PROMOSI Barut + Tungku Bayi RM 23 Sahaja

Monday, October 28, 2013

Salam.

Bagi sesiapa yang mencari barut dan tungku bayi, boleh cari di laman sesawang ini yang menawarkan pelbagai promosi.

Corak yang menarik dan comel :)



Barut + Tungku Bayi RM23

Barut Bayi 
Corak yang ceria

Barut Bayi
Comel kartun-kartun ini

Barut Bayi
 Plain colors

Bedung Bayi 
 Bayi ini comellah :)

Bedung Bayi 
 Boleh guna untuk napkin atau bedung bayi

Bengkung Traditional Sarimah 
Untuk Ibu pula 

Daun Mandian Herba
Mandian herba yang menyegarkan selepas bersalin

 Jadi, apa tunggu lagi, boleh layari
 

1st Giveaway

Saturday, October 19, 2013

Salam.

Mari join 1st Giveaway oleh Kak Puteri
Mudah sahaja syaratnya


thepinkheartbubbles.com

posted from Bloggeroid

Kemalangan Kecil

Wednesday, October 16, 2013

Salam Aidiladha semua :)


Gambar dalam entri ini diambil dari Google ye. 
Harap maklum. Akibat terkedu tak dapatlah nak bergambar. huhuh

 Pada hari Isnin yang lepas, kami sekeluarga pergi ke Parit Buntar, Perak.
Seawal jam 7 pagi dari Ipoh, Perak kami bertolak. Uminya excited lebih kan. hahaha
Rayyan pula mood dia sangat baik hari itu :) Alhamdulillah.

Dalam perjalanan ke sana kami tempuhi pelbagai rintangan kecil.
Biasalah tu tempat jarang dilawati.
Hujan kian henti tatkala kami tiba di situ.
Sampailah kami ke Permatang Tok Mahat, entah jalan mati dan perumahan mana kami lalui.
Pusing dan terus pusing menuju ke jalan keluar, tiba-tiba terdengar bunyi
DDDUUUUMMMMMMMMMMM
(Pandai aku buat bunyi. hahaha)
Aku punyalah terperanjat dan nasib baik si anak tak terkejut dalam dakapanku ini.

Sekali pandang tepi cermin ingatkan kena percikan air, DAN sekali lagi pandang CERMIN KERETA PECAH dengan halus.
Ya Allah, tinted adalah penyelamat untuk kami berdua.
Cermin belah kiri kami berdualah maksudnya.
Bayangkan, aku dan Rayyan di hadapan, Rayyan pula kebetulan baru bangun tidur dan tengah menyusu dan muka dia betul2 hadap cermin. Fuhhh

# Selalunya aku dan Rayyan jadi bos kat belakang, hari itu pula saja dok depan, nak bantu Hubby.

Allah masih selamatkan kami. Alhamdulillah.
Apa yang ditakuti adalah, takut kaca terkena mata Rayyan je, budak kecil lagi T_T
Kalau Umi, xpelah juga T_T

Punca adalah pemotongan rumput yang dilakukan di kawasan tersebut.

Jalan kat situ pun basah-basah, lepas hujan katakan.
Hubby pun patah balik dan cakap baik-baik dengan Pack Cik itu.
Jadi sudah jumpa dengan penjaga tugas di kawasan situ dan akhirnya telah selesai.
Alhamdulillah. Doranglah kena ganti kan (pihak Syarikat).
Terus sahaja pergi ke bengkel untuk gantikan cermin yang baru.
Siap..

Cerita itu dan ini, memang banyak kejadian ini berlaku jika pemotongan rumput dijalankan.
Jadi, mereka sudah biasa dengan situasi demikian dan menasihatkan petugas supaya lebihh berhati-hati jika ada kenderaan melalui jalan tersebut.
Sebagai pemandu juga anda pun harus berhati-hati ye.
Untuk kami adalah pertama kali dan jadikan pengajaran utuk akan datang. 

Aku fobia pergi duduk belakang balik. ahahaha
Gambar cermin pecah dalam handphone tau. (Tak boleh upload plak. Haishhhhh)


Selepas semuanya kembali tenang, kami pun pergi ke Kuala Gula Sanctuary Resort, Perak.
Cantik homestay tersebut dan restoren di situ juga menawarkan harga makanan yang amat berpatutan dan sedap.
Sedapnya ketam lembut itu. (Oiiii jarang dapat makan T_T)
insyaAllah akan datang lagi dam bermalam dengan riangnya. hahaha





# Entri untuk anak dan keluarga apa yang telah berlaku sepanjang hidup ini.

Share : Rancang Sikap Anak Tatkala Dia Buat Silap

Thursday, October 10, 2013








Banyak Karenah



“Ya Allah!!!!” bertempik seorang bapa tatkala melihat anak kecilnya mematahkan bingkai kaca mata. Baru dibeli semalam. Mahal pula tu.



Terkejut begini suatu reaksi spontan bagi mana-mana ibubapa apabila berhadapan dengan kesalahan si kecil. 



Pelbagai keletah tidak terjangka.

Menyorok telefon bimbit di dalam peti ais.

Meneraburkan duit dan dokumen dari dalam dompet.

Menyelerakkan buku daripada almari.

Meleraikan bunga hiasan.

Mencabut huruf-huruf di keyboard satu demi satu.

Mengoyak. Menterbalik. Mencurah. Menumpah. Menyepah. 1001 karenah.





Betulkan Sudut Pandang



“Kenapa dengan anak aku ni?” keluh hati ibubapa.



Mungkin kita terlupa…



Dia ‘anak kecil’! Memanglah anak kecil begini. Kalau tidak, apa bezanya dunia ‘anak kecil’ dengan dunia ‘anak besar’?



Anak kecil kita baru setahun jagung mengenal dunia. Bermula daripada tidak tahu apa-apa kepada belajar sedikit demi sedikit.



Adilkah kita mengharapkan anak kecil kita yang berusia 3 tahun berdisiplin seperti anak berusia 13 tahun? Jangan sampai sikap kita ‘menzalimi’ dunia kecilnya. Muhasabahlah mana-mana sikap kita yang tidak meletakkan sesuatu kena pada tempat. Mencubit, melempang…adakah itu sikap yang ‘adil’ dalam mendidik si kecil? Kasihani dia.



Kita akan lebih sabar apabila memahami. Lebih terpujuk. Kurang stress. Tugas mendidik anak menjadi lebih seronok bahkan menceriakan hidup.





Marahlah bukan Marah-marah



Ya, anak perlu belajar daripada kesalahannya. Jika ibubapa tidak marah, bagaimana anak akan mengambil serius terhadap perbuatannya yang salah? Lumrah marah, nada suara akan meninggi sedikit. Itu normal.



Biarpun nada suara meninggi sedikit, pastikan bahasa yang kita gunakan tidak kasar dan tidak menyiat-nyiat jati dirinya. Jangan meletakkan label ‘bodoh’, ‘nakal’ atau ‘jahat’. Kata-kata itu akan diprogramkan ke dalam otak menjadi satu kepercayaan diri yang negatif.



“No!” cukup dengan satu perkataan tegas, anak akan mengerti dia buat silap. Biasanya, mukanya akan berubah monyok. Bibirnya mencebir kesedihan.



“Waaaaaaaaaaaaaaa!!!” Ada yang terus berteriak menangis. Ada yang menangis perlahan tersedu-sedan.

Apakah reaksi kita ketika ini?



Meninggalkan begitu sahaja? Biar dia mengerti dengan sendirinya? Biar padan muka? Biar puas hati kita? Biar dia mampu membuat kesimpulan sendiri? Biar? Biar? Biar?





Selepas Marah?



Kembali kepada realiti, dia cuma anak kecil yang belum mengerti.  Jangan biarkan dia tertidur dalam kesedihan. Jangan biarkan hatinya rasa dilukai tanpa pujukan.



Kita tentu gembira jika anak kita pandai meminta maaf, bukan? Siapa yang akan mengajarnya sikap mulia itu kalau bukan kita?



Panggilan lembut akan melembutkan hatinya,



“Adik, mari minta maaf dengan ayah.”



Hulurkan tangan kita untuk bersalam. Jangan tunggu anak kecil kita mengerti sendiri untuk menghulurkan tangannya terlebih dahulu. Bahkan kita boleh mencium tangannya terlebih dahulu agar dia dapat mengikuti perbuatan itu.



Si kecil itu gembira diberi peluang. Kita juga akan terpujuk daripada geram. Ajarilah dia dengan kata-kata meminta maaf,



“Ikut ayah sebut, ‘Ayah, adik minta maaf. Adik tak sengaja.’”



Mendengar suara comelnya melafaz kemaafan, sangat mengubatkan. Bukan senang dia hendak memaksa dirinya lunak menerima didikan.



Selepas itu, senyumlah semula. Cium dia. Puji dia. Kerana ‘pandai’ meminta maaf.





Maafkanlah



Prap!



Si kecil terpijak lagi cermin mata si ayah. Dalam nada bersalah, dia cepat-cepat meminta maaf,



“Ayah, adik minta maaf. Adik tak sengaja.”



Sejuk hati mendengarnya. Mulia kelihatan akhlaknya.



Tapi, apakah sikap ibubapa ketika ini?



Memasamkan wajah? Memuncungkan mulut? Mencubit? Enggan menerima kemaafan?



Andai beginilah sikap kita, kita telah mengajarinya sikap berdendam. Dia akan meneladani sikap sukar memaafkan.



Ajarilah dia akhlak mudah memaafkan. Senang tersenyum kembali setelah memaafkan. Bukan mencuka berjam-jam.



Fahami, dia manusia biasa yang berpotensi melakukan kesilapan bila-bila masa sahaja. Kita juga manusia yang ada buat silap. Sudikah kita menurunkan ego untuk meminta maaf?



“Ayah yang sepatutnya minta maaf sebab letak cermin mata merata-rata.”




Berat tapi natijahnya hebat, insya Allah….


Sumber dari :
Blog Fatimah Syarha
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS