123 Cheese :D

Monday, August 26, 2013

Salam.


Comel kan gambar ini. hahaha
Perasan !!

Jamuan raya ini  telah diadakan di sekitar pejabat Fariza.
Jadi, tanpa membuang masa saya mengambil foto terlebih dahulu untuk elakkan beratur panjang.


Pendapat saya mengenai 123 Cheese ini :

1) Banyak props yang kreatif.

2) Jurukamera yang cepat mengambil gambar, jadi get ready siap-siap dengan mimik muka masing-masing ye. hihi. Nasiblah kalau lambat nak buat muka.

3) Dapat gambar on the spot. Seronoknya :)

4) Jika guna khidmat ini, ada tempoh perkhidmatan, jika sudah cukup jam, cukuplah, mahu merayu atau apa, ermm.. susahlah ye.
Melainkan... (pandai-pandailah hehehe)

5) Ada masa terluang itu, ambillah gambar dahulu, khuatir jika ramai menunggu atau foto telah habis. hihi. Agak-agak ler kalau sorang tu bergambar 10 keping bagai nak rak.. Hadoiii

6) Pose apa-apa pun. Unlimited. Dapat stand putih itu :)

7) Itu sahajalah foto yang I ada. (Ada berlaku ketidakadilan di situ, sabar je lah ye Fariza..)


Antara gambar yang diambil di mana-mana







Laman sesawang : http://123cheese.my/

Tidak Ada Manusia yang Memahami Kecuali DIA

Friday, August 23, 2013


Ada individu diuji dengan ujian mental. Apabila berbuat baik, tidak ada sesiapa pun menghargainya. Apabila mengukir senyuman, senyumannya tidak dibalas. Dia berasa asing dalam kehidupan tanpa sesiapapun yang dapat memahaminya. Sekiranya dia melakukan sedikit kesilapan, seluruh dunia mencacinya.

Perkara ini berlaku di mana-mana sahaja. Hakikatnya, Allah S.W.T. sentiasa ada. Allah mendengar aduannya. Dia seolah-olah berbicara dengan Allah S.W.T membuatkan dia kekal berusaha dan melakukan kebaikan, tanpa mengambil kisah penghargaan orang lain.

Penilaian manusia pada dirinya menjadi terlalu kecil apabila dibandingkan dengan penilaian Allah S.W.T. Mental menjadi kuat apabila kita mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Ini kerana, orang yang beriman kepada Allah S.W.T sentiasa ada. Allah tidak memungkiri janjiNya.

Allah memahami mereka. Dia tidak pernah bosan mendengar aduan mereka, sentiada memerhati dan mengira apa yang mereka lakukan.

Sumber :
Untuk Kita Pendosa, Harapan Selalu Ada oleh Hilal Asyraf (PTS Millennia)

Ummi Rindu Rayyan

Thursday, August 22, 2013

Salam.

Umur : 8 Bulan

Ummi rindu Rayyan.
Peluk dan cium banyak-banyak.
Jaga diri baik-baik ye nak..
Tidak sabar untuk bertemu hari cuti.
Hahahaha

DISALAHERTIKAN

Thursday, August 15, 2013

Salam.


Buat pengetahuan kalian..

Apabila jadi manusia, terimalah nasihat atau cadangan dengan baik. 
Apabila orang bagi nasihat dengan cara baik DISALAHERTIKAN. 
Apabila diberi cadangan untuk kebaikan akan datang DISALAHERTIKAN.

Jika benda yang kurang elok berlaku di depan mata, takkan mahu terus berdiam diri?
Benda yang berlaku harus dilaporkan, apa guna ada mulut tetapi terus berdiam kan?
Apa gunanya mulut jika tak digunakan dengan baik?
Saya beritahu dengan cara baik, bukan dengan tuduhan melulu tanpa usul periksa.
Buat apa jika beritahu benda yang palsu, itukan dikira fitnah? Jawablah sendiri di akhirat kelak.

Kalau ikut marah, memang siarkan sahaja nama di sini. Aibkan orang tak baik.
Lagi cepat tersebar nama nanti.
Semua mahu mencari rezeki..

Anggaplah ia sebagai kebaikan akan datang.
Anggaplah ia sebagai pengajaran untuk anda.
Bukan mahu mencari di mana silapnya. Semuanya baik.
Adakah anda akan anggap ia 100 % kesalahan jika apa-apa terjadi?
Tentunya TIDAK.

Lebih baik bertindak sebelum terlambat untuk elakkan kejadian tak diingini berlaku.

Semua orang mahu nama dia harum, ada yang mahu nama dia busuk? Tidak kan.
Jika tidak, ambillah sebagai kebaikan dan pengajaran untuk anda.
Banyak berita yang keluar di kaca televisyen pun mahu tidak 'alert' lagikah?

Yelah, mahu backup staf lagi kan. 
Habis itu, jika staf dok perli-perli ayat yang diberitahu balik itu apa?
Apa kes kau cakap dengan kau macamtu?
Terus terang sahaja tidak boleh terima semua itu. Kan lebih baik.
Semua manusia penat dan hari-hari semua akan rasa penat.

Jangan mahu duduk membebel sambil buat kerja.
Jika tidak pergi berhenti kerja.
Cakap asyik mahu menang, ambillah kau sana !!
Lantak kau lah jika mahu bermasam muka. Bukan muka saya. hahahahaha

Jagalah amanah Allah itu wahai manusia.

Semua manusia memang tidak sempurna.
Masing-masing ubahlah sikap.
Dalam hidup aku ni bukan perlu cari gaduh, cari salah siapa pun....
Peringatan untuk diri saya juga.

Saya cerewet ada sebabnya...
DAN bukan hanya suka suka

Lindungilah  & Jagalah 'ahli syurga' Allah itu dengan baik.

Salam Aidilfitri

Tuesday, August 6, 2013



Salam.

Salam Aidilfitri diucapkan untuk umat Islam di dunia.
Ramadan akan berakhir untuk tahun ini dan insyaAllah bertemu tahun akan datang atas izin Allah.

Di sini, Fariza serta keluarga mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat kenalan semua.
Di mana ada perkataan yang menguris hati dengan sengaja ataupun tidak.



* Nota : Cepat sembuh Rayyan :(. Mahu sahaja balik rumah. Sabar2..


 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS