Pengalaman Semasa Menghadiri Kurus Perkahwinan

Thursday, June 30, 2011

Assalamualaikum.


(Lebih kurang macam ini bilik ia tetapi tak samalah. Gambar hiasan)

Kursus Perkahwinan : Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI), Masjid Negara, Kuala Lumpur
Masa I : 2.30 petang - 6.30 petang
Masa II : 8.30 pagi - 6.30 petang
Tempat : Bilik Taklimat
Penceramah : Kesemua lelaki (JAWI/Masjid Negara/lupa T_T)
Bayaran : RM 80 seorang
Laman sesawang : PPKI
Etika : Berpakaian sopan dan menutup aurat
Rating : 8/10

Info :

Tiap-tiap minggu akan diadakan kursus perkahwinan.
Pendaftaran bermula 12.00 tengahari.
Bawa salinan i/c masing-masing.
Sijil akan dikeluarkan 1 minggu selepas tarikh kursus.
Ada 6 sesi, harus datang dan kedatangan diambil. :)
Jangan terlalu cerewet, terima seadanya.
Peralatan seperti pen, kertas, buku dan maklumat disediakan.
Makanan yang disediakan baik.

Pengalaman :

Senang mahu solat kan sebab buat di Masjid Negara. :)
Encik Tunang yang carikan dan ikut kehendak dia. hik3.
Alhamdulillah. Banyak pengalaman yang Fariza dapat. *.*
InsyaAllah akan berterusan hingga ke akhir hayat dan yang mana kurang, banyakkan menimba ilmu.
Penceramah juga tidak membosankan.
Ada waktu-waktu tertentu untuk gelak, bukan setiap minit untuk gelak tau. ha3.
Fariza pernah dengar ustazah/ustaz kata, dalam majlis ilmu itu, lagi-lagi bab perkahwinan dan rumahtangga, elakkan sedikit cakap lucah lebih-lebih dan yang mana perlu sahaja (general).
Alhamdulillah yang ini ok. hik3. :p
Setiap orang mempunyai pandangan berbeza kan, jadi ikut masing-masing punya pendapat. :)
Hari Ahad, kami masuk lewat, banyak jalan tutup sebab ada Larian Marathon :(
Nasib baik dia bagi masuk, keluar awal tau, tetapi jammed teruk. :(


Cupcakes Pertunangan

Wednesday, June 29, 2011

Assalamualaikum.

Credit : Cupcake Huda

Laman sesawang : Cupcake Huda
Warna : Ungu, Merah Jambu dan Putih
Lokasi : Taman Tasik Permaisuri
Harga : Cupcake Huda

Hantaran untuk si dia.
Geram dengan cupcakes. Sayang mahu makan kan. ha3.
Cupcake Huda ini dibuat dengan kemas.
Adik-adik tengok, mereka kata '' kak, nak lah satu... ha3''


Lagu Comel di Blog Saya

Tuesday, June 28, 2011

Assalamuaalaikum.


Maaf terlewat beritahu.
Jenuh cari balik dalam laptop, ruapa-rupanya terbuang T_T
Kena download balik. hu3.

Teringat lagi bila cerita ini ditayangkan, handphone kat tangan.
Punya mahu menghayati lagu tersebut sambil menaip. ha3.
Habis je cerita, zuppppp, laju je masuk bilik on laptop cari lagu tu.
Tidur sampai berapa pagi entah lagu comel punya pasal.
Masih berusaha mencari dan yang ada pun kurang baik. Tak puas hati juga.
Akhirnya suruh adik Fariza cari. Fariza sudah membuta.
Pagi-pagi dia kata sudah jumpa lagu itu.
Jerit suka kat dia. ha3
Terus on laptop dan cari di 4shared.
Alhamdulillah jumpa ;))

Ada beberapa orang suka dan tanya lagu comel Fariza kan (perasan ha3)
Sebab Fariza comel. wakakakaka

Tajuk cerita : Cinta Bunga Si Tembam TV3
Lagu : You're My Destiny (Korea)

Di bawah ini ada 2 tau.
Download sahaja.
Tapi lagu ia beberapa minit sahaja.
No 2 adalah lagu di blog Fariza *.*
Jika korang dapat lagu full lagi best.
Beritahu saya tau !!!

Klik ya.

1) Lagu Korea : Comelnya 
2) Lagu Fariza Comel : Comel lagi

Berita Baik ! Gambar Pertunangan Sudah Siap. *.*

Monday, June 27, 2011

Assalamualaikum


Gembira lagi hari ini.
Dapat sms dari Encik Tunang, OP kata gambar, album dan lain-lain sudah siap !!!!
Rasa mahu melompat je tau.
Tetapi tidak boleh, kat tempat kerja, kang kata sewel pula. T_T
Jerit dalam hati. :p
Nasib baik Encik Tunang sms je.
Jika dia menelefon, kang terjerit-jerit, teruja punya pasal. ha3
Sakit gegendang telinga Encik Tunang dengar jeritan itu.  hik3
Harus sabar, hari minggu baru boleh ambil. Lagi beberapa hari. T_T
Harap semunya baik :p

Tamat Kursus Kahwin

Assalamualaikum


Selamat pagi semua. :)

Alhamdulillah. ^.^
Fariza sudah menamatkan kursus perkahwinan semalam.
Tamat sehingga 6 sesi. 
Lega tau. :)
Banyak ilmu dapat. Rasa bahagia je. :p
Gembira.
Hujung minggu ini sijil boleh ambil. hik3
Minggu ini pun ada Pengantin 1 Malaysia di PWTC dan Pameran Pengantin di Wangsa Walk Mall.
Jom survey ya.
Selepas ini sudah boleh buat saringan HIV.

Nanti cerita lagi.

Korang Sudah Pergi ke Kedai Rakyat 1 Malaysia?

Friday, June 24, 2011

Assalamualaikum.

Kualiti gambar kurang menarik.
Handphone paling lama. (Nokia) hahaha



Korang sudah pergi ke Kedai Rakyat 1 Malaysia?
Tengok-tengok sahaja pun boleh.
Lokasi di LRT Kelana Jaya.
Tengahari tadi kerja separuh masa.
Jadi, singgah di Kedai Rakyat 1 Malaysia. hik3
(Ada masa mahu update blog) ha3
Luar kedai warna merah, betul-betul sebelah tangga mahu turun itu. :)
Kedai ok je. Support lah barangan buatan Malaysia.
Kat situ ada barangan Malaysia yang pastinya ada tanda HALAL.
Comel je logo itu (logo 1 Malaysia) hik3
Ada juga barangan jenama lain.

Situasi yang fariza dengar dan nampak.
1) Melayu, Cina, India dan Indon pun ada yang membeli-belah di situ. Indon pun ada??? hak3.
2) Terdengar Indon itu cakap '' Harga lebih kurang je ''. (mahu sahaja ku jawab, '' dah tu, kau nak harga dalam rupiah lagi rendah ke, hahahaha '')
3) Masa mahu bayar, depan saya ada makcik dan pakcik cina, scan tetapi harga kuar lain. (pandai2lah selesai)
4) Dalam train, kakak itu tengok resit, terdengar dia kata '' eh, kenapa harga rm x.xx padahal harga rm x.xx '' (pandai2lah mereka). Dorang patah baliklah tu. :p
5) Alhamdulillah saya punya ok je. Entah barang apa yang dibeli. hahahaha (Mengantuk)

Biasalah itu, mana-mana yang baru lagi, ada sahaja yang tak kena. Baru-baru mesti ramai komplain, nanti lama-lama ok.
Jangan memperkecilkan sembarangan tau.
Apa-apa barang pun yang pertama kali dilancarkan pasti banyak komplain. hahahahaha
Jika baik terimalah, jika kurang terima seadanya dan jika ada cadangan, silakan berikan.
Jangan mulut sahaja lebih. (Lebih nampak....)

* Atuk tidur rumah malam ini. yeay !!!!
* Kursus kahwin esok. Mahu sediakan soalan untuk bertanya yang kurang pasti.

Esok Pergi Kursus Kahwin :p

Assalamualaikum.



Esok saya menghadiri kursus kahwin. hik3.
Apa rasanya nanti ea?
Korang ada tips tak? ha3.
Semoga kursus yang dihadiri esok memberi kesan positif untuk masa akan datang.
Ingat mahu kahwin senang ke? T_T

Maaf, yang mana Fariza lewat membalas email.
Balik kerja lewat. Penat. T_T
Jika on laptop pun, mata mengantuk, kang merapu tulis. :D
X tahan weyhhh. :p

BN Youth Job Fair 2011

Wednesday, June 22, 2011

Assalamualaikum.


Bagi sesiapa yang masih mencari kerja, sila klik di bawah.
hik hik hik

Laman sesawang http://bnyouthjobfair.my/
Pre Pendaftaran : BNYOUTHJOBFAIR


Majlis Perkahwinan dan Pertunangan (Sepupu/Blogger/Rakan)

Sunday, June 19, 2011

Assalamualaikum.

Gambar di bawah adalah sebahagian daripada blogger, kawan dan sepupu saya.
Gambar kurang berkualiti.
Malas pun ada. hahahahaha
Maaf terlewat letak gambar di blog. (Lama wooo)

Selamat Pengantin Baru dan Semoga Dirahmati Allah.

Selamat Bertunang.

Ini majlis perkahwinan Atia a.k.a Cik Belle (Blogger).
Fariza datang awal sebab ada kenduri lain. T_T
Sorry Atia..
Atia cantik dan meletup gitu pakaian ia.
Fariza dapat intai dia dari bilik masa mekap.

Ini majlis perkahwinan Elya (Blogger)
Suka design baju Elya.
Songket biru + lace.
Elya cantik !!!
Elya, mhu cookies free boleh? ha3.



Ini majlis perkahwinan sepupu (belah perempuan ok)
Main tangkap je gambar. hahahahaha
Umur pengantin perempuan itu sebaya saya. ;))
Badan saya berpeluh. Panasnya. :(



Ini majlis perkahwinan sepupu (belah lelaki pula)
Macam biasa, sukahati je tangkap gambar. hahahahaha
Simple dan cantik.



Ini majlis pertunangan kawan Fariza masa sekolah.
Macam-macam dia ajar Fariza dulu. hahahaha
Ada sedikit iras Dang Suria selepas dimekap. ekekekeke. 
I Love Pink !!!
InsyaAllah. Tahun hadapan berlangsung. :p


Ini majlis perkahwinan Kak Faizah.
Jumpa dia sekejap, masa itu tengah mekap.
Mana sempat mahu tangkap pict. Datang awal. wakakakka.
Padan muka Fariza. (Ada kenduri lain lagi lah)


Ini Kak Shifa.
Cantik manis. Suka !!!!
Xda pelamin. Fariza suka !!!


Ini majlis perkahwinan Nadia dan Ery.
Korang mesti kenal kan pelamin itu... hehehehe
X dapat tengok pengantin lagi. :(
Tengok di FB je dapat. huhuhu
Seksi T_T

Selamat Bertunang Kawanku :)

Saturday, June 11, 2011

Assalamualaikum.

http://images3.cpcache.com/product/sex+-+relationships-scrapbooking-pink/253305783v6_225x225_Front.jpg

Alhamdulillah. 
Tahniah kepada kawan Fariza yang sudah selamat bertunang.

1) Jenny (Kawan baik semasa sekolah menengah). Tema pink dan putih. Muka dia ada iras macam Dang Suria selepas di mekap. Muka Fariza?? Nanti ye. hahahaha

2) Juliana Ramle (Kawan semasa sekolah rendah). Dia pembaca berita Astro Awani. he3.Cantik.

Gambar tidak dapat 'upload', laptop sudah teruk. Tidak boleh baca 'memory card'. T_T

Meniti hidup ini dengan penuh cabaran dan dugaan. :p

Hari Khamis

Thursday, June 9, 2011

Assalamualaikum.


* Adakala janggal mahu panggil si dia 'TUNANG'. Lama-kelamaan, sudah biasa. *.* Normallah tu kan.

* Banyak benda mahu dibuat untuk persiapan perkahwinan.

* Tinggal Tok Kadi, OP dan VP, doorgift sahaja yang belum booked. Lagi apa entah. hu3

* Fariza tak senarai lagi apa-apa di blog. Sebab Fariza bayak tulis dalam buku perancangan tunang dan kahwin. Buku itu pun mahu habis. Rajin sangat mencatat. ha3

* Baru sahaja kerja, jadi buat biasa-biasa sahajalah. ha3.

* Hidup ini perlu sabar dengan diri sendiri dan juga manusia lain. T_T

* Hari itu menangis, bayi kucing mati T_T. Sedih tau. Nasib baik mak kucing tak mati.
* Tunang pergi tanya pasal bayi kucing itu. Apa lagi, dengan tak malu, menangis depan dia. (Sapa suruh tanya, kan tak pasal-pasal menangis)

* Kelakar melihat gelagat manusia. ha3. Kadang-kadang gelak sorang-sorang kat pejabat. Macam-macam perangai. (Gila ke gelak sorang-sorang?)

* Hidup ini perlu mencari dan menambah ilmu untuk masa hadapan. Kita tidak tahu apa akan terjadi seterusnya. T_T

* Fariza mahu simpan duit banyak-banyak dalam Tabung Haji. Mahu pergi Haji dan Umrah kelak. Suka. Kumpul duit weyhhh.

* Suka online shopping dan kadang-kala tergoda tau. Sudah namanya perempuan. Semua mahu beli !!! ha3

* Akan datang kami akan menyertai kursus kahwin. ho3.

Untukmu Suami

Wednesday, June 8, 2011

Assalamualaikum

Ada atau tidak para lelaki baca entri ini? Sukar dijangka kan. Sekadar bacaan.


Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Amin.

Kredit : I LUV ISLAM

Adab-adab Dengan Suami

Thursday, June 2, 2011

Assalamualaikum.


Masih belum/bakal/sudah berumahtangga pun harus baca.
*.*

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

Assalamualaikum.

Sukanya join giveaway. hahahaha.
Bergantung kepada rezeki juga. :)
Sweet je nisa ni.
Cepat join ya. Tarikh penyertaan 31/05 - 06/06/11.




[banner%2520mid-year%2520GA%255B2%255D.jpg]


Klik di sini 


Maklumat untuk anda.




SPONSOR (Banyak tau *.*)




Hadiah untuk dimenangi.

Klik di bawah




 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS