Menghitung Hari *.*

Sunday, March 27, 2011

Satu untuk dia dan satu lagi untuk saya. *.*

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Lama tidak ‘update’ blog. Hehehehe.
Agak sibuk lagi-lagi majlis tinggal beberapa hari sahaja. ^.^
Gementar pun ada tau. Hahahaha

‘Update sedikit lebih baik kan. Banyak-banyak pun takkan baca. :p
MEMBACA BUDAYA MANUSIA.

Baju Tema
·         Masih dalam proses dan tak sabar nak tengok bila sudah siap.
·         Mama jahit *.*. Mama kurang sihat sejal akhit-akhir ini. L
·         Memang nampak manis apabila memakai baju sedondon lebih-lebih lagi, keluarga tercinta.

Mini Pelamin
·         Deco sendiri dan ‘set up’ akan dibantu oleh keluarga dan jiran. Terima kasih.
·         Saya memang cerewet. Miahahahahaha ;))
·         Masih dalam proses gabungan 3 warna.
·         Buat ala-ala ‘garden’ memang cantik kan. Hihihihi. Buat ringkas sahajalah.

Doorgift
·         Gift untuk kanak-kanak sudah siap.
·         Gift untuk dewasa memerlukan bantuan adik beradik. Mahu buat sendiri pun boleh.  Lagi seronok buat bersama adik-beradik. Hahahaha. Gaduh-gaduh pun lagi best. Nanti mereka sudah dewasa, susah mahu bergaduh adik-beradik. Kenangan semua itu T_T

Hantaran
·         Siap !! (seketul sahaja tulis) hahahaha
·         Ada lagi proses yang harus dilalui. Huhuhuhu

Hidangan
·         Keluarga dan jiran :)


 Nanti-nanti 'update' ya. hahahahahaha

Mood : Saya tertekan dengan sikap spesis manusia. Dugaan. Harus bersabar dan kena kuat. Tengok jerawat sudah timbul. Hahahaha

Tahu tak??

Friday, March 11, 2011

http://www.epreston.co.uk/epblog/wp-content/uploads/2008/04/Think%20Smart.jpg


Assalamualaikum.

Hari ini tidak mahu cerita banyak.
Cuma... ^.^

SESETENGAH MANUSIA

Ada sesetengah manusia mengetahui - Namun, dia tetap melakukannya dan ada juga yang tidak melakukannya.

Ada sesetengah manusia tidak mengetahui - Namun, dia tetap tidak melakukannya dan ada juga melakukannya.

Selamat tinggal *.*

Menghitung hari. Gementar rasanya :ppp

MUA Guna Photoshop?

Wednesday, March 9, 2011

http://cosmeticmalaysia.com/wp-content/uploads/2010/05/make-up-academy-penang.jpg
Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum.
Hari ini mahu bercerita sedikit mengenai Make Up Artist.
Ianya sekadar peringatan dan teguran baik.

Semua orang mahu cantik kan semasa majlis pertunangan, perkahwinan dan sebagainya.
Online dan Offline juga ramai Make Up Artist yang hebat dan berbakat.
Tahniah.
Aku sedikit kesal, segelintir daripada mereka menggunakan Photoshop untuk menghilangkan cela di muka supaya lebih kelihatan flawless.
Memang ada setengah betul-betul flawless.
Tapi yang mana muka yang masih kelihatan bintik-bintik pula, pergi Photoshop dan mahu kelihatan supaya ia nampak flawless. hah???
Sesiapa yang perasan dan harus tenung betul-betul hasil kerja mereka dan jangan mudah tertipu.

Masing-masing cari rezeki kan, biarlah ia dilakukan dengan lebih ikhlas.
Lagipun, tidak baik memburukkan Make Up Artist tersebut.
Tidak baik jika menipu sedemikian.
Untuk percubaan pertama pun ada juga dibuat.
Terpulanglah pada individu tersebut.
Usahlah begitu teruja. Cari yang lain dan bandingkan dahulu.

Sebelum menyesal, lebih baik berhati-hati ya.

Selamat tinggal ^.^

Pesan Rasulullah S.A.W

Friday, March 4, 2011

Assalamualaikum.
 
Kurang sempat mahu 'update'. hahahahahaha
Mari kita renungkan.
 
Pesan Rasulullah S.A.W.


Kita lupa akan pesan Nabi s.a.w yang mana nabi menyebut,

"Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."

"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."

"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah."

"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi."
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS