Kehamilan : Setelah 4 Bulan

Monday, July 30, 2012



Access Memory of Hafizzi Aziz


Salam.

Apa khabar anda semua?
Harap agar semuanya berjalan dengan lancar :)
Di entri ini, Fariza akan meringkaskan sedikit pengalaman pemeriksaan yang pertama.

Hospital yang saya pilih adalah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Oleh sebab Hubby bekerja di sana, jadi lebih baik buat pemeriksaan di situ.
InsyaAllah semuanya baik-baik, kita tidak boleh harapkan 100 % kesempurnaan walaupun di hospital kerajaan mahupun swasta.
Masing-masing mempunyai pengalaman dan hak untuk memilih hospital berlainan kan. 
Setiap manusia, lain rezekinya, doakan yang terbaik dan tawakal kepada Allah s.w.t. jika sesuatu baik atau buruk yang terjadi.

Pemeriksaan Kali Pertama :

- Berjumpa dengan Doktor pada awal bulan Julai di Klinik Ibu Mengandung :)
- Setakat ini, Doktor, jururawat dan kerani di sana baik dan sedia membantu anda.Kita kan manusia yang kurang sempurnyanya :))
- Buat pemeriksaan air kencing, tekanan darah, minum air gula (T_T), kelas 1 jam penyususan ibu, ambil darah dan akhir sekali berjumpa dengan Doktor.
- ''Doktor, mari gelak-gelak lagi dengan saya.'' hahaha
- Alhamdulillah, keputusan pemeriksaan di atas begitu baik. InsyaAllah semuanya baik sehingga penghujung kehamilan.

Sekitar 4 Bulan :

- Alhamdulillah :)
- Rasa pergerakan bayi namun ianya tidak begitu kuat (Bergantung kepada bayi masing-masing ya)
- Selera makan dari dulu sehingga sekarang adalah seperti biasa.
- Muka naik jerawat (malu... :p) dan kulit sedikit mengelupas.
- Hari itu ada something spotting, Alhamdulillah tiada apa-apa. Harap ianya tidak berlaku lagi.Takut !!
- Perbanyakkan rehat.
- Berharap agar semuanya baik-baik kelak. Amin :(

Ok. Semoga kita bertemu lagi di entri pada masa akan datang.

p/s : Sudah masuk 5 bulan dan begitu cepat masa berlalu. Hari ini pemeriksaan di PPUM lagi. Bye...



Ramadan al-Mubarak

Friday, July 20, 2012

Salam.

Selamat berpuasa untuk mereka yang beragama Islam.
Semoga pada tahun ini kita menjadi lebih baik. Amin

Universal Gyro Bowl

Wednesday, July 18, 2012

Salam.

Rasanya anda pasti tahu mengenai 'Universal Gyro Bowl' kan.

Kali pertama melihat Gyro Bowl ini begitu menarik dan unik.
Anda boleh lihat gambar di bawah.
Fariza boleh simpan untuk kegunaan anak pada masa akan datang.
Ia memang berguna untuk anak kecil dan boleh ajar mereka makan dengan sendiri.












Gyro Bowl is the popular children's spill proof bowl that rotates 360 degrees, so food always stays in

Specifications:

Dimension: 17cm x 17cm x 7.5cm 
Weight: 145g 
Kid-Proof Gyro Bowl 
Inner Bowl Rotates 360 Degrees 
Virtually Indestructible 
Saves Time, No More Cleaning 
Can use it for Non-Food Items Too
BPA-Free Plastic 
Top Rack Dishwasher Safe 
Not Microwave Safe

Fariza ada extra, jadi sesiapa mahu beli, sila inform ye.

Warna : Seperti di atas sahaja
Ukuran : 17cm x 17cm x 7.5cm
Status : SOLD


Giveaway : Share Your Love With Cards

Monday, July 16, 2012

Salam.

Jika anda berkesempatan, sila sertai 'Giveaway : Share Your Love With Cards'.



Terma dan Syarat :



1. Anyone can join this giveaway.
2. "Follow" my blog
3. Just make a post about this giveaway at your blog /facebook /twitter.
4. Please leave the detail at the comment box:
- Your full name
- Your email address
- Your Posted Link

Hadiah Untuk Pemenang :

1. 20 pcs of 12" x 12" patterned paper
2. 30 pcs of 6" x 6" patterned paper
3. Various length of flower ribbons
4. Various length and size of ribbons (satin, grosgrain etc)
5. Die cut aplhabates
6. Paper embosser
7. sequins and beads
8. Contemporary Cardmaking book

Tarikh Tutup Penyertaan :

31 Julai 2012

Tarikh Pengumuman Pemenang :

Minggu pertama pada bulan Ogos 2012


Semoga berjaya kepada semua perserta yang telah menyertainya :)


Siapa Mahu Beli Palmers Cocoa Butter Formula : Lotion for Stretch Marks?

Tuesday, July 10, 2012


Salam.

Apa khabar para ibu sekalian :)

Fariza ini menjual semula Palmers Cocoa Butter Formula : Lotion for Stretch Marks.
Banyak review yang mengatakan bahawa menggunakan produk tersebut berkesan dengan baik (semua atas izin Allah) bagi ibu hamil.
Kali pertama pakai, memang selesa dan berkesan (atas izin Allah) tetapi lama-lama tidak serasi dengan kulit ini.
Jadi, setelah beberapa bulan memakai dengan gigih di perut, kulit Fariza tidak serasi dengan produk tersebut.

Apabila mengadukan persoalan ini kepada Hubby dan Doktor, mereka gelak dengan suka hati. hik3.
Oleh itu, Fariza terpaksa tukarkan dengan produk yang lain. InsyaAllah produk itu baik. :D

Sesiapa yang ingin beli, Fariza berikan harga yang lebih murah. (Betul..)
Banyak lagi kandungan produk itu pada Fariza dan dalam keadaan baik.
Sayang jika tidak digunakan lagi :(


Kod : Palmers Cocoa Butter Formula : Lotion for Stretch Marks
Harga Asal : RM 38.00
Harga Fariza Jual Semula : RM 25.00
Penghantaran : Pos RM 7 / Boleh berjumpa di sekitar Kuala Lumpur.





Sertai Kaji Selidik dan Dapatkan Baucar Secara Percuma

Monday, July 9, 2012

Salam.

Alhamdulillah, Fariza dapat baucar pertama dengan sertai uji selidik ini :)
Pendaftaran percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran langsung.
Jika ada masa lapang, anda juga boleh menyertainya.
Setiap uji selidik akan di emailkan kepada anda dan mempunyai markah penilaian. Jadi, sebaik sahaja menerima kaji selidik daripada mereka, anda harus dengan segera.
Penilaian markah bergantung pada jawapan yang anda pilih.
Markah itu adalah Epoin pada setiap uji selidik dan anda harus
Contohnya : Maksimun 2000 Epoin boleh ditukarkan dengan voucher itu dan ini.

Laman sesawang : AIP Online Surveys Malaysia
Baucar : Ada beberapa pilihan.

Kaji Selidik yang bakal anda terima.

Epoin boleh disemak pada bahagian atas.


Alhamdulillah, sudah dapat baucar yang pertama.
Teruskan usaha anda.



 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS