Baju Menyusu Terkini

Wednesday, February 27, 2013






Salam.

Hari ini mahu bercerita mengenai baju menyusu muslimah terkini.
Anda boleh membeli di laman sesawang Aqeela Muslimah ataupun datang di butik sekitar Lembah Klang.

Apabila pergi ke mana-mana dengan memakai baju ini serta memangku Rayyan, ada yang tanya, anak tidur ke?
Padahal masa itu Rayyan tengah menyusu. hikhik
Paling teruk pun, menyusu Rayyan sambil berjalan atas sebab-sebab tertentu.
Sabar je dengan Rayyan. Kuat menyusu + tak menyabar. hahaha
Apa yang penting adalah, apabila menyusu sambil berdiri/berjalan, aurat tidak terbuka lagi-lagi di bahagian bawah itu.
Yang paling kurang senang adalah, apabila tengah menyusukan bayi, ada pula orang pergi selak secara mengejut.
Adoiii, itu yang Fariza tak suka. Mungkin dia ingat Rayyan tengah tidur. huhuhu. Maafkan je lah..

Tips di sini adalah :
1) Pakai tudung/selendang menutupi dada untuk menjaga aurat semasa menyusu.
2) Jika tidak mahu pun tidak mengapa, at least, cover sedikit dengan kain kecil.
3) Jika pakai baju ini semasa tengah menyusukan bayi, orang pun takkan sedar yang kita tengah menyusukan. Best kan... :)

Baju menyusu ini boleh digunakan untuk majlis keramaian, bersiar-siar dan lain-lain. I DID IT !!!
Boleh dipadankan dengan palazzo, segala feysen skirt dan jeans.
Asalkan anda pandai mix and match dengan sempurna.

Diperbuat daripada cotton, sederhana tebal, tidak panas dan mempunyai corak yang menarik.
Harga normal RM 45 dan ke atas manakala untuk harga penghabisan stok RM 19 dan ke atas.

Apa yang penting adalah, ukuran bahu mesti sepadan dengan anda untuk lebih selesa.
Apa yang penting sekali adalah ukuran di bahu itu tau :)) Ambil 1 saiz lebih kecil dari yang sebenar.
Fariza ambil saiz XS kerana lebih selesa di bahu dan kembang baju di bawah tidak kisah. (kan namanya muslimah/nursing wear. hehehe)
Jika saiz S pula, terlebih sedikit kerana tidak semua corak ada saiz xs.
Bagi yang mahu mencuba, bolehlah beli 1 dahulu dan jika selesa, boleh beli lagi dan lagi. ehehehe.
Corak yang menarik cepat sangat habis. Lebih baik check 2/3 hari sekali untuk corak terbaru.



Maklumat  :


1) Bahu.
Pastikan anda melihat terlebih dahulu ukuran yang telah diberikan.
Lebih baik ambil saiz lebih kecil dari saiz yang anda pakai sekarang.
Jika terdapat keraguan, anda boleh memilih saiz yang anda pakai sekarang. Jika lebih pun, boleh jahit sendiri di bahagian bahu.
Bagi Fariza, ukuran bahu amat penting untuk keselesaan apabila memakai baju menyusu tersebut.

2) Dada dan aksesori tali.
Fariza beritahu secara jujur ye. 
Anda nampak kan, tali itu lebih atas? Okay, sebenarnya, tali itu betul-betul di bahagian dada / bawah dada kita untuk memudahkan penyusuan nanti.
Aurat memang terjaga ya sebab ada satu kain lagi di dalam :)

3) Lengan.
Memang standard lah ya dan lihat ukuran sebenar.
Kebanyakan hujung lengan itu grip.

4) Kembang baju.
Ini memang tidak boleh buat apa lah. hikhik
Padankan dengan apa-apa yang membuat anda kelihatan selesa dan bersesuaian.



Nursing Inner

Tuesday, February 26, 2013

Salam.

Apa khabar semua?
Lama tidak 'update' blog. ehehe.
Sibuk dengan keluarga tercinta dan sedikit masa sahaja untuk alam maya.

Hari ini Fariza mahu 'Review Nursing Inner yang dibeli dari Autumz





Jenis kain ia tidak panas dan sejuk.
Hujung tangan itu ada renda. Macam pakai handsocks tu. hehehe.
Memudahkan ibu mengandung menyusukan bayi, jika baju itu jarang atau sukar dan lain-lain.
Selak sahaja. hehehe
Nursing cover pun boleh :))
Tetapi yang kurang memuaskan hati adalah, panjang lengan itu singkat apabila dipakai walaupun nampak berlengan panjang.
Faham tak ye? hehehe. 
Dalam gambar memang nampak lengan panjang, setelah dipakai, singkat dalam 2/3 inchi.
Tetapi tidak mengapa, asalkan selesa dan masih boleh menutup aurat.

Okay. Selamat tinggal semua.:p
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS