Review : Thistle Resort & Spa

Wednesday, March 28, 2012

Salam.
Tempat : Thistle Resort & Spa, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tempoh : 2 hari 1 malam.
Perkhidmatan Pengangkutan : Bas 
Aktiviti : Aktiviti luar - Team Buliding
Bilik : Dua buah katil dan dapat permandangan hijau. :))

Alhamdulillah, ianya begitu menyeronokkan :))
Pulang haruslah hitam dan badan sakit. ha3.
Maaf di entri ini gambar kurang (banyak aktiviti) namun memori yang amat bermakna. Hik3


Hari pertama :
Bertolak pada lebih kurang jam 5:40 pagi ke Cyberjaya dengan mata mengantuk :((
Fariza satu bilik dengan gadis cantik manis ini Amoi Heaxa. he3. 
Sebelum tiba di Thistle Resort & Spa tugasan pertama telah dijalankan. Baik punya tempat, berhenti di depan kubur Islam. Hik3.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan :)

Hari kedua :
Bangun awal pagi untuk bersenam. Ha3
Seterusnya ada acara peluru beracun (tepung). Acara ini begitu menghiburkan dan aksi masing-masing memang kelakar.
Selepas itu, ada 'presentation' di bilik mesyuarat dan seterusnya kami semua menjamu selera di Cowboy Ayam Panggang.
Sedap tau makan di sini dan servis pun cepat :))
Alhamdulillah sampai di Cyberjaya dengan selamat.

Walaupun berlainan kumpulan, masing-masing memberikan kerjasama yang menggalakkan :))
InsyaAllah akan bersama lagi untuk  'trip' akan datang. ha3

Pada hari Ahad yang lepas, Fariza dan beberapa ahli keluarga menonton SeeFood di Mid Valley.
Cerita itu begitu menghiburkan. Tahniah kepada anak tempatan kerana berjaya menghasilkan cerita tersebut.

Mari layan gambar di bawah.


Berhenti seketika dan menikmati sarapan pagi di R&R.
(Lupa di mana. Ha3)

Selamat tiba di destinasi untuk tugasan pertama sebelum tiba di Thistle Resort & Spa.


Sudah sampai !! :)

1 katil Fariza dan 1 untuk Amoi Heaxa.

Permandangan bilik kami :)

Cantik manis Amoi Heaxa

:))

:)) Seksi. Auwwww.

Pipi Fariza gemuk T_T

Hik3

Buai laju-laju.........

:))

Kaum lelaki bermain bola tampar :)) Kelakar tau.

Intai-intai
(Cari bola. Ha3)

:))

Cantiknya. Subhanallah.

Suka gambar ini :))

:))

Makan. Sedap. (Semua nak sedap)

Pool :))

:))

Amoi Heaxa dan Fit (Suami El-Zahraa)

Gambar comot. Fariza selalu xda :(

Xcellent.
(Kacau Fariza tangkap gambar. ha3. No no no)

:))

Cowboy Place. Ayam Panggang sedap tau :)
Lupa mahu ambil gambar. Lapar ha3.

Selamat tinggal Thistle Port Dickson :)

Famous Rainbow Cupcakes

Monday, March 26, 2012

Salam.

Belian : Street Deal 
Harga Promosi : RM 12 dari RM 24
Pick Up Point : Tesco Ampang
Hubungi : Tina - tina.mydomesticbliss@gmail.com / 012 340 1108
Blog : My Domestic Bliss 

Famous Rainbow Cupcakes begitu comel kan dengan warna yang meriah. he3. 
Alhamdulillah, cupcakes ini memang sedap. Yummy !!!


 
Bungkusan comel.

Tadaa !!!

Nampak kan warna-warni cupcakes itu.

Setelah dibuka dan terus ngappp. Sedap !!!

Promosi lepas :D

Wordless Wednesday

Wednesday, March 21, 2012

Salam.

^_^


I Love Allah.
I Love You, Hubby.
I Love My Family.

I Love You, Friends.

Wordless Wednesday

Wednesday, March 14, 2012

Salam.

Minggu ini. :)
InsyaAllah semuanya dalam keadaan baik dan berjalan dengan lancar.
Amin.

Kredit : Google 

Kredit : Google 

Reviewed : Bulan Madu di Kuching, Sarawak.

Monday, March 5, 2012

Salam.
Alhamdulillah :) Hooray !!
Semuanya berjalan dengan lancar :)
Sebelum ini pun Fariza ada pergi ke Kuching bersama keluarga beberapa tahun lepas. ha3.

Hari ini, Fariza 'review' ringkas tempat berbulan madu yang pertama iaitu di Kuching, Sarawak.
Lambat kan? Tetapi tidak mengapa, itu tidak menjadi masalah buat kami. :)
Lebih jimat jika anda menempah tiket sewaktu Air Asia buat promosi, lagi-lagi RM 0 itu.

Minta maaf, Fariza ada campur Bahasa Melayu dan Inggeris @_@

Info :
Perkhidmatan : Air Asia (Now Everyone Can Fly)
Maklumat : Promosi  Air Asia  / RM 55.40 (Termasuk sekali bagasi). Masa balik terpaksa keluar wang lebih :(

Penginapan : Tune Hotel (4 hari) dan Kampung Nenek (1 hari)
Tempoh Penginapan : 5 Hari 4 Malam 
Promosi penginapan : Tune Hotel (Be The Dragon)

Maklumat  Lain :
1) Sewa kereta : Joya Nasim Sdn Bhd, Encik Syed - 019 861 1912 (Harga boleh dirunding :) - sms sahaja) Minta tawar lagi ok.

Tempat menarik :
Kuching Waterfront, Damai Santubong Resort (Kampung Budaya Sarawak), Pasar Satok (Ikan Terubok Masin), Pasar Serikin, India Street, Sungai Sarawak, Kek Lapis Dayang Salhah, Crocodile Farm, Semmenggoh Orang Utan Sanctuary, Rumah Panjang Bidayuh, Taman Negara Bako, Kilang Pasu, Muzium Kuching, Fairy Cave, Wind Cave, Taman Negara Gunung Gading, Astana (Palace), Clock Tower, City Mosque, Chinese Templer, Charles Brooke Monument, Colonial Court House, Damai Beach dan lain-lain.

Makanan  terkenal : 
Kek Lapis Sarawak, Laksa Sarawak, Mee Kolok, Umai, Tabaloi, Ayam Penyet, Mee Jawa, Satay, Lada Hitam Sarawak, Gula-gula lada, Kuih Jala Sarawak, Beras Bario dan pelbagai lagi.

Cenderahati :
Pelbagai jenis :) dan macam biasa ye. he3.

Disini saya ceritakan :

Ahli keluarga Fariza hantar sehingga ke Low Cost Carrier Terminal (LCCT) dan tiba pada jam lebih kurang 10:++ pagi

Alhamdulillah, selamat tiba di Kuching International Airport (KIA) lebih kurang jam 13:30 petang.


Check in di Tune Hotel dan berehat sebentar :)


Adanya penyewaan kereta memudahkan kami pergi ke mana jua. hehehe. Kami berdua telah 'survey' jalan dan tempat yang harus dilawati untuk memudahkan destinasi seterusnya.


Cruise !!!
Tune Hotel berada di tengah-tengah bandar Kuching dan hampir dengan Kuching Waterfront. Seterusnya, kami berjalan di Kuching Waterfront pada waktu malam dengan berjalan kaki sahaja :)



Makan di Warung Nusantara (Depan Pullman Hills). Harga sama seperti di Kuala Lumpur. 
1 pinggan boleh 2 orang makan tau. hu3. Lebih baik anda kongsi dengan pasangan. 


Kami makan di Satay Ceko. Satay ini sedap dan yang pastinya tiada kulit.
Jika tidak silap 50 sen untuk selidi. Gambar baik punya kabur. ha3



Kapal yang sedang dibaiki. (Dari dulu ada je). Berhampiran dengan Masjid Bandaraya Kuching.


Info Masjid Bandaraya Kuching


Inilah Masjid Bandaraya Kuching :)) Kiri dan kanan kubur.






Muzium Sejarah Semulajadi. Di sini terdapat pelbagai jenis batang pokok yang berjuta dan million tahun yang mana telah menjadi keras seperti batu. Macam-macam bentuk tau.
Semasa kami tiba, kami berdua je masuk, jadi, ia sunyi. huhuhuhu. Mana tidaknya, kami melawat pada hari biasa.




Akuarium Bandaraya !!! 
Ada pelbagai jenis ikan, labi-labi, replika buaya kecil dan juga gambar di bawah ini :). Tokoh di Sarawak.




Kat tepi itu ada pokok macam sakura, Fariza suka sangat bergambar di situ. hehehe.
Maaf, gambar tiada :p
Ada muzium lain, terlupa ambil gambar dan dilarang menangkap gambar.




Kami makan di SCR, SCR banyak cawangan dan ia mudah didapati.
Makanan bolehlah. Nasi ayam RM 4.90.


Seronok naik sampan tau !!! 50 sen untuk 1 destinasi :). Boleh pegang air. (Air kurang memuaskan)
Fariza masih ingat lagi, pak cik ini masih bekerja sampai sekarang.


Gambar : Google.
Semasa dalam perjalanan ke sana, bateri kamera habis. T_T
Bagi penggemar Kek Lapis Dayang Salhah, anda boleh beli di sini :). Ada juga brand lain, pilihan di tangan anda.


Tiket masuk RM 3 (Dewasa).
Apabila anda masuk ke dalam sana, terdapat pelbagai taman. Cantik !!!
Kawasan hutan, lebih seronok jika pergi dalam berkumpulan :))

Hai replika orang utan !!!




Orang Utan :))
Jumlah yang dapat dilihat pada ketika itu 5 ekor. Setiap Orang Utan ada nama, comel sangat :)


Pandangan ke bawah dari Dewan Bandaraya Kuching Utama (DBKU)


Pintu utama dan masuk percuma.


Muzium Kuching yang sangat menarik di dalamnya :))


Rumah Tradisional depan DBKU :)

Gambar : Google
Pasar Satok (Ikan Terubuk Masin) :) Yummy

Seronok sampai gelap. ha3


Hubby lakar :)). Terima kasih ^.^


Damai Central. :) Cantik.


Kampunga Budaya.
Dewasa RM 60 manakala kanak-kanak RM 30.


Perumahan Polis yang kami tinggal dahulu.
Rindu !!!
Blok kami dahulu. Sekarang sudah makin cantik. :)
Dahulu kiri dan kanan hutan. Ada..... he3


Jong's Crocodile Farm & Zoo
Bayaran masuk RM 16 Semenanjung Malaysia dan untuk penduduk Sarawak RM 10.
Disini terdapat pelbagai saiz buaya. Boleh tahan luas tau.
Kiri dan kanan boyak !! Sekali ia kibas ekor, larikkkk.


Rumah nenek comel di Siburan :))

Saja :p


Meow putih !!!
Rindu dari kecil sampai sekarang. Relika kucing ini terdapat di Jalan Padungan.
Kena melintas ye dan parking disediakan.


Taman Negara Kubah Ria :)
Jalan-jalan di hutan sedikit.
Jika ada yang mahu menginap di sana, amat berpatutan dengan suasananya yang amat tenang. Jauh dari bunyi kenderaan.


Pak cik sampan !!!


Waterfront pada waktu siang.


Makan nasi pattaya dan mee kolok di Tumis :)
Sederet dengan Tune Holten dan berhadapan dengan Hilton Hotel.
Sedap :)

Hari terakhir dan ulangtahun kelahiran *_* : 






Alhamdulillah :)


*** Bangun awal untuk elak kesesakan lalulintas (hari bekerja).
*** Selamat tiba di Kuching International Airport (KIA) pada jam 07:50 pagi.
*** Pekerja Air Asia buat kecoh masa last security, jadi, kami tergesa-gesa, teruk !!!! Kami berlari-lari tau (macam filem Korea itu ha3) dengan perut kosong :(. Mohon pada Allah supaya semuanya lancar dan Alhamdulillah selamat sempat beratur mahu naik ke kapal terbang, jika tidak, tidak tahu apa akan jadi, meraung !!!!
*** Kami jadikan ini sebagai pengajaran akan datang :) Apabila fikir semula, memang geram dan kelakar (sebab terkejar-kejar). Nasib baik polis tak pandang semacam. arghhhhh. 
*** Selamat sampai ke Kuala Lumpur pada jam 11: 15 pagi.
*** Penat tetapi penuh bermakna :))

*** Selamat Ulangtahun Kelahiran, Hubby. Semoga dirahmati Allah dan dikayakan rezeki. Amin :)


Tips Keselamatan (Berdasarkan pengalaman dan nasihat orang lain) :

*** Belajar serba sedikit bahasa Sarawak.
*** Parking kupon untuk meletakkan kenderaan anda. Sila beli siap-siap ye.
*** Jika mahu bertanya sesuatu tempat atau apa-apa, disarankan bertanya kepada pihak polis atau orang yang boleh dipercayai.
*** Ada setengah daripada mereka menaikkan harga untuk pelancong Semenanjung. Jadi, anda harus berhati-hati ya ketika membeli. Jika boleh minta tawar lagi.
*** Mereka memang boleh cam muka kita samada orang Semenanjung/Sabah/ Sarawak (walapun dalam negeri yang sama).
*** Sebelum pukul 11 malam anda harus berada di tempat penginapan anda (Takut ada berlaku jenayah). Ada RELA / Polis akan ronda pada waktu itu. Selepas pukul 6 petang, memang sunyi tau.
*** Harus berwaspada jika anda membawa bag tangan :) lagi-lagi perempuan.
*** Jika mahu beli cenderahati, lebih baik beli pada waktu siang (sebelum 6 petang), ramai orang dan jika beli waktu malam (selepas 6 petang), beberapa kedai sahaja buka tetapi ada di hadapan kedai (kedai tutup) jual minyak s*x / gambir , berhati-hati dengan pandangan mereka dan jarang orang lalu. Scary tau... Takut berlaku kes jenayah.
*** Berhati-hati jika ada yang menyapa anda dalam percakapan Semenanjung atau Sarawak ya. Contohnya : Hai, macam kenal lah you ini, orang Semenanjung ke? Elakkan daripada anda terkena jerat mereka (ada setengah kena rompak / bapa ayam / dan lain-lain)
*** Bagi yang beragaman Islam, sentiasa baca surah agar diri kita dilindungi. InsyaAllah.


Semoga kita bertemu lagi di entri seterusnya.
Tidak sabar untuk berbulan madu dan mengembara di luar negara pula ^_^ 

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS