Alahai Vendor - Pulangkan Duit Saya

Thursday, August 18, 2011


Sekadar hiasan.

Assalamualaikum.

Pada awal bulan 6 yang lepas, Fariza order doorgift untuk majlis perkahwinan akan datang. Harga yang diberi berpatutan dan comel doorgift tersebut (eceh).
Fariza pergi dengan beberapa orang ahli keluarga serta Encik Tunang pun ikut bersama. :)
Hasil perbincangan tersebut, kami mengutuskan untuk order yang banyak untuk doorgift tersebut dan resit deposit dikeluarkan.

Minggu hadapan selepas tarikh tersebut, Fariza dan mama Fariza menelefon orang tersebut untuk meminta penambahan bayaran serta resit rasmi.
Orang itu kata, dia tidak boleh keluarkan resit rasmi dahulu kerana ada masalah sedikit dengan syarikat pembekal yang mengeluarkan doorgift tersebut.

Tetapi yang Fariza tertanya....
1) Hari itu semasa deal memang banyak pilihan tau.
2) Dia kata ramai order dorrgift itu tetapi bergantung pada stok. Oklah.
3) Lepas call, dia kata tak ramai yang order dan stok baru pula keluar jadi harga dorrgift itu naik 0.xx. (Mana adil dan pelik)
4) Duit boleh pulangkan jika tidak mahu dorrgift tersebut. (Baguslah)

Dia bagi masa 2 minggu lepas Fariza call untuk mengetahui status doorgift tersebut. Ok fine.
Sudah 2 minggu dia tak call lagi, mengalah untuk call, dia kata harga tetap naik dan cuba lagi untuk berbincang dengan pembekal dan bla bla. (Berapa lama lagi daaa)

Selepas 2 minggu (bagi tempoh masa kat dia), Fariza call lagi sebab susah sangat nak berurusan. T_T
Keluarga Fariza pun suruh minta dia pulangkan balik duit. Mana tak, asyik kena tunggu banyak kali, bukannya kami tidak sabar. Harga naik banyak.  No !!
Bayangkanlah asyik tertangguh je kang sampai tarikh perkahwinan takut tak selesai. (Sigh)

Selepas tarikh call di atas dan sampai sekarang masih tak pulangkan duit.
Entahlah, tunggu sampai bila pun Fariza tak tahu. 
Mahu balance account bla bla katanya. Syarikat tak besar pun. Sekarang sudah berapa bulan menunggu. huhuhu

Kesimpulannya, terpaksalah Fariza menunggu untuk dia pulangkan duit itu.
Jangan sampai bulan 12 sudah.
Malas nak marah.
Malas mahu paksa.
Malas mahu ingatkan.
Jawapannya...
Tribunal Pengguna akan diadukan. Senang.
(Sebab perkara kecil pun susah mahu selesaikan)
Harus menegakkan hak kita. :p
Walaupun jumlah tidak banyak, tetapi bermakna. hik3

* Mungkin mereka ada sedikit masalah mereka.
* Mungki menguji kesabaran kita.
* Mencari pengalaman hidup.
* Haruslah tolong sebangsa kita. :p

Cari vendor lain, alhamdulillah ada tetapi warna terhad.
Tidak mengapa, harap adalah, deposit sudan bayar.
InsyaAllah dengan rezeki-Nya, Allah permudahkan.
Think positive :)))
Mahu kahwin, haruslah berjimat cermat kan.

12 comments:

kaklong said...

insyallah...semoga dipermudahkanNya...amin

e k i n ♥ y u s r i said...

lor
kne push die fariza
smpi die pulangkan

~ NANA ~ said...

alahai siannye...i rse better u keep on calling je dia...biar dia rasa bosan...hehe

Cik Puan Mimi said...

skrg ni macam2 orang nk tipu kte
jangan terpedaya sgt. kadang2 geram gak kan. huhu

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

ish..lamenye..setuju ngan ekin, kena push la sikit.wlpn u tak kish, tp ini tntg hak.dan supy pasnie tak kena pijak lg.

♥ Kasut Pink ♥ said...

bagus jugak buat laporan kat tribunal pengguna bagi ajar sikit dekat vendor2 camtu sbb meniaga sambil lewa jer..

aTy _faRed~ said...

gi jer terus jerkah..kekadang orang macam derang ni kene bertegas..kalau tak die bawak main jer nanti...

Cik Zimie said...

huhu camni pon ada ka?huhu cam takley dipercayai je.try your best paksa secara halus.sms ke,etc.

K.I.N.A said...

harga naik lepas letak depo ke fariza? memang kena pegi tribunal ni..

Fariza said...

kak long :
insyaAllah :) Amin

e k i n ♥ y u s r i :
mmg akan push. siaplah dia. he3.

~ NANA ~ :
a'ah. mmg akan sms dia je. ha3. biar dia geram. :p

Cik Puan Mimi :
skrg stgh org kuat menipu. bahaya kan. jaga2. sy harap dia x. tgk ok je. hu3

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid :
ye. lama sgt kenalah dia. tribunal :)

♥ Kasut Pink ♥ :
ye. pilihan tepat adalah tribunal untuk buat aduan. hik3

aTy _faRed~ :
dh sms pun x reply2, bila call berjela2 jwpn yg sama. x suka makkk.

Cik Zimie :
:) sudah. xpe. tunggu dan lihat ye, jeng jeng jeng

K.I.N.A :
1st week n deposit harga sama apa yg ditunjuk di tpt awam. 2nd week pula harga naik berapa sen. mana aci mcmtu kan. tp dia kata bleh pulang, smpai skrg x pulangkan. hu3. xpe2. :)

kAseh Mir'Ha said...

aishhh..takutnye jd mcm ni. sy doorgift cr kat internet je. 2 p0n lps tgk wall kedai tu "tq, barang dah sampai".. bila ramai yg tls mcm 2, sy pcy la. =p

Fariza said...

kAseh Mir'Ha :
:) yg sy punya bleh percaya, tp entahlah. xpe. sabar menunggu. :) oklah tu. harus ada keyakinan beli dlm internet.

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS