Bacaan : Anak

Thursday, November 29, 2012

Salam.

Ianya sekadar untuk pengetahuan untuk semua.


1. Anak
Soalan:
Saya sekarang mengandungkan anak kedua kami. Anak kami yang pertama baru berusia 6 bulan dan sekarang ini saya sedang mengandung dua bulan, anak kedua kami. Masalah saya ialah, adakah saya berdosa apabila menyatakan anak yang dikandung sekarang ini secara kebetulan sahaja dan tidak berniat untuk mengandung lagi. Maksud saya, saya tidak mahu anak lagi buat masa ini memandangkan anak kami kecil lagi. Tolonglah saya.
Hamba Allah
Jawapan:
Anak adalah salah satu rahmat dan nikmat yang Allah anugerahkan kepada setiap manusia, menolak nikmat yang Allah berikan kepada kita adalah berdosa kerana memungkiri fitrah yang telah Allah tetapkan. Allah SWT berfirman dalam surah Al Kahfi ayat 46 maksudnya: "Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan ini..." Maksud perhiasan dalam ayat ini adalah memberikan keindahan kalau dilihat, rasa kebanggaan bagi yang memilikinya serta memberikan penghargaan dan penghormatan bagi pemiliknya.
Sama ada kita berniat atau tidak berniat untuk mengandung, ia merupakan ketentuan Allah yang wajib kita syukuri kemudian berdoa agar kandungan kita sentiasa dalam keadaan sihat, dengan cara ini kita tergolong insan yang bersyukur dengan rahmatNya. Kerana manusia tidak mengetahui bahawa dalam sesuatu yang tidak ia sukai itu terkandung nilai dan manfaat yang banyak untuk dirinya. Janganlah mementingkan pekerjaan daripada sesuatu yang lebih besar iaitu rahmat Allah.
Banyakkan amalan ketika ini agar keresahan dan kesukaran dilapangkan Allah SWT. Bacalah doa mohon rahmat terkandung dalam surah Ali Imran, ayat 8-9. Doa untuk mendapat zuriat yang soleh, surah Ali Imran, ayat 38. Doa agar keturunan tetap mengerjakan solat, surah Ibrahim, ayat 40 dan 41 serta doa-doa lainnya. Hanya dengan mendekatkan diri kepadaNya segala kebimbangan dan keresahan hidup kita hilang.



2. Menamakan Anak
Soalan:
Jika kita namakan anak kita sempena nama kebesaran Allah dan ditambah pada permulaannya dengan nama MUHAMMAD, contohnya MUHAMMAD QUYYUM. Ada pendapat mengatakan tidak boleh sebab mesti didahului dengan ABDUL,  sila jelaskan. Terima Kasih, Wassalam.
Abdul Halim, PJ
Jawapan:
Orang tua hendaklah berhati-hati dalam memberikan nama-nama anak, agar tidak memasukkan kita ke dalam kemusyrikan kepada Allah SWT. Kita juga tidak boleh memberikan nama kepada diri dan anak-anak kita dengan nama-nama Allah seperti Ahad, Ash Shamad, Ar Razaq dan lain-lain. Jika ingin menggunakan nama-nama Allah sebagai nama kita, tambahlah kata Abdul (hamba) bukan Muhammad (insan mulia). Jika Qayyum (berkuasa) tambahlah Abdul Qayyum (hamba Allah yang Berkuasa) bukan Muhammad Qayyum (insan yang terpuji yang berkuasa).
Begitu juga kita tidak boleh memberi nama untuk anak-anak dengan nama-nama surat dalam Al Quran seperti Thaha dan Yasin. Menurut Imam Malik bahawa nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak-anak kita.



3. Makna Nama Anak
Soalan:
Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang beberapa nama-nama indah di dalam Islam. Saya ingin menamakan anak saya dengan nama `Luqman'. 
(i)   Apakah makna Luqman ?
(ii)  Apakah nama awalan yang terbaik untuk disambungkan kepada nama tersebut, seperti Muhammad, Abdul, Nur, Ahmad, Abu dan lain-lain jika ada?
Hadifah, KL
Jawapan:
i)Luqman maksudnya, bijaksana.
ii) Nama yang sesuai untuk disambungkan ; Muhammad ataupun Ahmad yang ertinya "Insan terpuji". Muhammad Luqman ertinya Insan terpuji yang bijaksana.

On This Day *_*

Tuesday, November 27, 2012

Selamat Ulangtahun Sayang.... ^_^ 
13 Muharam 1434 
Semoga hubungan kita berkekalan hingga ke akhirat kelak. Amin



Here we stand today
Like we always dreamed
Starting out our live together
Night is in your eyes
Love is in our hearts
I can't believe you really mine forever

I feel rehearse in for this moment in all my life
So don't act surprise
If the feelings start to carry me away

On this day
I promise forever
On this day
I surrendered my heart
Here I stand take my hand
And I will follow every word that I say
On this day

Not so long ago
This heart is just a fill of golden lonely space
Without you
Now everything's all right
Now everything's refill
And the story of my life
Is all about you

So if you feel the cold winds
Blowing through your nights
I will shelter you and forever
here that tears your fear away

Gambar selepas pertunangan :)

Gambar selepas akad nikah. 
Terima kasih kawan baik yang hadir.

Gambar di majlis resepsi.
Pengapit dua-dua tu pemalu... Adeh..

Gambar bersama keluarga.
Hoiii.. Yang lain lagi 2 orang adik hilang entah ke mana...

Ahaks.. Bergambar di luar :)

Gambar di majlis bertandang. Merah kauuu..



???
Gambar hilang

We're team !!! InsyaAllah :))
Pemberian terindah :)

Nota : Ok bye.. Hari ini checkup lagi. Doakan semuanya baik-baik :(

I’ll love you for a thousand more.. :)

Anak Buah (Saffiyah Ulfa)

Friday, November 23, 2012


Salam.

Siapa yang tak suka tengok gambar baby comel kan??
Geram sangat dengan baby comel.
Gambar di bawah adalah Saffiyah Ulfa (anak buah Fariza)
Hampir masuk 3 bulan :). Fully breastfeed ye.

Begitu tenang dan sejuk melihat gambar bayi masing-masing.

 

 Comel !!!!!
Geram sangat tau.
Rindu Ulfa :))

Ini masih lahir dulu. hikhikhik


Nota : Entri tiada kerja. hahaha. Ambil mood untuk bersalin nanti. hahahaha

Wow : 34 Minggu....

Thursday, November 8, 2012


Salam.

Kali pertama jadi seorang isteri dan bakal ibu, mestilah 'excited'.. Tetapi biarlah berkadar. Kelak, boleh dijadikan pengalaman untuk yang seterusnya kan. hahaha
Sekarang ini, kandungan telah memasuki 8 bulan dan juga boleh menghitung detik kelahiran si kecil ini. Hampir 34 minggu...
Pelbagai cerita yang Fariza dapat daripada mereka yang berpengalaman. Terima kasih :)
Alhamdulillah, setakat ini persiapan si kecil telah mencukupi. Disyorkan untuk para ibu untuk buat senarai keperluan, simpanan bulanan bayi, rajin membuat survey atau promosi yang ditawarkan dan mengunjungi blog ibu-ibu.

Macam biasa :
- Kelas Ante Natal telah kami hadiri.:D
- Kelengkapan Ummi dan baby telah siap dan hanya ada beberapa sahaja lagi yang diperlukan..
- Tidur malam terjaga :( buang air.... Pandai kejutkan untuk bangun pergi kerja. hahaha
- Adakala kaki cramp dan pertolongan Hubby amat diperlukan ketika ini. hik3.
- Waktu tidur sedikit terganggu.. Malam-malam kurang selesa di bahagian perut.
- Badan?? Banyak M.. (T_T)
- Dobi baju baby secara berperingkat. Alalalalala.. Comel sangat bila tengok barangan baby.. :)
- InsyaAllah dapat menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan jika tiada aral melintang. Sarat dah kan... :p
- Rekod pergerakan baby... Kadang-kala..... hik3
- Kena kemas pakaian untuk dibawa ke hospital kelak. :)) (Patut dah kemaslah....)

InsyaAllah semuanya dipermudahkan dan selamat. Semua atas izin Allah (kita nak semua yang terbaik kan...).

Ada Sesiapa Mahu Beli Peti Ais ? Haier

Monday, November 5, 2012


Salam.

Ada sesiapa berminat membeli peti ais seperti di bawah, sila maklumkan kepada saya.
Sila rujuk gambar di bawah.
Peti ais ini masih baru lagi dan dijaga rapi ye.

** Beli peti ais baru  sebab nak letak susu baby. lalalala.

Model : Haier One Door Refrigerator Model (HR-183S SL)

Warranty Card : Yes

Pick Up Location : Desa Petaling, Kuala Lumpur.
























Original Picture : http://ohmyfariza.blogspot.com

Features :
• Capacity : 173L
• Color : Silver
• Semi-Auto Defrost System
• All Round Evaporator System
• Top Table Design
• With Stand

Specifications :
Type : 1 Door
Capacity : 173Liter
Cooling : Direct Cool
Multi Air Booster : No
Deodorizer : Normal
Tempered Glass : No
Moving Roller : No
Electro Galvanized Steel Finishing : Yes
Handle Color : Chrome
Door Color: Silver
Chilled Room : Yes
Vegetable Bin : Yes
Net Dimensions (W×D×H) MM : 548x589x991
Net Weight (KG) : 33.5kg
Status : Not Available

Repost : Susu Ibu Percuma

Friday, November 2, 2012


Salam.

Ada sesiapa mahu susu di bawah ini?
Fariza dapat secara percuma dan untuk elakkan pembaziran, Fariza beri kepada sesiapa yang mahu.
Boleh jumpa untuk mengambil barang di bawah ini atau
dikenakan caj penghantaran untuk pengeposan.
Semuanya dalam keadaan baik dan belum dibuka.

Jenama : EnfaMama
Keterangan :
Maternal & Lacting Formula
Ada 1 paket
 Berat Bersih : 50 g
Perisa :Vanila
Tarikh luput : 13 September 2013
Status : NOT AVAILABLE
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS