Pengalaman Bersalin :D

Monday, December 31, 2012


Salam.
Apa khabar semua? InsyaAllah semuanya sihat walafiat.
Hari ini, Fariza cerita seringkas mungkin pengalaman bersalin :)
Boleh rujuk kalendar Disember 2012 di atas juga.

01/12/2012 (Sabtu)

* Awal pagi kami bertolak dari rumah menuju ke Monterez Golf & Country Club yang telah dianjurkan oleh Jabatan di tempat kerja suami.Main bowling.. hehehehe. I tak main lah.

* Selepas itu, kami terus menuju ke Mid Valley Megamall untuk melihat barangan bayi (tak cukup-cukup lagi ke? hahaha. Grab diapers Mamy Poko dan Lampein. Memang penat tetapi jalan perlahan-lahan.


04/12/2012 (Selasa)

* Checkup di PPUM seperti biasa dan tiada rasa sakit pun :)


05/12/2012 (Rabu)

* Bermula waktu pagi pada pukul 8 lebih, perut sudah memulas, pada fikiran Fariza, samada buang air besar ataupun kontraksi. Ianya berlaku selang 5 minit sekali dan hati pun kurang tenteram dan terus bertanya kepada mama dan 2 orang kawan sebelah. hehehe. Buang air besar pun sudah namun kekerapan kontraksi selang 5 minit tetap sama. Sebab 'KUAT SANGAT TAHAN SAKIT', Fariza bertahan sampai pukul 4 petang, padahal pinggang, punggung dan bahagian bawah perut sakit. Allah sahaja yang tahu.

* Tidak dapat bertahan, call Hubby suruh keluar sekejap dan bawa ke bahagian Wad Kecemasan di Tingkat 3. Masa itu, ada beberapa wanita sedang menunggu dan katil pula penuh jadi kena tunggu giliran.

* Masuk labour room, seorang 1 bilik, check CTG, kena interview oleh Housemanship / MO kot. Kalau sudah sakit, tak kuasa mahu tengok semua dan tangkap gambar. hahaha. Macam-macam procedure telah dibuat dan terus ditahan wad. Kena seluk dan bukaan baru 1 cm.

* Ya Allah... Sakitnya kontraksi.... (Memang suami sangat diperlukan ketika ini. Pegang tangan pun jadilah sebab menahan sakit.....)

* Kontraksi berjalan seperti biasa (T___T) dan tinggal di wad sorang-sorang. Bosan. 2 katil kosong dan 2 katil ada orang. Depan Fariza orang Cina. (Dah sakit-sakit, tak kuasa nak peramah. huhuhu). Tahan sakit sorang-sorang. Kuatkan diri dengan berdoa dan berzikir.

06/12/2012 (Khamis)

* Awal pagi, kontraksi semakin kuat dan kerap, berapa banyak entah asyik tekan butang kecemasan. hahaha. Nurse India itu mesti tension dengan Fariza. hik3. Sudah menjadi tanggungjawab anda untuk membantu pesakit.

* Pukul 3 pagi, tak tahan sakit, doktor seluk lagi namun bukaan tetap 1 cm dan beberapa minit kemudian, turun tanda darah. Nurse pun check CTG dan terus inform pada doktor.

* Terpaksa minta injection di punggung untuk kurangkan sakit, namun tak berhasil, walaupun mengantuk, kontraksi tetap sakit oiiii. Mahu ambil atau tidak terpulang pada individu. Fariza tak tahan sakit.

* Selepas Subuh, Nurse beritahu yang Fariza akan ke labour room (Jawab ya sahaja. hahaha). Alhamdulillah, masa itu Hubby datang awal. Thanks dear :))

* 7.30 pagi sudah berada di labour room, kena seluk lagi, arghhhh, bukaan sudah 7 cm. Doktor yang Fariza kenal ada :)) dan mengatakan progress sangat bagus sebab bukaan cepat dan kena tunggu lagi sehinggan bukaan 9 cm.

* Terseksalah.... Rasa lama dan kontraksi menggila (hahaha). Pukul 9.++ pagi, Fariza diberikan gas untuk menahan sakit. hik3. Kesian patient ni.... Sakit sakit sakit...

* 9.30 pagi di mana 3 doktor, 2 Housemanship / MO dan 1 nurse standby dalam labour room. Macam ramai pula kan? Ia adalah berkaitan dengan masalah kesihatan Fariza dahulu, takut apa-apa boleh berlaku :D. Lantaklah ramai tengok Fariza...

* Bermulalah proses bersalin, meneran, tarik nafas dan sebagainya. Anak sulung sukar sedikit kan dan sokongan daripada petugas semua begitu SEMANGAT. Terima kasih korang. Jika di PPUM, suami tidak dibenarkan masuk ke labour room ye. Berjuang !!!!! hehehehe

* 9.50 pagi, lahirlah umat Muhammad... Muhammad Rayyan Sufyan :)) Alhamdulillah.

* Bersalin mormal. Jahitan macam banyak je. Pendarahan melebihi paras bagi seseorang yang berbadan rendah, tekanan darah tiba-tiba menurun dengan ketara dan kena tahan 6 jam :((. Dapat sekejap je dengan baby :((.

* Paling best... Baby bagi senyuman manis kat Ummi :)

* Selepas Asar baru boleh naik atas. Yeay....

* Awal-awal susu tak keluar sangat, picit sikit-sikit dan bantuan Nurse, keluarlah juga pedih-pedih pun.


09/12/2012 (Ahad)

* Jika belum bersalin mahu pergi ke Butik Dreem!ka. hik3.


11/12/2012 (Selasa)

* Tak sempat dah mahu pergi checkup :p


18/12/2012 (Selasa)

* EDD tetapi sudah bersalin lebih awal.


26/12/2012 (Rabu)

* Pergi ke Trauma dan Kecemasan selepas Maghrib. Rasa tak selesa di bahagian sulit... Rupa-rupanya... Hurm... Sabar je lah... Tak boleh nak salahkan ssesiapa... Siapa tak sakit kena korek lagi dahlah sakit tak baik lagi... Sedih...


Besar pengorbanan Ibu kita kan T_T
Terima kasih di atas ucapan anda. Kadang-kala tak berbalas.
Selamat berpantang dan jaga diri baik-baik.
Selamat tinggal 2012. Banyak kenangan setiap tahun. Pahit, pahit dan manis.

http://www.colourbox.com/preview/4486859-140756-mother-and-baby.jpg




Set Berpantang : Tanamera (Loose Pack)

Tuesday, December 18, 2012

 Salam.

Produk yang Fariza guna adalah Tamamera tetapi ambil loose pack sahaja.
Lagipun, kalau beli set, ada yang tak terpakai. hik3. Membazir kan.. (Mula-mula je excited, nanti tak terpakai. ha3)

Laman Sesawang : Tanamera


1) Lavender Floral Water / 70 ml / RM 36
- Suka bau ia, segar dan digunakan selepas mandi.

2) Herbal Massage Oil / 100 ml / RM 33
- Amat bersesuaian untuk mengurut, bau menyenangkan, urut untuk lenguh-lenguh badan dan lain-lain.

3) Virgin Coconut Oil / 100 ml / RM 34
- Digunakan sebelum dan selepas bersalin. Mengurangkan stretch mark di perut dan boleh disapu pada bahagian perinium.

4) Feminine Herbal Wash / 12x10 gm / RM 26.50
- Menyegarkan... hahahaha. Penjagaan bawah yang sempurna.


 Selain itu, Fariza telah menggunakan produk Amway di mana kakak ipar Fariza beri. Mana-mana produk pun boleh asalkan mengikut bajet dan kesesuaian anda. :)

Ok. Perlu menulis dengan ringkas sahaja, anak sudah merengek. Bye..

Set Berpantang : Shaklee

Monday, December 17, 2012

Salam.

Produk Shaklee ini, Fariza telah guna sejak Tingkatan 3/4 lagi. Ianya serasi untuk kami sekeluarga. :)




Set C : Set Berpantang
Produk : 40 tabs Vita-Lea, 40 tabs B-Complex, 40 tabs Vitamin C dan 40 tabs Zinc
Harga : RM 100 (Pek Percubaan)
Nota : Tambahan dengan ESP (Energizing Soy Protein)
Pengambilan untuk 1 bulan sahaja.
Bagi sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya.


Fungsi setiap vitamin untuk Set Berpantang

Vita-Lea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

B Complex
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.

Apa-apa penggunaan produk pun, atas izin Allah.
Tidak semua orang akan mendapat hasil yang sama. Ikthiar.. :)


Anak Ummi dan Abi

Salam.

Saya mengambil sedikit masa menulis entri ini. hik3.
Alhamdulillah telah menjadi seorang Ummi dan Abi (suami)
Terharu rasanya kan... Dan keperitan yang dialami sewaktu mahu melahirkan baby.
Itulah pengorbanan Ibu kita ketika dahulu T_T


Nama : Muhammad Rayyan Sufyan
Hari : Khamis
Tarikh : 06/12/2012
Waktu : 09:50 pagi
Berat : 2.7 kg
Hospital : Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Alhamdulillah ini yang termakbul 
- Fariza mahu anak ini dilahirkan pada hari Khamis atau Jumaat
- Pada minggu bersalin itu, terdetik di hati suami yang mengatakan baby keluar. Ya. Betul.
- Mama Fariza pun berharap agar anak ini lahir pada bulan Muharram.
- Alhamdulillah :)


 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS