Pos Kad : Setem 60 sen, 70 sen atau 80 sen ?

Tuesday, October 4, 2011

Assalamualaikum.

Info yang menarik perlu diambil berat bagi para pengantin.
Mahu mengepos kad pun memerlukan duit juga kan. hehehe.
Jadi, hari itu BBF ada tanya mengenai harga setem untuk pengeposan kad kahwin.

Fariza pun baru teringat, Fariza punya envelope bercorak.
Bagi menyakinkan diri dan mengelakkan kekeliruan, Fariza email kepada Pos Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut.

Kesimpulannya, bawa kad anda ke Pejabat Pos dan tanya kerani di sana berapa sen setem yang perlu anda beli.
InsyaAllah, Fariza bawa kad dan tanya pihak Pos Malaysia secepat mungkin.

Berikut adalah email yang dibalas oleh pihak Pos Malaysia.


***********************************************

Selamat sejahtera,
 
Terima kasih atas e-mel anda yang kami terima pada 04/10/2011.
 
Untuk makluman cik/puan, terdapat dua kategori surat iaitu Surat Standard dan Surat Bukan Standard. Klasifikasi ini di buat bagi menjamin serta memperbaiki mutu perkhidmatan penghantaran. Mengklasifikasi semua produk mel kepada Surat Standard dan Surat Bukan Standard adalah satu usaha yang perlu ke arah keberkesanan dan penghantaran yang segera pada masa-masa akan datang. Pemprosesan surat standard lebih cepat dan dapat menjimatkan masa dengan kemampuan mesin membaca maklumat dengan segera.
 
Berikut adalah ciri-ciri Surat Standard:
 
Berat : 50gm atau kurang
Saiz : Minima: 90mm x 140mm, Maksima: 165mm x 250mm
Ketebalan : Minima: 0.25mm, Maksima : 6.00mm
Sampul  Warna : Kertas yang tidak berkilat atau tidak berminyak. Kertas mestilah berwarna lembut seperti putih dan cerah (light colour). Sampul surat mestilah dilekatkan atau digamkan (sealed envelope).
Ruang Kelegaan : Zon 15mm pada sebelah bawah sampul mestilah dibiarkan kosong
 
 
Manakala ciri-ciri Surat Bukan Standard adalah seperti berikut :
  • Mel yang mengandungi objek seperti cakera padat dan kaset
  • Mel yang mempunyai bentuk yang tidak menentu
  • Mel yang mengunakan plastik, pembalut-poly dan helaian sampul surat
  • Mel yang melebihi ketebalan 6mm
  • Kad yang dilipat dua
  • Mel yang dikemaskan menggunakan stapler mahupun klip kertas
  • Mel yang menggunakan sampul surat yang berwarna gelap, berkilau atau berminyak
  • Sampul surat yang tidak mempunyai ruang kosong sekurang-kurangnya 15mm dari dasar sampul surat
  • Sampul surat yang tidak mengikut spesifikasi surat-surat standard
 
Sekiranya kad jemputan perkahwinan cik/puan menepati ciri-ciri surat standard seperti di atas, kadar caj pengeposan kad tersebut adalah RM 0.60 untuk berat sehingga 20gm dan RM 0.70 untuk berat yang melebihi 20gm sehingga 50gm. Sekiranya berat kad tersebut melebihi 20gm, maka kad tersebut jatuh pada kategori surat bukan standard. Sekiranya jumlah setem kurang daripada yang sepatutnya mengikut berat, kad tersebut akan dikenakan denda yang mana penerima perlu menuntut di pejabat pos/serahan yang berdekatan dan membayar sejumlah denda yang tidak mencukupi setem tersebut. Sekiranya kad tersebut tidak dituntut atau idak dapat diserahkan kepada penerima, kad tersebut akan disimpan di Pejabat Surat Mati (DLO-Death Letter Office) untuk dilupuskan.
 
Tarif bagi mel standard dan mel bukan standard adalah seperti berikut:
 
KATEGORI
BERAT
TARIF (RM)
Mel Standard
Sehingga 20gm
0.60
Lebih 20gm – 50gm
0.70
Mel Bukan Standard
Sehingga 50gm
0.80
Melebihi 50gm - 100gm
0.90
Melebihi 100gm - 250gm
1.00
Melebihi 250gm - 500gm
2.00
Melebihi 500gm - 1000gm
3.50
Melebihi 1000gm - 2000gm
5.50
 
Walau bagaimanapun adalah dinasihatkan agar cik/puan mengunjungi pejabat pos yang berdekatan dengan membawa contoh kad jemputan perkahwinan beserta sampul untuk mengetahui dengan lebih tepat berat serta kadar caj pengeposan bagi kad tersebut.
 
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumbalas mengenai perkhidmatan Pos Malaysia Berhad, tuan boleh menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan kami di PosLine 1-300-300-300 dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8:30 pagi hingga 8:00 malam manakala pada hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang kecuali pada Cuti Umum dan Sabtu pertama setiap bulan atau emelkan kepada care@pos.com.my.
 
Sekian, terima kasih.
 
Yang benar,

    bagi pihak POS MALAYSIA BERHAD

 


Monaliza Abd Aziz

Jabatan Penjagaan Pelanggan


***********************************************


Nota : Kelakar betul ayat Fariza sekarang. Banyak berangan (Padan muka)

15 comments:

Miss Sunshine said...

baguslah fariza ni... siap email kat pos malaysia lagi... bagus2..

nurul izayani said...

wa..thnx 4 sharing dear..

anaztasias nora aira said...

good info dear :)

iedaurora said...

err now dah mahal la hu..hu... gud info dah lame tak pos surat ^_^

.:shura shushi:. said...

entry yg membantu..!!

e k i n ♥ y u s r i said...

hr tue ekin punye,setem 80sen
bawak kad tue g pejabat pos
die kate 80sen
huhuhu

Nurul Husna Abidin said...

saya pos kad kawen guna setem 50 sen je ke ipoh..Alhamdulillah sampai... hehehe...setem jgn mahal2 sgt pun xpe..

Fariza said...

Miss Sunshine :
he3. terima kasih. harus tanya tok pengetahuan. he3.

nurul izayani :
welcome :)

anaztasias nora aira :
:)

iedaurora :
mmg dh mahal. kan2, ingta nk jimat je. hu3

.:shura shushi:. :
:) terima kasih.

e k i n ♥ y u s r i :
rasanya fariza punya pun 80 sen. huarghhhhhh

Nurul Husna Abidin :
murahnya. tp kena tanya mrk, tkt x bleh pos, rugi je. huhuhu

LisaLisut said...

cool gila u! (smbil kenang abis duit beli setem tp takpa sbb hasil kad yg lawa puas hati hahaha)

Fariza said...

LisaLisut :
he3. kenang duit keluar masuk. miahahahah :p

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

mahal pos skrg..tp ade jgk maera dpt kad kawen dia guna 30sen aje..

Amy Syaquena said...

Info yang bagus nie , terima kasih atas perkongsian...

cik lin butterfLYNN~~ said...

detail n pjg sungguh emel jawapan pos laju,hehe ;)
nmpknye laju jugak lah duit kuar beli setem pulak pasni,hu3

Adawiyah A.Halim said...

aah...i pun pos kad kawen 50sen je...hehehehe...tp bgs la u tanya..hehehe

Fariza said...

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid :
murahnya maera punya. bestlah. :) skrg naik.

Amy Syaquena :
sama2 :) blog anda menarik. suka :)

cik lin butterfLYNN~~ :
good job untuk pos malaysia. ehehehe. kan2, kena kuarkan duit lg. :(

Adawiyah A.Halim :
wow. bestnya 50 sen. tp fariza bercorak. :(

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS