Parti Birthday Anak Gojes Blogger Supermom & Baby Dis 2013

Tuesday, December 31, 2013

Salam.


Macam meriah je.. Macam best je..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Terima kasih bagi yang berkesempatan menghadirkan diri anda.
Sambil itu boleh suai kenal dan jemah.

Majlis ini meraikan 6 orang kanak-kanak iaitu 3 orang yang berumur 1 tahuan dan 3 orang berumur 2 tahun yang sama bulan tetapi berlainan tarikh.
Anak I berumur 1 tahun :)
Ini adalah atas persetujuan bersama semasa kami gathering lepas :)

insyaAllah majlis anak nanti akan datang dan jemput rakan-rakan yang lain.
Jangan ada yang berkecil hati ye.

Seronok jika meraikan apabila Rayyan sudah besar, faham dan alami keriangan bersama.
hehehehehe

Macam-macam kerenah anak-anak di situ dan semuanya comel sangat :)

Tema : Warna Warni Keriangan
Para Tetamu : GBSB 
Tempat : Dewan Dato' Ahmad Razali, Ampang, Selangor.
Tarikh : 25 Disember 2013
Masa : 4:30 - 6:30 petang
Kek : Pelangi
Menu : Pot luck. Terima kasih dan semua makanan sedap.
Candy Buffet : GBSB Team
Deco : GBSB Team
Photographer : Freelance dan Khairul Anuar
Belon : Party Heaven
(Kualiti baik sebab Fariza sudah pam angin biasa dan mampu bertahan hampir 2 minggu)
Kalau habis angin pamlah balik. Jimat. wakakakaka
Goodies : Setiap kanak-kanak dapat 6 goodies. Wowww.

Minta maaf jika ada salah silap serta kekurangan semasa majlis berlangsung.
Petang itu hujan... Zzzzzzzz


Di bawah ini gambar semasa majlis berlangsung.

 Ini tema kami.

Sesuatu yang baru ye Rayyan. haha

 Ohhhh.

Sebahagian goodies. Apasal I punya x nampak? 

Oh sedapnya. Pandai korang semua.

 I love it.

Apam polka dot.

Puding pelangi tu..

Rajin Dayah..

 Rajin Atiqah

 Anak sapolah tu kan.. hihi.

 Makan-makan

Puan Pinggu punya lesung pipit dalam..

Ammar aktif dan comel.

Erina mama Aqil..

Kek warna warni. hihi

Mak-mak tengah mengajar anak pegang pisau kek. Comel korang semua.

Anak-anak setahun. Pandai korang kan.
Tiup lilin xda gambar. Mak-mak excited. haha

Haii anakku.. Ko nangis ye T_T
Sofiyya sungguh-sungguh potong kek
Zain... hihihih

Macam inilah baru senyum gembira :)

Sudahlah Umi Abi. Saya bosan ni..

Comelnya korang.
Mana Yumie entah...??

Kemain Lin.. hahahaha. Ini semasa cabutan bertuah/jawab soalan yang diberikan.

Our birthday :))
Atiqah-Ammar, Fariza-Rayyan, Yumie-Iman, Liza-Sofiyya, Hidayah-Zain dan Lin-Syasya Batrisya.
Ros Anis?? Tetiba. hahaha

Best..

Haiiiiii...
Jumpa akan datang ye semua.


Review (Siap ada review tuuu) :

* InsyaAllah plan tahun hadapan buat majlis sekaligus untuk Rayyan dan rumah sendiri.
* InsyaAllah dipermudahkan semuanya. Amin.

Kata Motivasi

Monday, December 30, 2013

Salam.

Renungan bersama.

* Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

* Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

* Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

* Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

* Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

* Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

* Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

* Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

* Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

* Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

Pretzels Sedap

Thursday, December 26, 2013

Salam.

Siapa pernah makan pretzels Aunty Anne's yang besar itu?
Sedap kan, I suka makan jika panas-panas dan jika sejuk, liatnya gigit. hahaha

Keluaran terbaru iaitu Cookies Pretzels.
Banyak online yang telah menjual pretzels ini.
Sedap tau :)
Kecil, comel dan rangup.




Pelbagai perisa. Yummy :)
Harga dari RM 10 dan kea atas

Boleh juga dibuat sebagai hadiah

Hubungi agen yang berada di sekitar Lembah Klang

Pendapat :
Hari itu ada rasa pretzels seperti di bawah.



Rasa coklat yang memanglah sedap sediakala dan yang warna kekuningan itu rasa macam masin sedikit.
Tiadalah masin sangat tau.
Bagi yang pernah rasa tahulah. hihi
Rangup

Rainbow Party :)

Koleksi Blouse Muslimah dari Zalora Malaysia

Tuesday, December 24, 2013


Salam.

Apa khabar semua? Semoga anda semua sihat sejahtera. Amin.

Hari ini saya mahu review berkenaan dengan membeli belah dalam talian iaitu butik online Zalora :)
Ada setengah yang sedia tahu dan ada yang belum dengan butik online Zalora ini kan.
Jika anda lihat di butik online Zalora, pelbagai jenama yang gah ada di situ dalam Malaysia mahupun luar negara.
Jadi, lebih menjimatkan masa belian dalam talian dari anda pergi ke butik.
Hanya perlukan wang dalam akaun dan perlu bayar caj pengahantaran sahaja jika pembelian kurang dari RM 75. Rendah kan :)

Kalau perempuan bab shopping ni haruslah nombor satu kan. hahaha

Alhamdulillah, ramai yang sudah menutup aurat dengan sempurna dan yang belum sempurna, mereka boleh belajar sedikit demi sedikit.
Berikan mereka semangat dan usah memerli tindakan mereka itu.

Blouse muslimah kian berkembang seiring dengan peredaran teknologi yang giat membangun.
Dari segi rekaan, jenis fabrik, cara penggayaan, mainan warna yang menarik, pementasan pakaian muslimah dalam negara dan antarabangsa kian diminati.
Contohnya seperti, butik online Zalora, Aqeela Muslimah, Sweet Muslimah, Modest Couture, Rina Salleh Clothing, Dreemika, Salam Santu, Zariya, Alif Aisya, Adorable Muslimah dan banyak lagi.

Koleksi blouse muslimah ibu yang hamil, menyusukan anak, pemakaian di pejabat, pemakaian santai, pemakaian ke mana-mana majlis serta menutup aurat banyak terdapat di koleksi blouse muslimah Zalora.

Baju kurung moden, pahang, color block semua ada.

Blouse menutup aurat yang cantik. Sesuai dengan saya yang masih menyusukan anak.

Jubah dan jaftan yang menarai untuk ke majlis keramaian.

Dress juga :) Menawan kalbu

Semestinya saya ada banyak jenis skirt. hahaha
Skirt pelbagai pilihan serta saiz.

Sweetnya tudung. Tudung pula harus menutupi dada ye.
Barulah menepati citarasa muslimah sejati.

Apa yang menariknya dengan Zalora ini?

Dapat voucher RM 20 sebaik sahaja anda mendaftar dan melanggan berita dari Zalora dengan percuma
Penghantaran percuma dengan pembelian RM 75 dan ke atas
Bayaran tunai di tempat anda contohnya Klang Valley, Putrajaya, Johor, Melaka, Perak, Terengganu, Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Selain itu, jika barangan yang anda tempah tidak menepati citarasa, anda boleh memulangkan semula barangan tersebut dalam tempoh 30 hari sahaja. Boleh tahan lama juga ye.
Tidak lupa juga, pembantu khidmat pelanggan mereka juga mesra alam dan banyak membantu jika anda mempunyai sebarang persoalan mahupun maklumbalas yang tidak memuaskan.

Beberapa bulan yang lepas, ada bungkusan dari butik online Zalora sampai di office I. Jadi dengan tidak melengahkan masa soalan demi soalan yang ku tanya dengan rakan sekerja, despatch mahupun bacaan dari internet. hahaha
1) Servis Zalora ok tak? So far Alhamdulillah ok. Jika kurang baik kena tanya kedua-dua belah pihak.
2) Jika barangan tidak menepati citarasa? Boleh pulangkan semula dan barangan haruslah dalam keadaan baik. Tak baik tipu tau sudah pakai lepas tu pulangkan balik. Haaaaa...
3) Penghantaran pula bagaimana? Kak dapat barang ini cepat, order semalam dan hari ini dapat.
4) Eh, kenapa kena minta duit dari pelanggan? Bukan ke sekarang bayar online sahaja? Eh, xdalah, boleh sahaja bayar online ataupun cash.



Ok. Klik klik klik. JOM SHOPPING....

Taska atau Pengasuh?

Monday, December 23, 2013

Salam.


Sayangilah diriku ini yang suci tanpa dosa.
Saya ahli syurga (belum baligh hahaha)


Ini adalah entri perihal anakku iaitu Muhammad Rayyan Sufyan yang dijaga oleh taska dan pengasuh.
Eh apahal mahu cerita plak?
Ini ada apa yang terjadi kepada kami dan mungkin tidak terjadi kepada yang lain. Lain orang lainlah pengalamannya kan.
Mari sambung bercerita. Ambil iktibar dan jadikan pengajaran untuk akan datang. insyaAllah.
Segala kekurangan semuanya dari saya. Maaf.


3 Bulan di Taska

Tawakal !
Rayyan dimasukkan ke taska ketika berumur 6 bulan. Comel sangat baru mula-mula belajar makan. hihihi
Demam setiap bulan dan biasalah apabila bercampur dengan anak-anak yang lain. Cuti habis.
Malas mahu cerita, perkara kecil je.
Demam dh biasa. Selesema dh biasa. Batuk aku tak selesa. Ulcer aku tak boleh terima.
Mendera tiadalah.

Aku tahu korang penat. Kita semua kerja pun penat.
Bukan tak bagus TAPI okay je.
Mahukan feedback TAPI balas macam itu pula.
Kalau aku mengadu, apa kau BUAT kat anak aku.
Aku CEREWET berpada.
Make sure tahu pengendalian susu ibu yang dibekalkan.
TAPI entahlah.
AKU bukan anak orang kaya raya sampai berpuluh-puluh keturunan takkan habis. hahaha

Aku FIKIR POSITIF.

INSTINCT
ibu.
Aku tak boleh cerita penuh, nanti ada yang buat spekulasi lain pula.
Cukuplah semua itu.

3 Bulan di Rumah Pengasuh
Disebabkan kurang memuaskan hati jadi terus cari pengasuh lain.
Sebelum aku naik hangin macam syaitan, baik berhentikan dahulu (Banyak mengucap oiii hahaha)
Alhamdulill
ah Rayyan okay semasa di rumah pengasuh. Umi mana yang tak risaukan anak kan.
Sekarang ini, pengasuh Rayyan mengandung (Alhamdulillah) lagian dia inginkan anak lelaki :)
InsyaAllah mak cik itu dapat anak lelaki ye.
Jadi, haruslah faham simpton awal mengandung ini kan. Kita semua alami pengalaman indah itu. hihihi
Bagilah dia rehat dan jaga diri semasa mengandung semua.
Takkanlah mahu angkat Rayyan yang sedang membesar lagi, buat kerja itu dan ini dan uruskan anak.

Kalau ada yang tak kena aku beritahu dengan cara baik.
Okay diterima. Dibalas dengan baik.
Kalau ya YA. Kalau tak TAK. Bertanya tak salah.

Siapa Jaga Sekarang

Mama Fariza yang menjaga Rayyan untuk sementara waktu. InsyaAllah tengah berusaha untuk mencari pengasuh/taska lain.
Saya tak galakkan mama yang menjaga Rayyan dan adalah sebabnya.
Bersyukur ada yang mahu menjaga Rayyan waktu ini. Amin

Nota : Sementara waktu ye.

Ini pandangan saya sendiri.
Jika mahu hantar ke taska, biarlah Rayyan pandai bercakap, jadi kita boleh tanya itu dan ini dan Rayyan boleh bercerita serta mengadu jika ada yang tidak kena.
Bukan tidak mempercayai penjagaan dari pihak taska, kita semua ini manusia biasa sahaja.
Lain orang lainlah perangainya begitu juga dengan kerenah anak.

Oklah, sedang memikirkan pengasuh/taska untuk berpindah di tempah baru.
insyaAllah dipermudahkan segalanya.
Amin.

Pembukaan Permohonan BR1M 2014 e-BR1M

Salam.

Bermula hari ini anda boleh mengisi BR1M 2014 bagi yang layak.
Dari 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014.



Syarat Penyertaan :

Households(RM650)
1. Household that has income below RM3,000
2. Malaysian Citizen

Households(RM450)
1. Household that has income between RM3,000 to RM4,000
2. Malaysian Citizen

* Additional RM50 Group Takaful Rakyat 1 Malaysia Contribution (i-BR1M)

Individuals(RM300)
1. Total gross monthly income of RM2,000 and below
2. Malaysian Citizen
3. Aged 21 and above (born 1993 or earlier)
4. Does not include students who are receiving the 1Malaysia Book Voucher (BB1M)

Panduan Mengisi Borang :

Borang Permohonan :

atau
  1. Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  2. pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
Jika ada rezeki anda, alhamdulillah.
Jika tiada, cuba lagi ye. hehehehe

Event : BLOGRRR (Blogger Most Wanted 2013)

Wednesday, December 18, 2013

Salam.

Pada hari Sabtu lepas Fariza ada buka booth di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC) yang dianjurkan oleh MYNIC Berhad.

Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia.
10 Anugerah Blog
100 Gerai Jualan Blogger
10 Seminar Blog
Pelakon/Penyanyi/Pengacara dan Penulis Blog Popular
Hadiah Menarik Untuk Dimenangi
Aktivit Menarik

Event : BLOGRRR (Blogger Most Wanted 2013)
Tarikh : 14 Disember 2013
Masa : 9 Pagi hingga 7 Malam
No Booth : 54 & 110 (Minta tukar)
Tempat : Level 2, MIECC, The Mines, Sri Kembangan, Selangor.
Website : Blogrrr

Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar.
Kami bertiga bersedia di sana dari awal pagi hingga petang.

Pukul 6 sudah balik. Tak kuasa I nak lama-lama kat situ. hahaha
Anak ajak main cak ba cak ba je kerjanya.
Bila Umi nak layan pelanggan nakkkk.

Letih dan berbaloi kerana boleh timba pengalaman.
Fariza memang book awal sebaik tahu ada event tersebut dan kebetulan free pada hari tersebut.

Kebetulan di sana juga ada Big Bad Wolf Books  dari 6 Disember - 15 Disember 2013.
Seronok berada di sana dan lagi-lagi banyak buku kesukaan :)
Ambil buku tak hingat punya dan pandai-pandailah bayar. hahaha

Berbalik pada cerita di atas, iya, event itu adalah tempat di mana para blogger berkumpul.
I ni tiadalah nak tengok sangat blogger tu kan. Tinggi-tinggikan leher dan nampak sudah. hahaha

I nampak Marsha & Sharifah Sakinah je time tu. haha
Banyak aktiviti yang dijalankan di sana.

Geram betul dengan pekerja bangla itu. Eeeeeee.
Samada tak faham atau tak diberi penerangan betul ketika itu.
hahahaha

Booth kami tidaklah segah booth yang lain.
Jual biasa-biasa sahaja. hahaha
Rata-rata meniaga dan banyak persaingannya.
Harga booth pun murah.

Pelangi Hati Enterprise

Sedikit gambar untuk tatapan anda

 Taraaaaa

 Ini blogger mana entah bercakap. hahaha



Booth saya. hihihi

Assistant pastu terus mengamuk. hahaha

Permata hati Umi ^_^

 Kak Mimy  Atiqah Fariza

Kebetulan I keluar nak cari Team Booth ini sebab air cond leaking. Grrrr. Kena pula kat meja I tu.
Selepas itu jumpa Kak Mimy dan Atiqah (apa url blog..lupa) hahaha
Jerit panggil Kak Mimy retis ni KAK MIIIIII :p
Mereka mahu pergi ke BBW awal pagi :)

Jika boleh, event ini dibuat setiap tahun ye. Lagi meriah.

Okay. Di sini saya senaraikan anugerahnya adalah :

Best Blogshop

http://www.eightdesignsboutique.com/
http://www.scarfsweethoney.com/
http://a-dressing.com/

Best IT & Gadget Blog

http://jomphp.com/
http://www.soyacincau.com/
http://pcmamak.com/


Best Art & Photography Blog

http://www.theeggyolks.com/
http://blog.fadmanaf.com/
http://www.foodphotography.com.my/

Best Entertainment Blog

http://rotikaya.com/
http://www.ohbulan.com/
http://www.munsyeed.com/

Best Food & Travel Blog

http://thebigsmallboy.com/
http://stevengoh.com/
http://kakiberangan.blogspot.com/

Best Sports Blog

http://sokernet.com/
http://sarawakcrocs.com/
http://wangerrard.com/

Best Fashion & Beauty Blog

http://maxmayo.com/
http://thepinkstilettos.com/
http://shazwanihamid.com/

Best Family & Health Blog

http://ibubapacemerlang2012.blogspot.com/
http://yanmieonline.com/
http://www.hafizmohd.com/

Best Personal Blog

http://denaihati.com/
http://www.broframestone.com/
http://cikepal06.blogspot.com/

Best Automotive Blog

http://paultan.org/
http://motomalaya.net/
http://www.dsf.my/

Best of Disability Blog

http://www.amir-hamidi.name.my/
http://mohdazahar.com/
http://www.qiszan.com/
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS