Mahu Sambut Hari Lahir, Meniup Lilin dan Menyanyi

Friday, April 29, 2011

Assalamualaikum.


Happy birthday !!!
Happy birthday !!!
Happy birthday !!!
Happy birthday !!!
Happy birthday !!!
Tiup lilin. Tepukan tak gemuruh. ha3. 

Entri ini yang mana manusia pernah buat. Jika sudah mengetahui, usahlah buat lagi ye. Jika yang tidak mengetahui, fikir-fikirkan apa gunanya.
Tidak salah buat majlis hari jadi ini dibuat tetapi eloklah dengan majlis kesyukuran ke hadrat illahi.
Macam-macam kat dunia ini. Sesukahati buat adat yang membazir, suka menyesatkan manusia dan ...............
Saya bukan mahu berlagak baik. Sekadar kongsi ilmu. Ilmu xkan datang tiba-tiba kan. :)

APA GUNA JIKA KITA SUDAH BERITAHU SESORANG ITU, NAMUN ORANG ITU MASIH BERBUAT DEMIKIAN LAGI ???

TERPULANGLAH.....

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Mari baca ilmu ini dari Ustaz Nor Amin


SOALAN :

Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi....setengah orang cakap tak boleh...kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu "Allah selamatkan kamu"?
JAWAPAN :

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu 
“selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS