Fresh Flower Online

Bunga Segar


Monday, December 31, 2012

Pengalaman Bersalin :D


Salam.
Apa khabar semua? InsyaAllah semuanya sihat walafiat.
Hari ini, Fariza cerita seringkas mungkin pengalaman bersalin :)
Boleh rujuk kalendar Disember 2012 di atas juga.

01/12/2012 (Sabtu)

* Awal pagi kami bertolak dari rumah menuju ke Monterez Golf & Country Club yang telah dianjurkan oleh Jabatan di tempat kerja suami.Main bowling.. hehehehe. I tak main lah.

* Selepas itu, kami terus menuju ke Mid Valley Megamall untuk melihat barangan bayi (tak cukup-cukup lagi ke? hahaha. Grab diapers Mamy Poko dan Lampein. Memang penat tetapi jalan perlahan-lahan.


04/12/2012 (Selasa)

* Checkup di PPUM seperti biasa dan tiada rasa sakit pun :)


05/12/2012 (Rabu)

* Bermula waktu pagi pada pukul 8 lebih, perut sudah memulas, pada fikiran Fariza, samada buang air besar ataupun kontraksi. Ianya berlaku selang 5 minit sekali dan hati pun kurang tenteram dan terus bertanya kepada mama dan 2 orang kawan sebelah. hehehe. Buang air besar pun sudah namun kekerapan kontraksi selang 5 minit tetap sama. Sebab 'KUAT SANGAT TAHAN SAKIT', Fariza bertahan sampai pukul 4 petang, padahal pinggang, punggung dan bahagian bawah perut sakit. Allah sahaja yang tahu.

* Tidak dapat bertahan, call Hubby suruh keluar sekejap dan bawa ke bahagian Wad Kecemasan di Tingkat 3. Masa itu, ada beberapa wanita sedang menunggu dan katil pula penuh jadi kena tunggu giliran.

* Masuk labour room, seorang 1 bilik, check CTG, kena interview oleh Housemanship / MO kot. Kalau sudah sakit, tak kuasa mahu tengok semua dan tangkap gambar. hahaha. Macam-macam procedure telah dibuat dan terus ditahan wad. Kena seluk dan bukaan baru 1 cm.

* Ya Allah... Sakitnya kontraksi.... (Memang suami sangat diperlukan ketika ini. Pegang tangan pun jadilah sebab menahan sakit.....)

* Kontraksi berjalan seperti biasa (T___T) dan tinggal di wad sorang-sorang. Bosan. 2 katil kosong dan 2 katil ada orang. Depan Fariza orang Cina. (Dah sakit-sakit, tak kuasa nak peramah. huhuhu). Tahan sakit sorang-sorang. Kuatkan diri dengan berdoa dan berzikir.

06/12/2012 (Khamis)

* Awal pagi, kontraksi semakin kuat dan kerap, berapa banyak entah asyik tekan butang kecemasan. hahaha. Nurse India itu mesti tension dengan Fariza. hik3. Sudah menjadi tanggungjawab anda untuk membantu pesakit.

* Pukul 3 pagi, tak tahan sakit, doktor seluk lagi namun bukaan tetap 1 cm dan beberapa minit kemudian, turun tanda darah. Nurse pun check CTG dan terus inform pada doktor.

* Terpaksa minta injection di punggung untuk kurangkan sakit, namun tak berhasil, walaupun mengantuk, kontraksi tetap sakit oiiii. Mahu ambil atau tidak terpulang pada individu. Fariza tak tahan sakit.

* Selepas Subuh, Nurse beritahu yang Fariza akan ke labour room (Jawab ya sahaja. hahaha). Alhamdulillah, masa itu Hubby datang awal. Thanks dear :))

* 7.30 pagi sudah berada di labour room, kena seluk lagi, arghhhh, bukaan sudah 7 cm. Doktor yang Fariza kenal ada :)) dan mengatakan progress sangat bagus sebab bukaan cepat dan kena tunggu lagi sehinggan bukaan 9 cm.

* Terseksalah.... Rasa lama dan kontraksi menggila (hahaha). Pukul 9.++ pagi, Fariza diberikan gas untuk menahan sakit. hik3. Kesian patient ni.... Sakit sakit sakit...

* 9.30 pagi di mana 3 doktor, 2 Housemanship / MO dan 1 nurse standby dalam labour room. Macam ramai pula kan? Ia adalah berkaitan dengan masalah kesihatan Fariza dahulu, takut apa-apa boleh berlaku :D. Lantaklah ramai tengok Fariza...

* Bermulalah proses bersalin, meneran, tarik nafas dan sebagainya. Anak sulung sukar sedikit kan dan sokongan daripada petugas semua begitu SEMANGAT. Terima kasih korang. Jika di PPUM, suami tidak dibenarkan masuk ke labour room ye. Berjuang !!!!! hehehehe

* 9.50 pagi, lahirlah umat Muhammad... Muhammad Rayyan Sufyan :)) Alhamdulillah.

* Bersalin mormal. Jahitan macam banyak je. Pendarahan melebihi paras bagi seseorang yang berbadan rendah, tekanan darah tiba-tiba menurun dengan ketara dan kena tahan 6 jam :((. Dapat sekejap je dengan baby :((.

* Paling best... Baby bagi senyuman manis kat Ummi :)

* Selepas Asar baru boleh naik atas. Yeay....

* Awal-awal susu tak keluar sangat, picit sikit-sikit dan bantuan Nurse, keluarlah juga pedih-pedih pun.


09/12/2012 (Ahad)

* Jika belum bersalin mahu pergi ke Butik Dreem!ka. hik3.


11/12/2012 (Selasa)

* Tak sempat dah mahu pergi checkup :p


18/12/2012 (Selasa)

* EDD tetapi sudah bersalin lebih awal.


26/12/2012 (Rabu)

* Pergi ke Trauma dan Kecemasan selepas Maghrib. Rasa tak selesa di bahagian sulit... Rupa-rupanya... Hurm... Sabar je lah... Tak boleh nak salahkan ssesiapa... Siapa tak sakit kena korek lagi dahlah sakit tak baik lagi... Sedih...


Besar pengorbanan Ibu kita kan T_T
Terima kasih di atas ucapan anda. Kadang-kala tak berbalas.
Selamat berpantang dan jaga diri baik-baik.
Selamat tinggal 2012. Banyak kenangan setiap tahun. Pahit, pahit dan manis.

http://www.colourbox.com/preview/4486859-140756-mother-and-baby.jpg




8 Komen:

kaklong said...

tahniah fariza....hope jadi ibu yg baik! :)

~ NANA ~ said...

itulah pengorbanan kita utk anak2 kn? :)

baby lydia said...

wahhh...tahniah dear..bby boy hooo

iedaurora said...

pengalaman yang paling indah!

dhiera said...

best ye!
tahniah dear... sakit perit tu semua berbaloi kan?

shura shushi said...

pengalaman manis daripada u, lepas ini turn i pula merasa :))

FarizAtie said...

Alhamdulillah sudah selamat..the best experience ever..atie baca atie berdebar tau..^_^

http://miszatie.blogspot.com

Wawa Tasliman said...

alhamdulillah semua selamat.. tuhan permudahkan..
tahniah mummy.. :)

NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design