Saya Malulah '. ^ Aurat Tahu Tak ??

Friday, January 28, 2011

Assalamualaikum.

Saya lagi malu. ekekekekeke. Mari kita baca ilmu dibawah. Amat berguna pada masa sekarang.
Bukan ingin mengatakan bahawa diri ini sorang sahaja baik. Bacaan umum. Tidak salahkan? :p


http://1.bp.blogspot.com/_KtGqq0-hoQs/Sa0WEJkpjMI/AAAAAAAAA3I/reGS-r_quLM/s400/muslimah.jpg


Rujukan : Feed Your Soul

Ada kisah seorang wanita yang suka memakai baju-baju seksi 'gila' di luar dan di dalam rumah. Satu ketika, wanita ini dikatakan terkena penyakit buatan orang. Puas berubat sana-sini, akhirnya bertemu dengan seorang imam yang pandai mengubat penyakit berkaitan sihir dan saka.

Imam itu memberi satu sahaja pesanan pada wanita itu - tutup aurat dan jaga solat 5 waktu, Insya Allah sihir akan mampu dibenteng. Sambil itu, wanita tadi terus berubat dengan imam tersebut.

Setelah dia cuba mematuhi kata-kata imam, lama-kelamaan dia dapat merasakan ketenangan dalam diri dan terhindar dari gangguan 'penyakit' yang dirasakan sebelum itu. Dia rasa seronok bertudung, walaupun sebelum ini rasa panas dan rimas dengan sehelai selendang nipis.

Solat pun sudah tidak pernah culas lagi. Sebelum ini telekung berlipat kemas dalam almari. Suaminya turut terkesan dengan perubahan isterinya, dan dia pun terdorong untuk berubah. Sudah tidak belengging dengan seluar pendek. Dia tidak halang isterinya menutup aurat. Cuma pesannya, kalau hendak tutup aurat, buat betul-betul. Jangan ikut trend dan belajarlah agama. Pasangan ini mencari guru yang dapat menerangkan hukum syariat supaya tidak bosan beramal.

Di sinilah hikmah Allah mewajibkan semua wanita dan juga lelaki supaya menutup aurat seperti mana yang telah ditetapkan oleh syarak. Kerana apabila menutup aurat dan menjaga amal ibadah, kita akan didampingi oleh malaikat, dilindungi dari gangguan iblis, syaitan dan jin yang sentiasa mengintai peluang mengacau kita dalam apa jua keadaan.

Walau bersendirian, kita tetap perlu menjaga aurat di antara pusat dan lutut. Kita jangan 'perasan' kita seorang sahaja yang ada di bilik air, tandas, atau dalam bilik tidur, sebab ada makhluk lain yang lebih ramai. Kita tak nampak dengan mata kasar mengelilingi kita iaitu malaikat, jin, syaitan dan iblis.

Malaikat tidak akan mendekati kita apabila kita membuka aurat kerana malaikat sangat pemalu, seperti terbukti dalam satu kisah Nabi SAW didatangi Malaikat Jibril sewaktu baginda sedang bersama dengan Khadijah. Apabila Nabi SAW memberitahu Khadijah mengenai kedatangan Jibril, Khadijah meminta Nabi masuk ke dalam jubahnya (jubah Khadijah).

Kemudian dia bertanya Nabi SAW sama ada masih melihat Jibril, Nabi SAW menjawab 'Tidak'. Maka, Khadijah pun yakin yang datang itu malaikat, bukan syaitan, kerana malaikat tidak akan melihat aurat manusia.

Kepada para wanita, bagi melindungi diri dari gangguan iblis, syaitan dan jin dalam apa jua bentuk termasuk sihir, saka dan pelalau, kuatkanlah jiwa dengan iman, jaga amal ibadah yang telah Allah tetapkan, serta perbanyakkanlah amalan sunat dan zikrullah.

Suburkan peribadi dengan sifat-sifat mahmudah (sifat-sifat baik) seperti selalu bersangka baik dengan apa jua yang berlaku. Jangan mudah hasad dengki, jaga mulut jangan celupar, mata jangan menjeling dan menjegil ketika memandang orang. Akal pula perlu disuburkan dengan pemikiran yang baik-baik kerana semua ini akan mendorong jiwa jadi kuat.

Hati kena benar-benar tulus dan ikhlas, niatkan apa jua kerja kerana Allah dan dimulakan dengan basmalah di samping doa-doa lain. Sesungguhnya jin sangat susah mendekati orang yang ikhlas.

Tegasnya, langkah keselamatan untuk melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan ialah dengan beramal bersungguh-sungguh dengan setiap perintah Allah. Tinggalkan sungguh-sungguh apa yang Allah larang. Sibukkan hati dengan zikrullah dalam aktiviti harian supaya ruang tenang itu tidak dapat dicelah oleh makhluk durjana.

Semoga anda dapat mengambil iktibar.....cerita ini utk menyedarkan kepada lelaki dan wanita....betapa pentingnya menjaga aurat...sekian....

Apam Blossom @ Polka Dot

Wednesday, January 26, 2011

Assalamualaikum :)

Mari kita tengok Apam Blossom tapi saya mahu juga panggil ia Apam Polka Dot. Sangat Comel kan. Benar-benar buat saya jatuh cinta. hahahaha. 50 biji RM 18.00 sahaja. Rasa sayang mahu makan.
Lihat di blog Fiza On-9 Booth lagi. Banyak kuih-muih.

http://1.bp.blogspot.com/_2I9nvZhXGmI/TSGbcaMctWI/AAAAAAAAG6Q/e-f4R17oiEc/s1600/apam.jpg

 Apam Polka Dot
 Kredit : Fiza On-9 Booth


Mak Long saya ada buat Apam Warna-Warni. Sedap tau, hari itu dia bawa ke rumah !!!
Sedap dan sangat comel. Gambar di bawah di ambil dari Facebook sepupu saya.
Hari itu warna lain lah. Lagi cantik ^.^ Budak-budak suka. Boleh dijadikan sebagai doorgift.



Apam Warna-warni
 Kredit : Liesa

Lagi satu adalah Pop Cake. Saya memang suka. Bermacam-macam corak boleh dibuat. Kreatif kan :) Sebiji boleh masuk sekali ngap !! muahahahahaha. Doorgift pun lagi ok.

http://3.bp.blogspot.com/_2I9nvZhXGmI/TFULmlChFfI/AAAAAAAAFq0/hxRXiZg_Dgw/s1600/pop+cake-myra.jpg

Pop Cake
  Kredit : Fiza On-9 Booth

Selepas itu, Fancy Cookies pula. Lagilah tak boleh tahan !!!! Bermacam-macam corak lagi cantik.
Pandai-pandailah korang survey. hahahaha :p

http://4.bp.blogspot.com/_uwgTKkwPsVo/TS-3at6saqI/AAAAAAAABE8/qC9RDiFXjZU/s1600/P1000682.JPG

Fancy Cookies
Kredit : Hand Decorated Fancy Cookies

Simpton-simpton Awal Gangguan Jin

Wednesday, January 19, 2011

Assalamualaikum

Sakit kepala selepas waktu asar keatas
Badan terasa berat dan malas
Sukar mendapat jodoh
Badan terasa bisa-bisa
Sakit ketika ziarah orang meninggal
Sukar tidur malam
Sakit pinggang tanpa sebab
Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya
Bermimpi bayi atau menyusukan bayi
Bermimpi di tempat tinggi
Bermimpi di tempat yang kotor
Ada terasa benda bergerak di bawah kulit
Bayi kerap menangis
Bunyi guli jatuh diatas syiling
Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil
Kuat berangan
Nafsu seksual yang melampau
Terasa diri selalu diperhatikan
Melihat jin secara terus
Malas beribadat
Malas beribadat
Nyanyuk ketika usia lanjut
Panas baran
Sikap berubah secara mendadak
Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran
Suka melakukan tabiat buruk
Kerap sendawa bila mendengar al-quran
Kerap keguguran / Mandul
Gagal melakukan hubungan kelamin
Bermimpi seram yang menakutkan
Darah haid turun lebih 15 hari
Batuk yang berpanjangan
Selalu ditindih ketika tidur
Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan
Selalu melihat kelibat di rumah
Kerap mendengar sesuatu bisikan
Sakit mental atau gila
Sakit pada anggota badan tertentu (contohnya : kepala / dada / pinggang / kaki / dsbnya) terutamanya selepas waktu Asar


Rujukan : USTAZ MALEK

Healing

Saturday, January 15, 2011


It’s so hard to explain
What I’m feeling
But I guess it’s ok
Cause I’ll keep believing
There’s something deep inside
Something that’s calling
It’s calling you and I
It’s taking us up high

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let’s start believing
And feeling, let’s start healing

Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It’s Nature’s order
There is a hidden force
Pulling us closer
It’s pulling you and I
It’s pulling us up high

Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
Seek only to give and you’ll receive
So, heal and you will be healed

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة
اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً

Song Name: “Healing”
Written and Produced: Sami Yusuf
Lyrics co-written: Dr. Walid Fataihi

MATTA FAIR 2011 PWTC

Thursday, January 6, 2011

http://www.shoppingnsales.com/wp-content/uploads/2011/01/20110315-Matta-Fair-2011.jpg

Assalamualaikum.

MATTA Fair kembali.
Seronoknya.
Boleh pergi bermusafir.
Bakal pengantin bolehlah tempah tempat berbulan madu anda. ^.^
 Lambat lagi, teteapi 'publish' awal pula.
hahahahahahaha.
Rujuk di sini ya untuk tarikh akan datang [sini sini sini ]
Mari serbu !!!!!

Tarikh : 11-13 Mac 2011
Lokasi : PWTC, Kuala Lumpur.
Masa : 10 pagi - 9 malam

Rujukan : 1) MATTA FAIR 1

Aku Terima Nikahnya


Assalamualaikum.
Selamat Pagi.

Saya mahu bercerita sedikit mengenai buku di atas.
''AKU TERIMA NIKAHNYA''.

Ia edisi khas 3 dalam 1 ya.
*Aku Terima Nikahnya
*Bercinta Sampai Ke Syurga
*Murabbi Cinta

Alhamdulillah, saya telah habis membacanya. Buku ini tebal. hu3. Sangat suka !!!!
Buku ini sesuai dibaca oleh semua. Bukan bersoalkan cinta ya.
Boleh juga dibuat untuk hadiah kepada seseorang dan dijadikan hantaran.
Tidak rugi membelinya (murah tau jika mahu dibandingkan beli 1 per 1)

Barangkali, banyak juga kesilapan yang dilakukan oleh manusia di atas bumi ini.
Apabila sudah membaca buku ini, kesilapan boleh diperbetulkan pada masa hadapan.
Nilai-nilai yang ditunjukkan begitu berkesan sekali.
Tidak lupa juga diselitkan beberapa nasihat, beberapa hadis dan sebagainya.
Tahniah kepada penulis.

Selamat membaca.

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS