Mahu Sambut Hari Lahir, Meniup Lilin dan Menyanyi

Friday, April 29, 2011

Assalamualaikum.


Happy birthday !!!
Happy birthday !!!
Happy birthday !!!
Happy birthday !!!
Happy birthday !!!
Tiup lilin. Tepukan tak gemuruh. ha3. 

Entri ini yang mana manusia pernah buat. Jika sudah mengetahui, usahlah buat lagi ye. Jika yang tidak mengetahui, fikir-fikirkan apa gunanya.
Tidak salah buat majlis hari jadi ini dibuat tetapi eloklah dengan majlis kesyukuran ke hadrat illahi.
Macam-macam kat dunia ini. Sesukahati buat adat yang membazir, suka menyesatkan manusia dan ...............
Saya bukan mahu berlagak baik. Sekadar kongsi ilmu. Ilmu xkan datang tiba-tiba kan. :)

APA GUNA JIKA KITA SUDAH BERITAHU SESORANG ITU, NAMUN ORANG ITU MASIH BERBUAT DEMIKIAN LAGI ???

TERPULANGLAH.....

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Mari baca ilmu ini dari Ustaz Nor Amin


SOALAN :

Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi....setengah orang cakap tak boleh...kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu "Allah selamatkan kamu"?
JAWAPAN :

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu 
“selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.

Wow ''Giveaway'' dari Are Gya

Assalamualaikum.


Hi. Mari kita join 'GIVEAWAY' dari Are Gya.
Tahniah Are Gya 5 Mei 2005. Tarikh yang cantik. Cemburu. hik3.
''Giveaway Are Gya'' ini adalah yang pertama dibuat oleh Are Gya.
Mari sertai ya kawan-kawan. Hadiah dan tarikh tutup penyertaan pun misteri juga. ha3.
Senang sahaja tau penyertaan ini.

Tidak lupa juga, bulan Mei harijadi saya, ulangtahun saya dan si dia dan majlis pertunangan anak sulung perempuan iaitu SAYA. ha3. Gementar tau.

Saya mahu tag :

2 ) Epalgreen

InsyaAllah, jika rezeki dapatlah. hik3. :p

Sebenarnyakan, Malu Mahu Bertutur Dalam Bahasa Melayu.

Tuesday, April 26, 2011

Assalamualaikum.


Hello, Malaysia !!
Pedas kan tajuk di atas. ha3. Tidak dinafikan ada sesetengan rakyat Malaysia yang malu mahu bertutur dalam Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu ketinggalan zaman ke? 
Tinggal di Malaysia, lahir di Malaysia, makan minum Malaysia, mengutuk Malaysia, memuji Malaysia, belajar dalam dan luar Malaysia, beli barangan buatan Malaysia dan BUKAN BARANGAN MALAYSIA, melancong di Malaysia, dan lain-lain.
Tidak salah bertutur sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris tetapi harus beringat.
Rata-rata menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa perantaraan.
Cuba jadikan contoh seperti negara lain. he3.
Bahasa yang paling baik untuk mereka yang beragama Islam adalah Bahasa Arab iaitu Bahasa Syurga.


Mari baca di bawah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sikap malu dan rendah diri masyarakat untuk bertutur menggunakan Bahasa Melayu menyebabkan bahasa itu seolah-olah terpinggir di bumi sendiri.
Timbalan Perdana Menteri berkata fenomena itu jauh berbeza jika dibanding dengan negara-negara besar dunia seperti China dan Jepun di mana rakyatnya begitu bangga dengan bahasa sendiri dan mendaulatkan penggunaannya di semua peringkat.
"Perkara itu memang saya setuju kerana ada juga kebimbangan kita iaitu seolah-olah bahasa kebangsaan seperti dipinggirkan kerana masyarakat lebih mengalu-alukan bahasa Inggeris.
Sambungan di sini 

Keletihan dan Ketabahan

Sunday, April 24, 2011

http://proudtobeamuslimah.files.wordpress.com/2010/06/cantik.jpg
Subhanallah, cantiknya gadis di atas walaupun ia sekadar kartun ;))

Assalamualaikum.

Saya harap semua sihat sejahtera.

Hari ini tidak menceritakan apa. Ia sekadar kehidupan yang kita lalui.
Maaf, sekiranya tidak dapat menjadi seorang yang sempurna di mata kalian walaupun kalian memandang material dan lain-lain nombor satu sebagai kebanggan diri dan pandangan manusia lain.

Semakin hari, besar tanggungjawab dan banyak cabaran yang dilalui. Kekuatan dan keimanan usahlah pudar dalam meniti kehidupan ini. Bimbingan ilmu itu penting.

Pelbagai ragam manusia sering kita jumpa di mana-mana. Manusia tidak sempurna.
Alangkah indahnya hidup dengan manusia yang menyenangkan. he3. Tidak mencabar kan.
Hiduplah dengan pelbagai ragam manusia, ianya lebih mencabar, mematangkan fikiran dan membuat keputusan dengan bijak serta diadili dengan hikmah. :)

Tidak lupa juga mulut manusia yang memang tiada insurans.
Sakitnya telinga apabila mendengar apa-apa daripada setengah daripadanya.
Adakala tidak sanggup dengan percakapan yang mengandungi cemuhan, mengumpat, mengaibkan dan sebagainya.
Berdoa agar dijauhkan dengan semua ini akan datang. Amin.
Harus bersabar ya wahai hatiku !!!
Ingat ya. Kita belajar kenal manusia makin dewasa ini. Dunia akhir zaman.

Selamat tinggal !!! Ketemu lagi kemudian hari.

Mari hayati lirik lagu Cuba di bawah.

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang
Setiap sudut itu dirasakan susah

Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu

Ada petir yang meluru
Setiap peluang dirasakan tipis

Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya

Ada hikmahnya

* Cuba kau berdoa

Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan

Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung

Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya

Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa

Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya

Pada
Dia Dia

Cuba
(4x)
*
*

Buatmu Wanita

Sunday, April 17, 2011

Assalamualaikum.

http://theunutterablebeautyofphrases.files.wordpress.com/2010/03/muslimah2.jpg

Kasihan blog, tidak berkesempatan untuk 'update'.
Entri ini khas untuk wanita *.*. Lelaki pun boleh baca. hu3.

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

Klik sini untuk membaca. WANITA.  
Selamat membaca dan beramal.


p/s : Saya sedang diy pomander ball. *.* Wuhuuuuu :p


 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS