Update : Beberapa hari sebelum bergelar Isteri :)

Wednesday, November 30, 2011

Assalamualaikum.



1) Minta maaf, Fariza sudah kurang aktif di blog kerana tarikh perkahwinan semakin hampir.
Sebenarnya banyak mahu update (eceh) tetapi tidak berkesempatan T_T. Sibuk.

2) Tinggal beberapa lagi hari sahaja untuk bergelar seorang isteri ^_^ (suka :))

3) Alhamdulillah, sudah dapat tarikh 'appointment' dari doktor. Lega dan senang untuk aktiviti mengembara bersama suami (Horayyy)

4) Kepada semua bakal pengantin, semoga maju jaya dan anda memang buat yang terbaik dan tercantik :)

5) Jemput hadir di majlis perkahwinan Fariza nanti jika kelapangan pada minggu hadapan.

6) Fariza berharap agar semuanya berjalan dengan lancar. Amin

7) Kurang sihat, mungkin banyak fikir pasal ........ (Pengsan) hahahahahahaha

8) Kena pekakkan telinga dengar yang mencamar hati :) Mulut manusia yang begitu longgar. Haishhh

9) Saya perlukan rehat yang panjang. T_T

10) Doakan saya buat yang terbaik biarkan majlis sederhana sahaja :))))

11) Abang Fariza sudah selamat diijabkabulkan, sekarang giliran saya. Cuak cuak cuak. :p




Rembulan di langit hatiku
Menyalalah engkau selalu
Temani kemana meski kupergi
Mencari tempat kita tuju

Kan ku jaga nyalamu selalu
Pelita perjalananku
Kan ku jaga nyalamu selalu
Rembulan di langit hatiku

Rembulan di langit hatiku
Teguhlah engkau pandu aku
Ingatkanlahku bila tersalah
Menempuh tempat kita tuju

Doakanlahku di shalat malammu
Pelita perjalananku
Doakanlahku di shalat malammu
Rembulan di langit hatiku

28 Hari Lagi

Friday, November 11, 2011

Assalamualaikum.



Fariza harap semuanya sihat. 
Segala persiapan untuk bakal pengantin lain, semoga dipermudahkan.
Ada lagi persiapan yang belum siap T_T
2 minggu lagi akad nikah Abang Fariza. '' Nervous katanya. hahahaha ''

Masa berlalu begitu pantas dan kesibukkan melanda.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk bergelar seorang isteri dan akan memasuki ''Welcome To The Real Life''

Selamat pengantin baru dan semoga dirahmati Allah kepada bakal pengantin semua :)

Rainbow Cake :) Yummy

Thursday, November 10, 2011

Assalamualaikum.

Siapa suka 'rainbow cake'?
Ianya sungguh comel kan?
Fariza suka warna warni kerana warnanya ceria :)

InsyaAllah ia akan menjadi kek untuk majlis perkahwinan kami nanti :)

Ini adalah contoh dan sumber 'Google'.
Esok 11.11.11, cantik tarikh itu.

Mari cuci mata di bawah :)






Comel !!!!

Saya Mencari Kerusi Cleopatra

Tuesday, November 1, 2011

Assalamualaikum.

Fariza mahu minta bantuan anda semua.
Di mana mahu sewa kerusi cleopatra dengan harga yang berpatutan?
Di sekitar Lembah Klang dan tiada caj penghantaran. ehehehe.

Adakala asyik terfikirkan, berkira sangat dalam buat kerja.
Lebihkan wang daripada kualiti. *sigh.
Jika kaya dan ternama, pasti tiada macam ini kan. 'Double standard'???

* Mengapalah setengah vendor suka buat kerja 'last minute'? Terpaksa tukar dan tukar. T_T









Terima kasih.

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS