Fresh Flower Online

Bunga Segar


Thursday, May 30, 2013

Seminar Syariat Itu Mudah, Kahwin Itu Indah (SIMKII)

Syariat Itu Mudah Kahwin Itu Indah SIMKII

Kredit : As Sohwah

Hari Ahad lepas, Fariza dan keluarga pergi ke Seminar Syariat Itu Mudah, Kahwin Itu Indah (SIMKII).
Penceramah Prof Dr Muhaya dan Ustaz Don Daniyal.
Alhamdulillah banyak ilmu yang dapat dan insyaAllah dipraktikkan.
Best sangat :)
Bagi yang belum berkahwin memang harus datang ke seminar tersebut dan yang sudah berkahwin boleh manfaatkan lebih lagi ilmu.
Lebih penting, benda yang telah berlaku dan kesilapan yang kita lakukan pada masa lampau memang tidak boleh diundur.
Menyesal weyhh !! (hihihi)
Kembali dan teruskan dan sampaikan ilmu tersebut kepada anak dan generasi akan datang.

Persediaan sebelum dan selepas berkahwin.
Nikmatnya bercinta selepas berkahwin.
Tanggungjawab sesama sendiri.
Ramai yang buat persediaan kawin sebab kebendaan melebihi selepas berkahwin (ke akhirat).
* Setuju
Lain-lain lagi.


Kredit : Imej Google

Beli buku  Seminar Syariat Itu Mudah, Kahwin Itu Indah berharga RM 5 sahaja. Boleh diberikan hadiah juga.
Malangnya tidak mengambil autograf Prof Dr Muhaya dan Ustaz Don Daniyal. Beratur panjang dan dukung Rayyan comel tidur. Lain kali sahajalah ye :)

Rayyan kurang sihat ketika itu dan alhamdulillah dia baik2 sahaja walaupun celoteh mulut (bahasa bayi) itu. haha
Jurukamera tangkap gambar Rayyan :) miahahaha
Pelbagai jualan disediakan seperti jubah cantik, tudung As Sohwah, Al Quran, buku2 dan lain-lain.

InsyaAllah jika berkesempatan mahu pergi seminar ini pula :)
Sukanya...

celik-mom-june-2013

Kredit : As Sohwah

* Kefahaman kita berbeza sampai bila-bila (akhirat), jadi terpulang pada pendirian masing-masing dan jangan sampai jadi perbalahan sehingga terputuskan hubungan persaudaraan sesama Islam. Buanglah ego yang memakan diri manusia tersebut jika mahu menang sahaja.

0 Komen:

NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design