Hormat

Wednesday, September 25, 2013

Salam Rabu.


Kita semua hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan dalam kehidupan.
Hadapi dengan tenang dan penuh kesabaran.
Saling menghormati itu adalah lebih baik. Biarlah orang itu biadab dengan kita sekalipun, tetapi perasaan hormat itu harus ada biarpun hati terluka.
Terutamanya MULUT LONGKANG. 

Dia pun sudah berumur dan telah menjalankan amanah dengan baik. 
Pergi ke mana-mana pun peraturan harus dipatuhi bukan?
Elakkan untuk menyusahkan orang lain.
Cuba bayangkan jika orang itu 'Bapa' anda, pasti berkecil hati dengan orang yang berbuat perkara demikian.
Jika rasa mahu marah orang lebih tua, bayangkan, jika mereka itu ibu bapa sendiri??
Sedihkan...
Maafkan sahajalah...
Cakap baik-baik...

Ajal boleh berlaku di mana-mana.
Hargailah apa yang ada sekarang.
Masing-masing sudah meningkat dewasa dan matang.
Kurang berakal untuk mengikut hawa nafsu semata.

Pesanan untuk diri saya juga :) 

Ditipu ATAU Tertipu?

Monday, September 9, 2013

Salam.

Ini adalah pengajaran untuk semua termasuklah diri saya dan telah membuat aduan kepada pihak berkenaan.
Pada masa akan datang, haruslah berhati-hati untuk membuat sebarang pembelian talian untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Jika ditipu pun, tidak mengapa, tidak sampai ratusan malahan RM 39 sahaja. Biarlah.
Mahu salahkan siapa? Pemilik laman sesawang STARDEAL? Pemilik kedai tersebut yang berbangsa CA YA NUN ALIF?

Ada sesiapa pernah berurusan dengan STARDEAL sebelum ini?
Mana yang berjaya sebelum saya, tahniah. Mana yang tidak berjaya sehingga kini, nasi sudah menjadi bubur.

Fariza telah melakukan transaksi pembelian awal bulan 5 iaitu RM 39 for Two Different Sized Colorful Storage Box + Delivery
Kononnya nak cantik-cantik rumah lah tu (cantik ke hahaha)
I love polka dot :)
9 orang sudah beli termasuk saya. Lagi 8 tidak tahu samada mereka sudah dapat ataupun sama seperti saya :(

Biarlah orang yang menguruskan aduam itu mengambil masa lebih sedikit, lagipun ini kes kecil semut sahaja :)

Beberapa bulan telah ku tunggu namun tak tiba jua. 
Alamat mestilah betul kan, banyak kali semak dah.
Apabila email langsung tidak berbalas sehingga sekarang dan telefon pun tidak dapat.
Pembelian awal bulan 5 dan sekarang bulan 9 pun tak terima apa-apa bungkusan.
Sebelum ini bukan saya suka-suka mahu beli di STARDEAL, terdapat banyak lagi iklan di situ jadi ''percaya'' lah juga.
Alih-alih aku yang terkena. hahaha. 

Lupakan je lah benda alah itu sekarang dan insyaAllah ada rezeki lain :)
Kemungkinan untuk hapuskan dosa yang lampau :)

Dari dulu hingga sekarang saya masih lagi membuat pembelian dengan GROUPONMYDEAL dll
Jadi, korang berhati-hati lah ye :)
Banned je lah STARDEAL. Geram tau !!

Ini adalah bukti pembelian beberapa bulan lepas. 

 (1)

 (2)

(3)

(4)

 (5)

p/s : Macam-macam hal dalam dunia ini dan bersyukurlah walau apa sekalipun. 

Autumnz - Home & Car Bottle Warmer - Let Go - SOLD

Friday, September 6, 2013

Salam.

Saya mahu let go produk ini.
Tidak berkesempatan untuk memakai berulang kali. (Tersimpan sahaja)
Dalam keadaan baik 8/10, warranty kad masih ada lagi, tarikh pembelian 06/04/2013.
Jika mahu panaskan susu ibu dan makanan memang mudah :)
Harga RM xx tidak termasuk caj penghantaran.


Di bawah ini keterangan lanjut.

Convenient - Warms milk & baby food easily at home and in the car
Safe - Heats gently and gradually
Easy to Use - Add water and adjust the settings
Ideal for all types of feeds - For milk & baby food from the freezer, fridge or room temperature
Fits most bottles and baby food jar - wide enough to fit most bottle brands such as Avent, Tommee Tippee, MAM, Dr Browns, etc

Uses:
40 °C - for warming up milk and keeping warm automatically
70 °C - for warming up baby food
100 °C - for sterilising feeding accessories (e.g. feeding spoons, teethers, teats, screw rings)

Warnings :
Do not use warmer when the car is moving
Keep out of reach of children at all times
Be warned that the hot water in the warmer can cause severe burns and scalding. Please take precautions at all times.
Contents: 1 unit of warmer, 1 unit of car converter, 1 unit of heating bowl & lid

Warranty : 1 Year

*Please read the enclosed User & Safety Guide before using this product*

SOLD

Langkah Berjaga-jaga

Thursday, September 5, 2013

Salam.

Pesanan untuk anda semua.
InsyaAllah kita dilindungi Allah
Tawakal pada Allah dan insyaAllah semuanya selamat.

Mari sebarkan :)


 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS