MUA Guna Photoshop?

Wednesday, March 9, 2011

http://cosmeticmalaysia.com/wp-content/uploads/2010/05/make-up-academy-penang.jpg
Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum.
Hari ini mahu bercerita sedikit mengenai Make Up Artist.
Ianya sekadar peringatan dan teguran baik.

Semua orang mahu cantik kan semasa majlis pertunangan, perkahwinan dan sebagainya.
Online dan Offline juga ramai Make Up Artist yang hebat dan berbakat.
Tahniah.
Aku sedikit kesal, segelintir daripada mereka menggunakan Photoshop untuk menghilangkan cela di muka supaya lebih kelihatan flawless.
Memang ada setengah betul-betul flawless.
Tapi yang mana muka yang masih kelihatan bintik-bintik pula, pergi Photoshop dan mahu kelihatan supaya ia nampak flawless. hah???
Sesiapa yang perasan dan harus tenung betul-betul hasil kerja mereka dan jangan mudah tertipu.

Masing-masing cari rezeki kan, biarlah ia dilakukan dengan lebih ikhlas.
Lagipun, tidak baik memburukkan Make Up Artist tersebut.
Tidak baik jika menipu sedemikian.
Untuk percubaan pertama pun ada juga dibuat.
Terpulanglah pada individu tersebut.
Usahlah begitu teruja. Cari yang lain dan bandingkan dahulu.

Sebelum menyesal, lebih baik berhati-hati ya.

Selamat tinggal ^.^

2 comments:

Are-Gya said...

mak andam sye ok..ramai tegur..=D
"pengantin cantik" huhuhuhu
so sye puas hati

Fariza said...

are-gya

bestnya. apa nama mak andam itu? yg pasti perempuan. xmau lelaki. ha3.

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS