Keletihan dan Ketabahan

Sunday, April 24, 2011

http://proudtobeamuslimah.files.wordpress.com/2010/06/cantik.jpg
Subhanallah, cantiknya gadis di atas walaupun ia sekadar kartun ;))

Assalamualaikum.

Saya harap semua sihat sejahtera.

Hari ini tidak menceritakan apa. Ia sekadar kehidupan yang kita lalui.
Maaf, sekiranya tidak dapat menjadi seorang yang sempurna di mata kalian walaupun kalian memandang material dan lain-lain nombor satu sebagai kebanggan diri dan pandangan manusia lain.

Semakin hari, besar tanggungjawab dan banyak cabaran yang dilalui. Kekuatan dan keimanan usahlah pudar dalam meniti kehidupan ini. Bimbingan ilmu itu penting.

Pelbagai ragam manusia sering kita jumpa di mana-mana. Manusia tidak sempurna.
Alangkah indahnya hidup dengan manusia yang menyenangkan. he3. Tidak mencabar kan.
Hiduplah dengan pelbagai ragam manusia, ianya lebih mencabar, mematangkan fikiran dan membuat keputusan dengan bijak serta diadili dengan hikmah. :)

Tidak lupa juga mulut manusia yang memang tiada insurans.
Sakitnya telinga apabila mendengar apa-apa daripada setengah daripadanya.
Adakala tidak sanggup dengan percakapan yang mengandungi cemuhan, mengumpat, mengaibkan dan sebagainya.
Berdoa agar dijauhkan dengan semua ini akan datang. Amin.
Harus bersabar ya wahai hatiku !!!
Ingat ya. Kita belajar kenal manusia makin dewasa ini. Dunia akhir zaman.

Selamat tinggal !!! Ketemu lagi kemudian hari.

Mari hayati lirik lagu Cuba di bawah.

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang
Setiap sudut itu dirasakan susah

Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu

Ada petir yang meluru
Setiap peluang dirasakan tipis

Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya

Ada hikmahnya

* Cuba kau berdoa

Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan

Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung

Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya

Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa

Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya

Pada
Dia Dia

Cuba
(4x)
*
*

No comments:

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS