 2011

Assalamualaikum.



1) Minta maaf, Fariza sudah kurang aktif di blog kerana tarikh perkahwinan semakin hampir.
Sebenarnya banyak mahu update (eceh) tetapi tidak berkesempatan T_T. Sibuk.

2) Tinggal beberapa lagi hari sahaja untuk bergelar seorang isteri ^_^ (suka :))

3) Alhamdulillah, sudah dapat tarikh 'appointment' dari doktor. Lega dan senang untuk aktiviti mengembara bersama suami (Horayyy)

4) Kepada semua bakal pengantin, semoga maju jaya dan anda memang buat yang terbaik dan tercantik :)

5) Jemput hadir di majlis perkahwinan Fariza nanti jika kelapangan pada minggu hadapan.

6) Fariza berharap agar semuanya berjalan dengan lancar. Amin

7) Kurang sihat, mungkin banyak fikir pasal ........ (Pengsan) hahahahahahaha

8) Kena pekakkan telinga dengar yang mencamar hati :) Mulut manusia yang begitu longgar. Haishhh

9) Saya perlukan rehat yang panjang. T_T

10) Doakan saya buat yang terbaik biarkan majlis sederhana sahaja :))))

11) Abang Fariza sudah selamat diijabkabulkan, sekarang giliran saya. Cuak cuak cuak. :p




Rembulan di langit hatiku
Menyalalah engkau selalu
Temani kemana meski kupergi
Mencari tempat kita tuju

Kan ku jaga nyalamu selalu
Pelita perjalananku
Kan ku jaga nyalamu selalu
Rembulan di langit hatiku

Rembulan di langit hatiku
Teguhlah engkau pandu aku
Ingatkanlahku bila tersalah
Menempuh tempat kita tuju

Doakanlahku di shalat malammu
Pelita perjalananku
Doakanlahku di shalat malammu
Rembulan di langit hatiku

28 Hari Lagi

Friday, November 11, 2011

Assalamualaikum.



Fariza harap semuanya sihat. 
Segala persiapan untuk bakal pengantin lain, semoga dipermudahkan.
Ada lagi persiapan yang belum siap T_T
2 minggu lagi akad nikah Abang Fariza. '' Nervous katanya. hahahaha ''

Masa berlalu begitu pantas dan kesibukkan melanda.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk bergelar seorang isteri dan akan memasuki ''Welcome To The Real Life''

Selamat pengantin baru dan semoga dirahmati Allah kepada bakal pengantin semua :)

Rainbow Cake :) Yummy

Thursday, November 10, 2011

Assalamualaikum.

Siapa suka 'rainbow cake'?
Ianya sungguh comel kan?
Fariza suka warna warni kerana warnanya ceria :)

InsyaAllah ia akan menjadi kek untuk majlis perkahwinan kami nanti :)

Ini adalah contoh dan sumber 'Google'.
Esok 11.11.11, cantik tarikh itu.

Mari cuci mata di bawah :)






Comel !!!!

Saya Mencari Kerusi Cleopatra

Tuesday, November 1, 2011

Assalamualaikum.

Fariza mahu minta bantuan anda semua.
Di mana mahu sewa kerusi cleopatra dengan harga yang berpatutan?
Di sekitar Lembah Klang dan tiada caj penghantaran. ehehehe.

Adakala asyik terfikirkan, berkira sangat dalam buat kerja.
Lebihkan wang daripada kualiti. *sigh.
Jika kaya dan ternama, pasti tiada macam ini kan. 'Double standard'???

* Mengapalah setengah vendor suka buat kerja 'last minute'? Terpaksa tukar dan tukar. T_T









Terima kasih.

11 Perkara - Ditag oleh Wanie

Saturday, October 29, 2011

Assalamualaikum.

Saya di ‘tagged’ oleh Wanie :)
Mari baca di bawah untuk suka-suka. ehehehe

1.You must post these rules. 
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal. 
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer. 
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post. 
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER 
6.No tag back! 
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people. 

Are you ready guys? Lets start with 11 things about me:

1) Nama saya Fariza
2) Umur 23 tahun
3) Suka membeli-belah
4) Saya mahu kahwin
5) Ada 2 ekor kucing comel
6) Sayang sangat dengan keluarga
7) Suka mengembara
8) Beryukur dengan apa yang diberikan
9) Fariza tidak menyukai manusia seperti gunting dalam kain (aku juga kena tempias sebab orang lain T_T)
10) -
11) -

Sekarang, saya harus menulis jawapan yang diberikan oleh Wanie.

11 questions for the people I've tagged need to answer:

1) Name boyfriend/girlfriend/tunang/suami/isteri?
Nama tunang saya ialah Faizal. hik hik hik

2) Dah berape kali clash sebelum jumpe cinta sejati?
Tidak pernah :D

3) Bagi 3 sebab nape buat blog?
- Boleh berblogging
- Menambah kenalan
- Menimba ilmu 

4) Bagi 4 blog korang suke usha?
http://www.hmetro.com.my/ (blog ke? hahaha)

5) Bagi 5 lagu favorite korang?
- Saujana - Keluarga Bahagia
- Seismic - Adalah Engkau
- Lonestar - Amazed
- Sami Yusuf - Healing
- Only Human - 1 Litre of Tears

6) Warna tema pertunangan, pernikahan, persandingan & resepsi?
Pertunangan : Ungu, merah jambu dan putih.
Pernikahan : Cream, merah jambu dan emas.
Resepsi : Ungu, hijau epal muda dan silver.
Bertandang : Merah dan putih.

7) Bagi 7 tempat korang teringin nak g honeymoon?
- Mekah (Bukan honeymoon tau)
- 1 Malaysia (tamak hahaha)
- Jepun
- Korea
- Switzerland
- Australia
- Jerman

8) Gelaran yang korang dan cinta hati guna? (contoh: abg & syg ke syg & anje ke)
Sayang dan darling :D oouchh

9) Tarikh tunang, nikah, sanding & resepsi?
Tarikh tunang : 14/05/2011
Tarikh nikah : 09/12/2011
Tarikh resepsi : 11/12/2011
Tarikg bertandang : 18/12/2011

10) Bagi 10 sebab nape korang pilih cinta hati sebagai teman hidup?
- Seorang lelaki
- Cukup umur
- Beragama Islam
- Sopan ketika mahu berkenalan dengan Fariza
- Berbudi bahasa
- Yakin dengan tanggungjawab yang akan dipikul dengan baik, sebaik sahaja akad nikah selesai.
- Terima seadanya sebagaimana dia terima Fariza
- Jodoh
- Bersyukur
- Bersyukur :)

11) Cer upload gambar korang dengan cinta hati yang paling sweet.
Kami sebenarnya pemalu tau. :p



11 people I tag:

........... (11 dot)

Beli Tudung Cantik :)

Friday, October 28, 2011

Assalamualaikum.

Siapa pernah dengar atau membeli belah di Sholihah Collection ?
Owner Sholihah Collection comel dan 'friendly' :D.
Fariza pernah membeli tudung dari Sholihah Collection.
Cantik-cantik kan tudung di bawah ini?

Jadi, silalah layari Sholihah Collection ini untuk menambah koleksi tudung anda.
Macam-macam perkembangan tudung terkini kan. hik3.
Takut terlambat nanti habis :p

Tudung Bawal yang terkini

Selendang ini boleh digunakan untuk nikah/santai

Tudung Express Layer paling digemari

Inner ini paling Fariza suka.

Penggemar polka dot !!!

Apakah Hukum Pemakaian Bulu Mata?

Assalamualaikum.


Hari Jumaat yang lepas, Fariza, Mama, Ayah, Encik Tunang dan adik pergi ke masjid untuk berjumpa dengan Tok Kadi.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Tok Kadi itu memang tegas tetapi kelakar.
Jadi, selepas siap tandatangan borang nikah itu, Fariza ada tanya beberapa soalan.

Soalan : Apakah hukum seorang pengantin itu memakai bulu mata palsu untuk majlis pernikahan dan persanding.

Jawapan :
1) Apa sebab yang membuatkan anda untuk memakai bulu mata palsu itu?
2) Bulu tersebut diperbuat daripada apa?
3) Jika tidak mengetahui sumber itu daripada mana, mengapa harus memakainya?
4) Awak tiada bulu mata ke? (hik3)
5) Awak anda bulu mata (lentik), sudah cantik pun. (Semua gelak T_T)

Hah, mahu jawapan, soalan yang diberikan, jawablah juga. hik3.

Fariza pun tanya ustaz dan ustazah mengenai soalan itu juga. 
Jawapannya adalah tidak boleh. 

Eh, jangan pula ada yang marah atau kecil hati pada entri (soalan) ini.
Ia sekadar renungan bersama. Tidaklah mengaku diri ini terlalu baik.
Naluri manusia memang suka kecantikan :)

Bring Me Free Hijab

Friday, October 21, 2011

Assalamualaikum.

Mari kita sertai ''Bring Me Free Hijab'' oleh NADE NOOK by Gadyss


InsyaAllah jika ada rezeki dapatlah free hijab dari NADE NOOK by Gadyss
Berblogging itu kan seronok. :)


'' this is an easy game for bloggers! get a chance to win free hijab!! we'll be giving away 5 hijab for free !!u might be the lucky five!! all you need to do is just....''


Bagi sesiapa yang tiada blog, guna FB di sini NADE NOOK


7 Perkara Tidak Boleh Diubah Dalam Hidup :)

Assalamualaikum.


Comel kan :)



Dalam hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:


Jenis kelamin dan jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki.

Orang tua
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.

Hari kelahiran
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita me�nyesalinya.

Bentuk Fizikal
Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah se�adanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.

Masa lalu
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran.
Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.

Kedudukan dalam keluarga
Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.

Suku bangsa
Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.




Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri antaranya:




  • Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.
    Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.




  • Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata.
    Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.




  • Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya.
    Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.




  • Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati.
    Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa.
    Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.




  • Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita.
    Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama.
    Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.




  • Rujukan : Harian Metro / 21/10/2011 / Jumaat

    Jumaat :)

    Assalamualaikum.

    Selamat hari Jumaat :)
    Masa berlalu begitu pantas.
    Kesibukan melanda dan minta maaf tak dapat membalas komen anda T_T.



    Comel tak doodle di atas itu.
    Ini Firdani Wedding Diary yang buatkan. Percuma tau. Terjah blog dia ok.
    Fariza suka dia buat doodle. Comel :)

    Malam ini mahu berjumpa Imam Maliki. 
    miahahahahahaha (gelakkan diri sendiri)
    Harap semuanya berjalan lancar. 
    Amin

    Nikah Bulan Muharram Tak Boleh Ke?

    Tuesday, October 18, 2011

    Assalamualaikum.


    Dalam 'Group BBF' ada mengutarakan hal ini. 
    Pendapat masing-masing berbeza kan.
    Gambar di bawah, Fariza 'printscreen'. Ianya secara kebetulan.
    Tarikh nikah yang sama dengan Fariza. Bukan Fariza yang tanya tau. hehehe.

    Keluarga kami jenis yang tidak mengikut adat dahulu.
    Kurang gemar dan ada setengah untuk kebaikan dan setengah mengehadkan sesuatu untuk melakukan kebaikan.
    Jadi, buatlah terbaik sebagaimana anda sebagai Umat Islam.

    Apa-apa tarikh semuanya baik. :)
    Jangan kusutkan fikiran anda dengan itu dan ini.

    Adik Beradik Kandung Tidak Dibenarkan Bernikah Pada Tahun Islam Yang Sama?

    Monday, October 17, 2011

    Assalamualaikum.

    Hidup ini tidak perlu memikirkan apa yang manusia katakan (abaikan mulut yang tidak beradab).
    Pentingkan apa suruhan Allah kepada umatNya.

    Dahulu, kini dan akan datang, mulut manusia takkan pernah berhenti untuk berkata itu dan ini.

    Perkahwinan yang akan berlangsung mempunyai 4 perantin :)
    Namun, ada juga mulut-mulut tidak beradab memperkatakan yang buruk. Terima kasih.
    Ada juga memberikan kata positif. Terima kasih.

    Jadi, bagi keluarga Fariza, apa sahaja orang lain mahu katakan yang buruk, TERPULANG.
    Dan ingatlah, setiap yang berlaku di muka bumi ini semuanya kehendak Allah SWT.
    Harus bersyukur dan terima seadanya :)
    Kami semua tak pernah memikirkannya dan fikir yang baik sahaja itukan lebih mudah :)

    Banyak kebaikan tau :))



    Luahan Hati T_T

    Friday, October 14, 2011

    Assalamualaikum.

    Apa kahabar semua? Fariza harap semua dalam keadaan sihat.
    Rindu 'update' dari Fariza tak? (Poyolah) hahahaha.





    Fariza cuba untuk memahami manusia tetapi ada juga yang tidak memahami kembali.
    Adakala paksa diri untuk percaya kembali manusia itu, tetapi ianya berulang kembali. Sedihnya.
    Mengapa buat sebegini terhadap Fariza?
    Mengapa buat begitu terhadap keluarga Fariza juga?
    Mengapa perlu berbuat demikian semata-mata untuk orang lain.
    Mana perginya nilai diri masing-masing.
    Siapa mahu berkahwin sebenarnya?

    Mari senyum !!!!


    Selamat tinggal. :D

    Walimatul Urus Fariza & Faizal

    Saturday, October 8, 2011



    Assalamualaikum.

    Fariza menjemput kenalan blogger untuk menghadiri Walimatul Urus Fariza & Faizal.
    Alhamdulillah, kami 4 pengantin (Abang dan adik) hehehe. :) 

    Mesti korang sengih-sengih kan tengok warna kad di atas.
    Meriah. Hamikkk kau. hahaha


    Tarikh : 11 Disember 2011.
    Tempat : Dewan PDRM, Kuala Lumpur.
    Parking : Parking di padang yang telah disediakan. 

    Nota :
    1)      Sila tinggalkan alamat anda untuk pengeposan kad (jauh atau dekat berikan sahaja). Email atau komen kepada fariza_yukina@yahoo.com.my

    2)      Bagi sesiapa yang mahu pergi ke majlis di Ipoh, Perak (tak dapat hadir di KL) beritahu Fariza ok kerana kad berasingan ya.

    3) Maklumat lanjut semua dalam kad ye. Maaf dan ia adalah untuk keselamatan. 


    Semoga Dengan Kehadiran Para Tetamu Akan Menyerikan Lagi Majlis Kami,
    Mengeratkan Silaturrahim Dan Diberkati Oleh Allah SWT.

    Pos Kad : Setem 60 sen, 70 sen atau 80 sen ?

    Tuesday, October 4, 2011

    Assalamualaikum.

    Info yang menarik perlu diambil berat bagi para pengantin.
    Mahu mengepos kad pun memerlukan duit juga kan. hehehe.
    Jadi, hari itu BBF ada tanya mengenai harga setem untuk pengeposan kad kahwin.

    Fariza pun baru teringat, Fariza punya envelope bercorak.
    Bagi menyakinkan diri dan mengelakkan kekeliruan, Fariza email kepada Pos Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut.

    Kesimpulannya, bawa kad anda ke Pejabat Pos dan tanya kerani di sana berapa sen setem yang perlu anda beli.
    InsyaAllah, Fariza bawa kad dan tanya pihak Pos Malaysia secepat mungkin.

    Berikut adalah email yang dibalas oleh pihak Pos Malaysia.


    ***********************************************

    Selamat sejahtera,
     
    Terima kasih atas e-mel anda yang kami terima pada 04/10/2011.
     
    Untuk makluman cik/puan, terdapat dua kategori surat iaitu Surat Standard dan Surat Bukan Standard. Klasifikasi ini di buat bagi menjamin serta memperbaiki mutu perkhidmatan penghantaran. Mengklasifikasi semua produk mel kepada Surat Standard dan Surat Bukan Standard adalah satu usaha yang perlu ke arah keberkesanan dan penghantaran yang segera pada masa-masa akan datang. Pemprosesan surat standard lebih cepat dan dapat menjimatkan masa dengan kemampuan mesin membaca maklumat dengan segera.
     
    Berikut adalah ciri-ciri Surat Standard:
     
    Berat : 50gm atau kurang
    Saiz : Minima: 90mm x 140mm, Maksima: 165mm x 250mm
    Ketebalan : Minima: 0.25mm, Maksima : 6.00mm
    Sampul  Warna : Kertas yang tidak berkilat atau tidak berminyak. Kertas mestilah berwarna lembut seperti putih dan cerah (light colour). Sampul surat mestilah dilekatkan atau digamkan (sealed envelope).
    Ruang Kelegaan : Zon 15mm pada sebelah bawah sampul mestilah dibiarkan kosong
     
     
    Manakala ciri-ciri Surat Bukan Standard adalah seperti berikut :
    • Mel yang mengandungi objek seperti cakera padat dan kaset
    • Mel yang mempunyai bentuk yang tidak menentu
    • Mel yang mengunakan plastik, pembalut-poly dan helaian sampul surat
    • Mel yang melebihi ketebalan 6mm
    • Kad yang dilipat dua
    • Mel yang dikemaskan menggunakan stapler mahupun klip kertas
    • Mel yang menggunakan sampul surat yang berwarna gelap, berkilau atau berminyak
    • Sampul surat yang tidak mempunyai ruang kosong sekurang-kurangnya 15mm dari dasar sampul surat
    • Sampul surat yang tidak mengikut spesifikasi surat-surat standard
     
    Sekiranya kad jemputan perkahwinan cik/puan menepati ciri-ciri surat standard seperti di atas, kadar caj pengeposan kad tersebut adalah RM 0.60 untuk berat sehingga 20gm dan RM 0.70 untuk berat yang melebihi 20gm sehingga 50gm. Sekiranya berat kad tersebut melebihi 20gm, maka kad tersebut jatuh pada kategori surat bukan standard. Sekiranya jumlah setem kurang daripada yang sepatutnya mengikut berat, kad tersebut akan dikenakan denda yang mana penerima perlu menuntut di pejabat pos/serahan yang berdekatan dan membayar sejumlah denda yang tidak mencukupi setem tersebut. Sekiranya kad tersebut tidak dituntut atau idak dapat diserahkan kepada penerima, kad tersebut akan disimpan di Pejabat Surat Mati (DLO-Death Letter Office) untuk dilupuskan.
     
    Tarif bagi mel standard dan mel bukan standard adalah seperti berikut:
     
    KATEGORI
    BERAT
    TARIF (RM)
    Mel Standard
    Sehingga 20gm
    0.60
    Lebih 20gm – 50gm
    0.70
    Mel Bukan Standard
    Sehingga 50gm
    0.80
    Melebihi 50gm - 100gm
    0.90
    Melebihi 100gm - 250gm
    1.00
    Melebihi 250gm - 500gm
    2.00
    Melebihi 500gm - 1000gm
    3.50
    Melebihi 1000gm - 2000gm
    5.50
     
    Walau bagaimanapun adalah dinasihatkan agar cik/puan mengunjungi pejabat pos yang berdekatan dengan membawa contoh kad jemputan perkahwinan beserta sampul untuk mengetahui dengan lebih tepat berat serta kadar caj pengeposan bagi kad tersebut.
     
    Untuk sebarang pertanyaan atau maklumbalas mengenai perkhidmatan Pos Malaysia Berhad, tuan boleh menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan kami di PosLine 1-300-300-300 dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8:30 pagi hingga 8:00 malam manakala pada hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang kecuali pada Cuti Umum dan Sabtu pertama setiap bulan atau emelkan kepada care@pos.com.my.
     
    Sekian, terima kasih.
     
    Yang benar,

        bagi pihak POS MALAYSIA BERHAD

     


    Monaliza Abd Aziz

    Jabatan Penjagaan Pelanggan


    ***********************************************


    Nota : Kelakar betul ayat Fariza sekarang. Banyak berangan (Padan muka)

    PMR

    Assalamualaikum



    Hari ini peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula.
    Semoga pelajar-pelajar sekolah yang mengambil periksa tersebut buat dengan baik dan jayanya.
    Tidak lupa juga kepada adik Fariza.
    Selamat menduduki peperiksaan. Doakan yang terbaik untuk masa hadapan.
    InsyaAllah dia akan buat yang terbaik.
    Boleh masuk asrama. :)
    8A tau. :)

    Teaser : Kad Kahwin :D

    Monday, October 3, 2011

    Assalamualaikum.



    Hari ini Fariza teaser dahulu kad kahwin.
    Eh, perlu ke teaser kad kahwin??? haha
    Alhamdulillah semuanya selesai. 
    Macam-macam situasi kami alami. Letih tau. T_T.
    Jerawat comel timbul dari awal bulan Septemberr. :(

    Warna dirahsiakan dahulu kerana warnanya ceria ya.
    Nanti ada yang kata macam warna tadika pula. hahaha. Tak mengapa. hahaha
    Janji cantik di mata kami. hik3
    Mungkin juga ada persamaan dengan ♥✿♥ Fariza : Kau Pelangi Hati ♥✿♥ ' di atas itu. :D

    Tunggu entri seterusnya untuk kumpul kesemua alamat korang. Tunggu tau :p.
     
    FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS