Selamat Hari Raya & Hari Merdeka

Friday, August 26, 2011

Assalamualaikum.

Doodle comel.
Ada edit sedikit. :p

Entri terakhir untuk bulan Ogos dan bulan Ramadhan.
Bulan Syawal akan menyusul.
Mahu pulang ke kampung.
Blog bersarang untuk seminggu. hahaha

Fariza memohon maaf sekiranya terkasar bahasa, melukakan hati setengah pihak, setengah yang tidak puas hati dengan Fariza, komen diberikan dan sebagainya. 

Semasa berblogging, chat di facebook, jika terdapat kesilapan, terus terang beritahu Fariza ya. 
Kita semua belajar dari kesilapan. Fariza tidak memarahi anda. huhu
Ia akan berguna untuk masa hadapan kelak. :)

Jadi, Fariza ingain mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin untuk semua umat Islam.
Selamat Hari Merdeka yang ke 54 tahun Malaysia.
Semoga kalian semua mendapat rahmat daripada Allah S.W.T
Jaga diri anda semua. 

* Dalam mana-mana entri Fariza, tiada unsur riak ya.
*  Sayang korang semua. (hehehehe)
* Fariza dah takut tengok ticker di atas tu. T_T

Balang Kaca Comel

Wednesday, August 24, 2011

Assalamualaikum.


Cium cium jangan tak cium. hahaha


Comel tak balang kaca ini selepas dihias? 
Bagi Fariza ianya comel. ^_^
Balang kaca ini digunakan untuk hiasan semasa perkahwinan nanti. 
Fariza buat warna ikut tema. haha
Sebelum dia print, dia akan bagi kita draft dulu. :)
Jadi warna itu xdalah berbeza dengan apa yang kita mahu. :D
Harga balang kaca ini murah.


Fariza tempah di sini LURVERING. Info dari K.I.N.A
Senang untuk berbincang dengan tuan LURVERING ini tau. :)
Friendly dan cepat untuk membalas email anda.
Hasil tangan memang puas hati. :)


Mari lihat koleksi yang terdapat di LURVERING.
Cuci mata barangan comel.

TEL : 017-6929840
EMAIL : lurvering@gmail.com
YM : my_dlove
FACEBOOK : iena_zainal@yahoo.com

Mini frame berserta easel.

Balang kaca yang terdapat dapat pelbagai saiz.

Pembalut coklat. Sweet :)

Comel.

Alolololo. Teddy bear.

Pisau Potong Kek Macam Ini Ke?

Tuesday, August 23, 2011

Assalamualaikum.

(Reben sebagai hiasan)

Sabtu lepas Fariza beli pisau potong kek untuk majlis perkahwinan nanti.
Dalam hati, rasa-rasa ini pun boleh. huhuhu
Kurang pengalaman katakan tetapi harus yakin :)

Apa pendapat korang tentang pisau di atas? Ok tak? :p

Masa Fariza 'search google' kan, Fariza dapat lihat pelbagai jenis pemotong kek.
Ada yang macam pisau panjang dan depan ia bulat, bergerigi lah apa lah, ada juga yang macam Fariza beli di atas dan lain-lain.

Beli dengan harga yang berpatutan dan tidak mahu beli mahal-mahal.
Almaklum pengantin ini kan BAJET. hahaha
Simpan duit untuk selepas kahwin nanti. :p

Janganlah gelak walaupun nampak macam kelakar. hahaha
Mahu potong apa eh? hahaha
Ada ke orang nak sewa pisau mcam tu nanti? hahaha. Buat gelak sahaja kan. :p
Letak reben  di pemegang itu kelihatan comel semasa majlis nanti.

Baju Nikah Sudah Siap

Monday, August 22, 2011

Assalamualaikum.


Baju nikah fariza sudah siap beberapa bulan lalu.
Terima kasih mama. Love you, Love you, I love you (nyanyi tau). :)
Minggu ini baru siap jahit manik baju nikah itu.  Makan masa. hu3
Harus teliti supaya nampak kemas (kemaslah sangat ha3)
Baju nikah sederhana sahaja. Lace lama2, sekarang trend pakai chiffon kan.
Tak mampulah mahu buat dengan 'fashion designer' terkenal. hik3
Pengantin bajet. hahaha

Balik kerja nanti curi-curi masa terluang tok jahit manik untuk veil dan tudung.
Persiapan perkahwinan mendahului persiapan raya.
miahahahahaha

Kasih Ayah T_T

Sunday, August 21, 2011

Assalamualaikum.


Hargai kedua ibu bapa jika masih ada.
Jika salah seorang tiada atau kedua-duanya, doakan kesejahteraan mereka.
Mereka yang mendidik, memberi kasih sayang tiada sempadan, membesarkan kita dan berkorban segalanya.

Mari kita lihat video seorang ayah dan anak.
Menyentuh hati.
Fariza sendiri pun menangis. T_T
Teringat kenangan masa kecil sampai sekarang.


Facebook :
http://www.facebook.com/video/video.php?v=261856957159839&oid=206268379406037&comments

Sayang ayah.
Sayang mama.
Sayang adik beradik.


Saling Menghormati Itu Lebih Baik

Saturday, August 20, 2011

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua. (Awal bangun ha3)
Malaysia satu-satunya negara berbilang kaum.
Harus hormati dan memahami antara satu sama lain walaupun ada suka ataupun tidak.
Untuk orang Melayu Islam ikutlah apa yang terdapat dalam ajaran Islam :)

Mari baca berita di bawah ini.



Sumber dari Yahoo

* Tak baik tau perangai macam itu.
* Cuba tengok komen dorang. hik. Macam2...
* Best kan kita dapat melihat kegembiraan perayaan untuk Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Christmas dan lain2. (Yang basic sahaja)  
* Bersyukurlah. Jangan gaduh-gaduh walaupun berbeza agama, budaya dan adat.
* Renungkan. 


Selamat tinggal dan mahu pergi jalan-jalan.
Hantar details untuk kad kahwin. :p
 

Alahai Vendor - Pulangkan Duit Saya

Thursday, August 18, 2011


Sekadar hiasan.

Assalamualaikum.

Pada awal bulan 6 yang lepas, Fariza order doorgift untuk majlis perkahwinan akan datang. Harga yang diberi berpatutan dan comel doorgift tersebut (eceh).
Fariza pergi dengan beberapa orang ahli keluarga serta Encik Tunang pun ikut bersama. :)
Hasil perbincangan tersebut, kami mengutuskan untuk order yang banyak untuk doorgift tersebut dan resit deposit dikeluarkan.

Minggu hadapan selepas tarikh tersebut, Fariza dan mama Fariza menelefon orang tersebut untuk meminta penambahan bayaran serta resit rasmi.
Orang itu kata, dia tidak boleh keluarkan resit rasmi dahulu kerana ada masalah sedikit dengan syarikat pembekal yang mengeluarkan doorgift tersebut.

Tetapi yang Fariza tertanya....
1) Hari itu semasa deal memang banyak pilihan tau.
2) Dia kata ramai order dorrgift itu tetapi bergantung pada stok. Oklah.
3) Lepas call, dia kata tak ramai yang order dan stok baru pula keluar jadi harga dorrgift itu naik 0.xx. (Mana adil dan pelik)
4) Duit boleh pulangkan jika tidak mahu dorrgift tersebut. (Baguslah)

Dia bagi masa 2 minggu lepas Fariza call untuk mengetahui status doorgift tersebut. Ok fine.
Sudah 2 minggu dia tak call lagi, mengalah untuk call, dia kata harga tetap naik dan cuba lagi untuk berbincang dengan pembekal dan bla bla. (Berapa lama lagi daaa)

Selepas 2 minggu (bagi tempoh masa kat dia), Fariza call lagi sebab susah sangat nak berurusan. T_T
Keluarga Fariza pun suruh minta dia pulangkan balik duit. Mana tak, asyik kena tunggu banyak kali, bukannya kami tidak sabar. Harga naik banyak.  No !!
Bayangkanlah asyik tertangguh je kang sampai tarikh perkahwinan takut tak selesai. (Sigh)

Selepas tarikh call di atas dan sampai sekarang masih tak pulangkan duit.
Entahlah, tunggu sampai bila pun Fariza tak tahu. 
Mahu balance account bla bla katanya. Syarikat tak besar pun. Sekarang sudah berapa bulan menunggu. huhuhu

Kesimpulannya, terpaksalah Fariza menunggu untuk dia pulangkan duit itu.
Jangan sampai bulan 12 sudah.
Malas nak marah.
Malas mahu paksa.
Malas mahu ingatkan.
Jawapannya...
Tribunal Pengguna akan diadukan. Senang.
(Sebab perkara kecil pun susah mahu selesaikan)
Harus menegakkan hak kita. :p
Walaupun jumlah tidak banyak, tetapi bermakna. hik3

* Mungkin mereka ada sedikit masalah mereka.
* Mungki menguji kesabaran kita.
* Mencari pengalaman hidup.
* Haruslah tolong sebangsa kita. :p

Cari vendor lain, alhamdulillah ada tetapi warna terhad.
Tidak mengapa, harap adalah, deposit sudan bayar.
InsyaAllah dengan rezeki-Nya, Allah permudahkan.
Think positive :)))
Mahu kahwin, haruslah berjimat cermat kan.

Tips Cinta Suami Isteri ^_^

Friday, August 12, 2011

Assalamualaikum


Mari kita mengetahui tips di bawah.
Keberkatan untuk masa hadapan.


Sejuk mata memandang. :))

Tips cinta untuk suami
  • Bersikap baik dan lembut dengan isteri
  • Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
  • Jangan sekali - kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
  • Bersabar terhadap karenah isteri
  • Mengendali nafkah dengan ( tidak bakhil dan boros )
  • Bergurau senda dengan anak dan isteri ( berkasih sayang dan mesra )
  • Membantu tugas - tugas isteri dirumah
  • Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
  • Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
  • Tidak bermesra dengan wanita lain
  • Menjaga rahsia isteri
  • Tidak merendah - rendahkan isteri di hadapan orang lain
  • Tidak makan hasil kerja isteri
Tips cinta untuk isteri
  • Berterima kasih diatas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil .
  • Segera memenuhi permintaan suami
  • Bertindak diatas keizinan suami , jangan sekali kali mengangkat suara
  • Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
  • Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
  • Jaga hartanya dengan sebaik - baik tadbir
  • Jaga maruahnya dengan sebaik - baik taqdir
  • Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
  • Membantu urusan perjuangannya
  • Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
  • Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
  • Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata dihadapannya
  • Menghormati keluarga suami
  • Menjaga rahsia suami
Tips cinta untuk kedua suami isteri
  • Persefahaman
  • Taawun ( bekerjasama )
  • Wujudkan suasana romantis
  • Atasi bebanan kerja
  • Kepuasan seks
  • Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
  • Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain
  • Menghayati amal Islami
  • Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga
Sumber : I LUV ISLAM

Doodle Raya Comel Fariza

Thursday, August 11, 2011

Assalamualaikum.

Masih ingat entri ini ?
Fariza sudah dapat doodle raya batch 1 yang dianjurkan oleh Firdani Love Story
Comel kan. 
Terima kasih Firdani. Suka !!!!
Ramai juga yang menyertainya :)

Ini Fariza punya. hik3
Alolololo
Meriah warna baju kauuuu. hahahaha


Comel.
Macam Fariza.
Pipi tembam dan merah jambu.
Bulu mata lentik (hohohoho)

Comel kan kan kan. 



Persiapan Oh Persiapan

Saturday, August 6, 2011

Assalamualaikum.



http://www.vectorstock.com/assets/composite/155801/beautiful-flower-vector.jpg
Bagaimana persiapan hari raya?

 Alhamdulillah. Bertemu juga ramadhan kali ini :)
Setakat ini persiapan sederhana sahaja. :)
Beli mana yang perlu dan pakai apa yang ada. :)
Tahun last beraya dengan keluarga dengan status bujang. he3.
Tahun depan? miahahahaha.
Uruskanlah dengan pasangan anda. :p
Ada keluarga baru. 
Jauhkanlah dari azab mulut-mulut celupar manusia yang semakin berkembang di dunia ini. T_T

Bagaimana pula dengan persiapan hari bahagia?

Hari bahagia semakin menghampiri. :)
Berdebar sedikit. hik3.
Jumpa Tok Kadi bulan lepas (saja je buat muka serius, kecut Fariza tengok) ha3.
Tok Kadi ok je.
Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar.
Sokongan dari keluarga diutamakan kerana setiap ahli (mama, ayah, abang dan fariza) ada tugas masing-masing. Jadi ianya mudah. :)
Bukan main lagi berangan itu dan ini. 
InsyaAllah jika rezeki ada. :) Buat yang termampu :)
Duit memang laju sahaja keluar kan. Berkorban benda lain untuk berjimat. ha3
Heh. Tinggal bayar sahaja duit baki. :D
Berharap semuanya berjalan dengan baik :)

Soalan :
Bagaimana jika butik yang kita booked itu mekap kurang memuaskan T_T?

Jawapan :
Tawakal / Harus touch up sendiri / Cari MUA lain / Yakin dalam hati yang kemungkinan dia buat ok / Hilang mood semasa majlis / Berfikiran positif / Dalam picture memang x nampak teruk, jika face to face? (Pengsan) / Terima seadanya.

Ada idea lain?


Segmen Wanie : Doodle Raya Free

Assalamualaikum.

Mahu doodle raya comel tak? Mari join.
Firdani Love Story yang anjurkan. Cepat ye join. :p

Selain itu boleh lihat blog Istana Cinta Tengku Puteri :)
Memang cantik.


 Ini banner sangat comel.
http://firdanilovestory.blogspot.com/2011/08/segmen-wanie-doodle-raya-free.html


Syarat penyertaan yang mudah


Entri yang harus ada :
1) Siap

2) Siap

3) Lihat di bawah
a) Baju raya Fariza warna warni tahun ini. hik3. Jadi, Fariza mahu warna merah jambu, hijau lembut dan kuning. Hah, meriah tahu tak. ha3. Macam k***** eh? T_T. Taklah. :p
Jika lelaki baju warna merah jambu juga lah dan sampin yang bersesuaian. Kan ada songket warna warni yang beribu itu. miahahahahaha. Nasiblah.
b) Jika sorang, Fariza, jika berdua, Fariza & Faizal. eceh. :p
c) Aksesori mesti mahu banyak. hik3. Mesti ada cincin emas ada 3 batu yang comel, handbag terbaru warna merah jambu, wedges warna hitam, tudung syria warna pink dan ada manik-manik cantik di sekeliling tudung syria itu. Tudung syria itu menutupi dada ok. Make up mahu gorgeous (<< Melampau) Hik3.

Banyak songeh pula di aksesori yang Fariza tulis. X dapat semua pun xpe. Ingat senang mahu buat doodle? Orang yang kreatif sahaja pandai. Hebatnya Firdani Love Story

4) Siap

Semoga berjaya. :p

Sponsor?? Syoknya.

Friday, August 5, 2011

Assalamualaikum.

http://epaalittleleague.com/wp-content/uploads/2010/11/Sponsor_Thank_You_medium_medium.jpg

Suatu petang beberapa jam sebelum berbuka puasa singgah di kedai runcit.

Pak Cik : Lihat (surat khabar muka depan memey dan norman), perkahwinan 12 juta. Kau punya kahwin berapa?
Fariza : Ohhh. Mereka ini ke, best kan sponsor 12 juta tu. hu3.

Fariza lupa nama surat khabar itu (ha3). Best kan kahwin di sponsor 12 juta. Muka depan surat khabar tulis 'LHDN BURU NORMAH HAKIM'. hik3

********************************************************

Adik perempuan saya bercerita mengenai 1 komik lucu.

Adik : Kak, mahu dengar 1 cerita kelakar tak?
Fariza : (Gelojoh) Nak nak nak. 
Adik : Ceritanya begini.......
Abang, mana semua barang-barang perkahwinan kita ini. Alaaa, Ayang ni takkan dah lupa, semua tu kan sponsor. Iya tak ye juga.... @.@ (Selepas habis majlis pekahwinan)
Fariza : Bantai gelak. (jahat). Siapalah punya kerja buat macam itu. Adehhh.

********************************************************

Semua cerita di atas bukan untuk mengenakan sesiapa dan ia memang sudah jadi perbualan. ;))
Rezeki masing-masing untuk mendapat tajaan. :)
Rezeki dia ini dan rezeki kita juga lain.
Usah khuatir, Allah Maha Adil :))

Fariza pun tidak mengharap sesiapa pun mahu taja itu dan ini.
Orang lain taja, boleh jimat wooo. :D
Walaupun dahulu kawan Fariza ada kata mahu taja perkahwinan ini dan ini.
Jawapan Fariza...
Geleng pun tidak, angguk pun tidak, senyum sahaja, insyaAllah :)
Sebab benda-benda ini semua kita tidak mengetahui apa akan terjadi akan datang.
Bila kawan sudah berkata begitu, ia satu janji, samada gurauan atau benar, jadi tidak perlu berharap.

Adakala terfikir......
Contohnya......

A : Hi A, nanti kau mahu kahwin, beritahu aku ye, aku mahu sponsor kau bla bla bla, ye.

B : Hi B, boleh tak kau sponsor aku bla bla bla masa aku tunang/kahwin nanti.

Mari lihat perbezaan...

''aku mahu sponsor kau''
 - Syoknya weyhh, alhamdulillah, rezeki jangan ditolak :). I like 1000x
- Ya. Butik xyz sponsor aku. Meletop kan.
- Sudah jimat dari situ. :)
- Kita boleh guna wang untuk kegunaan lain.

''kau sponsor aku''
- Sponsor apa? Tengok budget aku dulu lah.
- Bila mak cik 2x tanya, takkan nak jawab ''AKU MINTA ABC SPONSOR'' (malu ler). Mesti mak cik itu ingat x berduit T_T
- X perlulah tanya mak cik oiii. Kadand-kadang yang lain pun boleh tahan mulutnya.

Sebenarnya, lebih baik abaikan sahaja mulut tak terjaga itu.
Buat apa yang kita rasa mampu.
Usah cemburu dengan yang lain.
Hari kita pasti ada. (wink wink)

Alhamdulillah, segala persiapan Fariza masa tunang, usaha diri sendiri dan keluarga tercinta.
Pengalaman dalam mengendalikan segala hal. 
hahahahahaha 

Semua orang impikan majlis perkahwinan yang sempurna kan.
Kita manusia biasa yang hidup di dunia sementara.
Mahu sempurna, tunggulah di akhirat :))

Minta maaf jika terdapat kesilapan ;))

Semuanya Indah :p

Thursday, August 4, 2011

Assalamualaikum.


Sudah masuk hari keempat kita berpuasa di bulan Ramadhan.
Pagi tadi Fariza pergi kerja bersama kawan sambil menunggu komuter comel tiba T_T.

Korang semua mesti sudah tahu.
Soalan yang kerap kali kita dengar mesti macamni kan. 
''Banyak betul dugaan semasa tunang''
(Sudah berkahwin pun lagi macam-macam dugaan)
''Bagaimana jika ex kita datang kembali walaupun dia tahu jika kita sudah berpunya?''

Bagi Fariza, ujian dan dugaan itu bila-bila boleh datang. :) Harus redha dan berusaha untuk menyelesaikan dengan baik :)
Jika ex atau sesiapa sahaja datang tiba-tiba walaupun sudah mengetahui status kita bertunang, biarkan sahaja dan jangan layan.
Di samping itu, terlihat bagaimana kesetiaan kita kepada hubungan pasangan menuju alam rumah tangga yang berkekalan.
Kadang-kadang ayat-ayat yang diberikan oleh ex itu tidak bernas.
Masih rindu, masih sayang, teringtakan kenangan dulu-dulu, tidak mencintai awek sekarang, hati tak tenteram dan bermacam-macam lagi.
Kelakar kan '' tidak mencitai awek sekarang'', tetapi bergambar berdua-duan, keluar sama-sama, siap datang rumah awek lagi dan berbagai.

Semua perkara yang berlaku itu datang dengan tiba-tiba.
Seharusnya kita abaikan sahaja perkara yang remeh-temeh.
Kawal dia anda supaya tidak terjebak dengan perkara negatif dan mendatangkan fitnah serta merosakkan hubungan.
Mulut manusia ini sukar dikawal.
Paling berbisa adalah LIDAH.

Kesimpulannya, dalam hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan, barulah hidup itu lebih indah :)
Dari situ kita boleh lihat dari segi pemikiran kita, keputusan yang dibuat, perbincangan antara pihak dan tidak lupa juga dekatkan diri kepada Allah S.W.T

*p/s : Fariza tiada ex atau exyz. ha3. Dialah sorang sahaja. ^_^
Alhamdulillah, sekarang tiada apa-apa yang menghalang.

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS