Rafhanah's Year End Giveaway !

Friday, December 30, 2011

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, badan ini baru lepas sembuh dari sakit.
Mari join 1 'giveaway' di bawah ini.
Semoga berjaya :) hik3


HB Comel Untuk Dijual

Thursday, December 29, 2011

Assalamualaikum.

Credit : Hunny Kitty


HB ini memang cantik dan comel :)
Kedua-duanya digunakan untuk nikah dan resepsi.


Credit : Intan Norazam 

1) HB campuran merah dan merah jambu
- Jenis kain yang digunakan adalah felt dan ada polka dot.
- Butang yang comel
- Saiz M
SOLD

2) HB campuran hijau, turqouise, peach, soft mustard
- Jenis kain yang digunakan adalah fabrik.
- Butang yang comel
- Saiz M
SOLD

Jadi, Fariza mahu menjual HB ini jika ada yang berminat.
Jika ada berminat, boleh email - untuk maklumat lanjut.

Jus Delima untuk Kesihatan

Friday, December 23, 2011



Harga : RM 23 (250 ml)
Produk ini dari Turki dan Halal

Mengapa kita perlu minum Jus Delima?
Jus Delima Asli dari Turki (Tanpa pengawet, pewarna dan gula)


Firman Allah SWT dalam surah Ar Rahman ayat 66-68
Di dalam kedua syurga itu terdapat mata air yg memancar keras terus menerus.
Maka tanda-tanda kekuasaan Tuhan kalian yg mana lagi yang akan kalian dustakan?
Di dalam keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.


Sabda Nabi Muhammad SAW, maksudnya:
Buah delima adalah penghulu buah-buahan. Sesiapa yg makan buah delima maka syaitan menjadi marah selama empat puluh hari kerana jika syaitan makan buah delima, maka dia tidak diikuti oleh seorang pun.


Kebaikan minum Jus Delima
  • Jus delima telah disebut beberapa kali di dalam al-Quran dan makanan sunah nabi
  • Membantu menghalang perkembangan sel kanser kerana anti-oksidanya yang tinggi
InsyaAllah jika diambil berterusam dapat mengelakkan dari kanser-kanser yang biasa dialami oleh kaum wanita
  • Membantu membakar lemak dan mengurangkan berat badan
  • Membantu mencantikkan kulit dan awet muda
  • Menegangkan payudara dan dapat membentuk perut dan punggung yg lebih kemas
  • Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulihkan keletihan
  • Mencuci darah kotor, mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam
  • Adakah anda hamil? Jus delima dapat mencantikkan kulit bayi di samping dapat membantu tumbesaran janin dan perkembangan otak bayi anda
  • Membantu mengurangkan paras gula dalam darah
  • Membantu menstabilkan paras kolestrol dalam darah
  • Membantu merendah dan menstabilkan tekanan darah
  • Membantu kurangkan masalah darah tinggi dan kencing manis diambil berterusan
  • Membantu mengimbangi hormon wanita dan melancarkan kitaran haid
  • Membantu membaik fungsi hati dan limpa
  • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
  • Membantu menstabilkan hormon wanita yg monopous
  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
  • Mambantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
  • Mebantu menguatkan sistem pencernaan dan usus
  • Membantu mengurangkan pembentukan lemak dinding pembuluh darah dan melancarkan pengaliran darah serta mengurangkan kolestrol
  • Menambah tenaga suami isteri
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan pelajar
Banyak lagi khasiatnya jika diambil secara berterusan. InsyaAllah dengan keizinanNya


Cara penjagaan kesihatan:
1) 2x sehari = 1 sudu besar campur dengan setengah gelas air.
Menguruskan badan, mengurangkan kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi, mencantikkan kulit, menghilangkan eczema. 

2) 2x sehari = 2 sudu besar campur dengan satu gelas air. Harus diambil selepas makan serta selawat sebanyak 3x sebelum minum dan InsyaAllah dipermudahkan segala urusan anda. Amin.

3) Diambil selepas sarapan pagi dan selepas makan tengahri atau selepas waktu makan malam.

4) Lebih baik diambil secara berterusan.

Tahniah Adik :)

Thursday, December 22, 2011

Assalamualaikum.


Alhamdulillah.

Tahniah kepada adik Fariza yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
Maaf, tiada gambar dia :(

Kepada calon PMR yang lain, jika anda dapat keputusan yang baik atau kurang memuaskan, tahniah diucapkan :)
Buat yang terbaik untuk masa hadapan agar kehidupan anda cerah dan tidak lupa juga tambah ilmu agama di dada.

Semalam, 'remind' kat adik, ''esok jangan lupa tau call kakak apabila sudah dapat result ok''.

Kena belanjalah macam ni :)

Ya. Fariza tahu, dia memang boleh skor dalam PMR. Bolehlah masuk asrama .... yang diidam-idamkan selama ini. InsyaAllah

Tahniah Syafiqa :p

I'm proud of you.

Hug and kisses

Rindu akan mereka :(

Thursday, December 15, 2011

Assalamualaikum.






Setelah beberapa hari selepas perkahwinan, tinggal di rumah sendiri bersama hubby tersayang :)
Perasaan rindu pada keluarga memang ada :)
Adakalanya sebak apabila teringakat kenangan lalu. ehehehe

Diceritakan semula

Cerita 1

Fariza selalu sampai LRT pada pukul 7.++ malam. Jadi, tunggu bas lama :(, dan minta ayah jemput selepas solat Maghrib.

Ayah : Eh, sudah pukul 7 lebih, mahu ambil kakak atau tidak?
Mama : Faizal (Hubby) kan sudah ambil kakak balik kerja.
Ayah : Xpelah. Ayah call kakak.

Ayah : Assalamualaikum. Kakak, di mana sekarang? Mahu Ayah ambil tak?
Kakak : Waalaikumusalam. Ada, kakak dalam train, nanti Ayah jemput di tempat biasa tau. (Keduan-duanya gelak.)
Xpelah ayah, Faizal (Hubby) sudah jemput kakak. hik3.


Cerita 2

Adik Fariza, Haniif, call untuk tanya khabar. Dia sudah pandai call sana sini. T_T. Nasiblah. hahahaha

Hannif : Assalamualaikum, Angah. Kat mana? Kenapa tak balik rumah? Angah pergi mana? Nanti Angah balik KL, Angah datang rumah tau.
Kakak : (Tanya soalan bertubi-tubi dan sudah dijawab.) hahaha. Haniif rindu Angah ke?
Haniif : Yelah. Haniif rindu Angah........ Angah lama sangat tak balik.


Hubungan kekeluargaan takkan terputus. Sedekahkan doa untuk mereka ;)







* Menulis entri ini pun membuatkan saya menangis :(

* Majlis bertandang 18/12/2011 hari Ahad di Jalan Mewah 3, Taman Tanjung Mewah, Ulu Kinta, Ipoh, Perak.
Tema merah dan putih. Dijemput hadir bagi sesiapa yang kelapangan :)



Alhamdulillah, Sudah Bergelar Isteri :D

Wednesday, December 14, 2011

Assalamualaikum dan Selamat Pagi :)

Apa khabar anda semua? he3. Fariza harap semuanya sihat sejahtera. Amin.

Alhamdulillah, Fariza sudah bergelar seorang isteri pada 09/12/2011 dengan lafaz sekali sahaja. Amin :)
Gambar nanti Fariza upload. ha3.
Terima kasih yang sudi hadir pada majlis kami tempoh hari.

Seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan tanggungjawab harus
Biarlah hati ini terus tabah dan sabar dalam mengharungi segala ujian yang diberikan.

* Majlis bertandang akan diadakan di Ipoh, Perak minggu ini.
* Nanti-nantilah update lagi. hik3

Review : Make Up dan Tempat Persalinan - V Hotel

Tuesday, December 13, 2011

Assalamualaikum.



Alhamdulillah :)
Majlis kami 2 pasangan pengantin telah pun selesai :) Amin
Terima kasih kepada anda semua yang hadir dan tidak dapat hadir semasa majlis diadakan.
Tidak lupa juga kepada semua kakitangan yang sedia membantu dari awal hingga akhir majlis :)

Make up dan persalinan Fariza di V Hotel, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
V-Hotel ditubuhkan pada tahun 2011. Baru lagi kan. hik3.
Fariza selesa dengan perkhidmatan dan servis mereka :)
Pekerja kebanyakan berbangsa Melayu.

Anda boleh melayari laman sesawang untuk maklumat lanjut atau terus hubungi mereka.



1 malam hanya RM 98 dan bilik anda boleh lihat dahulu.
Fariza suka bilik yang ada cermin/tingkap supaya diri tidak berasa lemas. hahaha
Fariza menempah 2 bilik yang berlainan untuk nikah dan majlis resepsi untuk keselesaan.

Gambar dari OP belum terimalah. Baru beberapa hari berkahwin. hahahaha



Hubungi V Hotel seperti di bawah :

V HOTEL SDN BHD (874376-A)
No. 3 Jalan 8/146, Metro Centre, 
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur,
MALAYSIA.

Telefon : +603 9057 6855 
Fax :  +603 9057 6860
Email : info@vhotel.com.my
Facebook : V Hotel

atau 


Wordless Wednesday

Teaser DIY : Gantung dan Tampal

Tuesday, December 6, 2011

Assalamualaikum

Abaikan cadar kurang menarik itu. :p

Gantung dan tampal gambar begitu mudah.
Saya buat deco yang ringkas sahaja. :)

Sayangi keluarga. 
Nanti akan datang kami akan menguruskan keluarga sendiri pula. 
Boleh buat tatapan apabila rindu sambil mengalirkan air mata T_T

Selamat tinggal.

Hand Bouquet Comel :)

Monday, December 5, 2011

Assalamualaikum.


Beberapa bulan yang lepas, Fariza telah membuat tempahan 'hand bouquet' dengan Intan Norazam.
Ianya begitu comel kan? Suka !!!
Jadi, Fariza tempah 2 'hand bouquet' dari Intan Norazam yang sememangnya begitu kreatif :)
Bagi yang berkenan, bolehlah tempah dengan Intan Norazam selagi tempahan dibuka. hehehehe

Tinggal lagi 4 hari. Macam tidak percaya tetapi harus sedar. hahahaha
Tidak sabar mahu memegang 'hand bouquet' untuk majlis nanti.

Alhamdulillah. Borang nikah telah diserahkan :)
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS