Suka tengok gambar ini tak?

Wednesday, September 28, 2011

Assalamualaikum.

http://findicons.com/files/icons/1943/yazoo_smilies/128/big_smile.png

Kad kahwin sudah siap ye kawan-kawan.
Nanti Fariza cerita ya, tak suka tau manusia jenis macam itu.
Hari itu kata lain, selepas itu lain pula. Arghhhh.

Semasa tunang, Fariza dan Encik Tunang hired dia sebagai OP.
Lagi-lagi photobook, Silap. Storybook :D Ezuwan buat cantik :)) Suka makkk.

Gambar ini majlis perkahwinan norman dan memey. 
Fariza tak berapa mahu kenal sangat. miahahaha.

Rezeki mereka beradik (Ezuwan dan Tazri) untuk tahun ini dan bukan untuk glamor ye kalau setakat 'artis' itu. :p. Mana ada benda percuma di dunia ini. hik3.

Mari cuci mata.  Jodoh pertemuan di tangan Allah.
Selamat pengantin baru.
 








Nama lama : ET SNAP PHOTOGRAPHY


*Nota : Takutnya ticker itu. Semakin hari semakin berkurangan. :p

Majlis Perkahwinan Syima

Wednesday, September 21, 2011

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. 
Tahniah diucapkan untuk Syima dan pasangan.
Selamat Pengantin Baru semua :)
Lisa, Put, Fadhilah dan lain-lain.
Majlis berlangsung pada 17 September 2011.
Gambar sedikit sahaja. Maaf ye.
Pakaian pengantin Syima cantik :))




Nota : Veil hampir siap. Yeay.. Penatnya buat.

Rumah

Tuesday, September 20, 2011

Assalamualaikum.



Menyepi untuk seketika.
Alhamdulillah. Pencarian rumah berakhir.
Mulai saat ini banyak kena bahagikan masa.
Persiapan kahwin dan rumah untuk diduduki akan datang.

Checklist barangan rumah sudah siap dan perlu ditapis oleh Encik Tunang. ha3.
InsyaAllah di mana-mana kita duduk, semuanya selamat. Amin.
Semuanya berlaku atas kehendak Allah S.W.T

Rumah kosong tiada benda.
Jika ada, mahu dikosongkan juga.
Harus bersederhana untuk memulakan kehidupan baru dan seterusnya.
Menyewa apartment untuk sementara waktu.
Senang untuk dekorasi seterusnya.

Macam Budak Sekolah

Monday, September 12, 2011

Assalamualaikum.

http://4.bp.blogspot.com/-LDUNQYO3njw/TcJEsifFNDI/AAAAAAAAD9Q/j8chakUeKYg/s1600/206263_1494230774188_1786639753_922522_1704518_n.jpg

Suatu petang indah....
Menerima kunjungan tetamu....
Berbual itu dan ini....

Tetamu : Ini anak akak yang mahu kahwin itu ke?
Mama : Ya, dia sekali dengan abang.
Tetamu : Laaa... Ya ke? Kecilnya. Tengok macam budak sekolah sahaja. 
Mama : Ya. Kecil sahaja dia ini. hahaha
Tetamu : Masih belajar atau kerja?
Fariza : Sudah bekerja. :D
Tetamu : Kerani atau nurse?
Fariza : (Gelak dulu). Kerja xxxxxx.
Tetamu : Ingatkan kerja nurse.. he3. Nampak macam nurse.

bla bla bla bla

T_T. Kecil macam budak sekolah. 
Setengah manusia ada juga tak hormat sesama sendiri.
Nampak sahaja orang itu kecil, diperlekeh, di mana-mana Fariza melangkah. (Bukan tetamu tadi tau)
Bukan apa, orang yang cantik, kurus, slim, berfesyen dan lain-lain mesti dipuji lebih. 
Ada juga buah fikiran orang kecil ini diabaikan oleh orang bersaiz tinggi. 
Tinggi atau rendah, kita semua sama di sisi Allah.
Pipi bulat ke, pipi model ke, pipi tirus ke dan sebagainya, itu tidak menjadi masalah.

Kaya atau miskin, usahlah dibezakan.
Dalam hidup ini, jangan bezakan orang itu dan orang itu.
Masing-masing ada rezeki yang telah ditentukan oleh Allah.

Bersyukur apa yang telah dikurniakan. :)
Alhamdulillah.
Nanti kahwin, kami sama-sama kecil. 
Comel kan?? (Perasan gila)

Ada ciri-ciri ke Fariza jadi nurse? hik3. Mau pengsan pesakit kalau Fariza jadi nurse.
Dahlah garang macam singa. :p

* Teringat dahulu uruskan MARA, sekitar 2006-2007, beberapa pekerja di situ perlekeh Fariza dan tak hormat ayah. Sedih tau. Ayah Fariza diam sahaja. 
Fariza tak hebat macam anak dan saudara mara korang (MARA), mereka gagal sekalipun, korang juga yang ada orang dalam uruskan. I knew it.

Maaf :)

Maxi Dress Berlengan Panjang

Friday, September 9, 2011

Assalamualaikum.

Siapa suka maxi dress berlengan panjang?
Comel kan?
Ia boleh digunakan sebagai inner (jika pakaian itu jarang) atau pakai begitu sahaja.
Warna menarik. :)
Mari cuci mata.
Jika mahu order boleh tempah dengan Fariza atau email yukionlineshop@gmail.com

Nota : Entri pagi tadi nanti Fariza komenlah ye. huhuhu


Black


Turqouise


Bordeaux


Deep Blue


Green


Gray


Light Blue


Orange


Pink

Tok Kadi kata Kena Jumpa Saya Juga !! :p

Assalamualaikum.




Maaf tidak update blog selama beberapa hari. Fariza mahu menulis kena ada mood. 
Minggu ini memang memberi tekanan yang sedikit sahaja. ha3.
Harus berfikiran positif sahaja :)

Sepatutnya entri ini untuk hari Selasa, tetapi ada benda yang tidak dapat dielakkan. T_T
Mama dan ayah Fariza sudah pergi ke qariah berdekatan untuk minta tandatangan borang nikah bagi abang Fariza.
Alhamdulillah selesai. Seterusnya akan dibawa ke JAWI untuk proses seterusnya.
Fariza punya belum. Masih tidur lagi. 

Selepas itu mama Fariza bercerita dan beritahu....
Masa itu yang ada Imam Maliki untuk berbincang dan minta tandatangan.
Ustaz-ustaz yang lain masih bercuti. (amboi :D)
Berbincang itu dan ini dan mama Fariza tanya pula untuk bahagian perempuan (Fariza)



Imam itu tanya tunang anak orang mana dan mama jawab tinggal di Kuala Lumpur juga.
Imam itu berkata ''BAGUSLAH !!!! NANTI SURUH MEREKA BERDUA DATANG JUMPA SAYA. TAK KIRA SEBULAN SEBELUM KAHWIN KE SEMINGGU SEBELUM KAHWIN KE, TETAPI MESTI JUMPA SAYA JUGA.''

Imam Maliki berkata lagi, '' saya mahu nasihatkan anak-anak muda (xkan anak muda je) yang berkahwin muda sebelum terjadinya kes penceraian, baru berkahwin berapa bulan sahaja mahu cerai, belah lelaki menangkan anaknya, belah perempuan menangkan anaknya juga bla bla bla. Biar nanti sebelum perkara yang kurang elok berlaku, mereka akan  ingat kata-kata saya. 

Lagi satu, saya tak suka bagi ceramah lama-lama masa akad nikah nanti. Bukan dengar sangat pun, dok pose2 camera lah, dengan sanak saudara pun mahu tangkap gambar juga dan macam-macam lagi.
Cuba tanya balik apa yang diajar semasa kursus perkahwinan? Rata-rata xkan ingat semua dan semua fikiran melayang entah ke mana. (T_T)



Pedas dan mendalam tak kata-kata Imam Maliki itu.? ha3. 
Lagi satu kan, Fariza tak sukalah orang selitkan hal politik dalam bab kahwin. Korang faham kan maksud Fariza? he3
Fariza tidak mahu nyatakan di sini. :D

Janganlah anggap Fariza ini jahat sampaikan Imam Maliki berkata demikian.
Mama kata peraturan baru, setiap yang mahu berkahwin di qariah situ, mesti datang jumpa dia juga. T_T 
Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
Habislah Fariza. Tak pasal-pasal kang dia tanya soalan macam-macam. T_T.
Nanti, bila masuk bilik Imam Maliki kang terkedu dan 'blank' semua. ha3.
Xpe. Fariza pun fikir positif sahaja, benda baik, siapa lagi nak bagi ceramah percuma kat kita kan, siapa lagi mahu beri nasihat selagi orang agama masih ada. Sekarang ini macam-macam benda pelik berlaku.

Ada apa-apa cadangan atau idea tak semua? hik3

Nota : Fariza tengah pening sebenarnya memikirkan persiapan perkahwinan. T_T


Entri Pendek

Monday, September 5, 2011


Assalamualaikum.

Maaf. Entri ini pendek sahaja. 
Kurang mahu menulis selepas bercuti raya.
Kepenatan selepas pulang dari kampung.
Kurang 'blog walking' dan tinggalkan komen.
Banyak kerja perlu dibuat sekarang.
Ticker di atas menakutkan Fariza. Suka. hahaha.
Pagi-pagi orang kad kahwin buat Fariza geram. Sabar wahai hati.
Korang ini memanglah. Banyak lagi benda yang Fariza tengah fikirkan.
Semua itu pengalaman menguji diri. Alhamdulillah.
Perlu ke membezakan antara satu sama lain? 
Rindu Encik Tunang.... T_T



 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS