Tok Kadi kata Kena Jumpa Saya Juga !! :p

Friday, September 9, 2011

Assalamualaikum.




Maaf tidak update blog selama beberapa hari. Fariza mahu menulis kena ada mood. 
Minggu ini memang memberi tekanan yang sedikit sahaja. ha3.
Harus berfikiran positif sahaja :)

Sepatutnya entri ini untuk hari Selasa, tetapi ada benda yang tidak dapat dielakkan. T_T
Mama dan ayah Fariza sudah pergi ke qariah berdekatan untuk minta tandatangan borang nikah bagi abang Fariza.
Alhamdulillah selesai. Seterusnya akan dibawa ke JAWI untuk proses seterusnya.
Fariza punya belum. Masih tidur lagi. 

Selepas itu mama Fariza bercerita dan beritahu....
Masa itu yang ada Imam Maliki untuk berbincang dan minta tandatangan.
Ustaz-ustaz yang lain masih bercuti. (amboi :D)
Berbincang itu dan ini dan mama Fariza tanya pula untuk bahagian perempuan (Fariza)



Imam itu tanya tunang anak orang mana dan mama jawab tinggal di Kuala Lumpur juga.
Imam itu berkata ''BAGUSLAH !!!! NANTI SURUH MEREKA BERDUA DATANG JUMPA SAYA. TAK KIRA SEBULAN SEBELUM KAHWIN KE SEMINGGU SEBELUM KAHWIN KE, TETAPI MESTI JUMPA SAYA JUGA.''

Imam Maliki berkata lagi, '' saya mahu nasihatkan anak-anak muda (xkan anak muda je) yang berkahwin muda sebelum terjadinya kes penceraian, baru berkahwin berapa bulan sahaja mahu cerai, belah lelaki menangkan anaknya, belah perempuan menangkan anaknya juga bla bla bla. Biar nanti sebelum perkara yang kurang elok berlaku, mereka akan  ingat kata-kata saya. 

Lagi satu, saya tak suka bagi ceramah lama-lama masa akad nikah nanti. Bukan dengar sangat pun, dok pose2 camera lah, dengan sanak saudara pun mahu tangkap gambar juga dan macam-macam lagi.
Cuba tanya balik apa yang diajar semasa kursus perkahwinan? Rata-rata xkan ingat semua dan semua fikiran melayang entah ke mana. (T_T)



Pedas dan mendalam tak kata-kata Imam Maliki itu.? ha3. 
Lagi satu kan, Fariza tak sukalah orang selitkan hal politik dalam bab kahwin. Korang faham kan maksud Fariza? he3
Fariza tidak mahu nyatakan di sini. :D

Janganlah anggap Fariza ini jahat sampaikan Imam Maliki berkata demikian.
Mama kata peraturan baru, setiap yang mahu berkahwin di qariah situ, mesti datang jumpa dia juga. T_T 
Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
Habislah Fariza. Tak pasal-pasal kang dia tanya soalan macam-macam. T_T.
Nanti, bila masuk bilik Imam Maliki kang terkedu dan 'blank' semua. ha3.
Xpe. Fariza pun fikir positif sahaja, benda baik, siapa lagi nak bagi ceramah percuma kat kita kan, siapa lagi mahu beri nasihat selagi orang agama masih ada. Sekarang ini macam-macam benda pelik berlaku.

Ada apa-apa cadangan atau idea tak semua? hik3

Nota : Fariza tengah pening sebenarnya memikirkan persiapan perkahwinan. T_T


11 comments:

Hunny Kitty said...

kalao IM selit bab politik tegur la elok2...heheh (kalau berani macam ai la) ...tapi pegi je la ngan hati yg terbuka sekadar nak menambah ilmu pasal hal rumah tangga....jgn pikir negative pasal apa yg dia nak hujahkan nanti...kang takoot masa nak akad kang dia soal segala macam soalan yg tak tercapai dek akal kang.....tak pasal2 je...kan?

pegi je la jumpa IM tu...manalah tau dapat ilmu baru dan dia pun dah kata dia nak buat refresher je pasal kursus kawen...jgn stress2 ye.... =)

Adawiyah A.Halim said...

xmau2 serabut2..dgr jer apa dia nk sampai kan..ilmu..dia nk nasihat jer tu..xtanya benda pelik2 kot..hehehe

erin moshimoshi said...

besh la .. dapat jumpe ..dgr nasihat imam2

kaklong said...

dengar tu lebih baik dari berkata2? ha...? betul ke kak long ckp ni...adoi!...

ZaNa aDieyZa said...

jgn stress2 yer dear.. hope semuanya berjalan lancar..

p/s: nice blog..

iedaurora said...

dengar je, oke jugak kalau dapat ilmu didada sebelum nikah...

asna cute said...

asna dlu xde lak gitu. tok kadi sempoi jer hehe

:: FrappoFrap :: said...

tak moh serabut ok... =)

Are-Gya said...

asna..kite sme..huhuhu

Anonymous said...

pergi lah dengan hati yg tenang serta positif..apa yg Imam bcakap adalah perkara betul..sebab dia pasti akan di soal di akhirat kelak jika dia tak jalankan tanggungjawabnya..bukan sejakar menjadi kadi, tetapi tanggungjwab sbg sesama muslim..

Fariza said...

Hunny Kitty : terima kasih. a'ah. mmg harus g pun. sukar mahu jumpa orang yg nak bg ilmu kat kita :) ok je

Adawiyah A.Halim : ye. ilmu harus pergi. syok dgr. suka dpt byk ilmu tau. terima kasih.

erin moshimoshi : mmg best tau. dhlah imam susah mahu jumpa. ada peluang, jumpa je :)

kaklong : dgr ilmu dr para agama. best :) ilmu untuk dibawa ke akhirat juga. :)

ZaNa aDieyZa : kurang stress. insyaAllah semuanya ok. terima kasih. hik3

iedaurora : ok sgt tau dpt ilmu itu. he3. nanti share.

asna cute : lain org lain cara kan. xpe :) untuk masa dpn umat akn dtg juga.

:: FrappoFrap :: insyaAllah ok :)

Are-Gya : alaaa. x aci. are-gya dh lepas :p.

Anonymous : mmg harus pergi. ilmu yg berguna xkan mahu disia2kan :) terima kasih. lg2 manusia akn dtg, menakutkan.

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS