Fresh Flower Online

Bunga Segar


Wednesday, October 16, 2013

Kemalangan Kecil

Salam Aidiladha semua :)


Gambar dalam entri ini diambil dari Google ye. 
Harap maklum. Akibat terkedu tak dapatlah nak bergambar. huhuh

 Pada hari Isnin yang lepas, kami sekeluarga pergi ke Parit Buntar, Perak.
Seawal jam 7 pagi dari Ipoh, Perak kami bertolak. Uminya excited lebih kan. hahaha
Rayyan pula mood dia sangat baik hari itu :) Alhamdulillah.

Dalam perjalanan ke sana kami tempuhi pelbagai rintangan kecil.
Biasalah tu tempat jarang dilawati.
Hujan kian henti tatkala kami tiba di situ.
Sampailah kami ke Permatang Tok Mahat, entah jalan mati dan perumahan mana kami lalui.
Pusing dan terus pusing menuju ke jalan keluar, tiba-tiba terdengar bunyi
DDDUUUUMMMMMMMMMMM
(Pandai aku buat bunyi. hahaha)
Aku punyalah terperanjat dan nasib baik si anak tak terkejut dalam dakapanku ini.

Sekali pandang tepi cermin ingatkan kena percikan air, DAN sekali lagi pandang CERMIN KERETA PECAH dengan halus.
Ya Allah, tinted adalah penyelamat untuk kami berdua.
Cermin belah kiri kami berdualah maksudnya.
Bayangkan, aku dan Rayyan di hadapan, Rayyan pula kebetulan baru bangun tidur dan tengah menyusu dan muka dia betul2 hadap cermin. Fuhhh

# Selalunya aku dan Rayyan jadi bos kat belakang, hari itu pula saja dok depan, nak bantu Hubby.

Allah masih selamatkan kami. Alhamdulillah.
Apa yang ditakuti adalah, takut kaca terkena mata Rayyan je, budak kecil lagi T_T
Kalau Umi, xpelah juga T_T

Punca adalah pemotongan rumput yang dilakukan di kawasan tersebut.

Jalan kat situ pun basah-basah, lepas hujan katakan.
Hubby pun patah balik dan cakap baik-baik dengan Pack Cik itu.
Jadi sudah jumpa dengan penjaga tugas di kawasan situ dan akhirnya telah selesai.
Alhamdulillah. Doranglah kena ganti kan (pihak Syarikat).
Terus sahaja pergi ke bengkel untuk gantikan cermin yang baru.
Siap..

Cerita itu dan ini, memang banyak kejadian ini berlaku jika pemotongan rumput dijalankan.
Jadi, mereka sudah biasa dengan situasi demikian dan menasihatkan petugas supaya lebihh berhati-hati jika ada kenderaan melalui jalan tersebut.
Sebagai pemandu juga anda pun harus berhati-hati ye.
Untuk kami adalah pertama kali dan jadikan pengajaran utuk akan datang. 

Aku fobia pergi duduk belakang balik. ahahaha
Gambar cermin pecah dalam handphone tau. (Tak boleh upload plak. Haishhhhh)


Selepas semuanya kembali tenang, kami pun pergi ke Kuala Gula Sanctuary Resort, Perak.
Cantik homestay tersebut dan restoren di situ juga menawarkan harga makanan yang amat berpatutan dan sedap.
Sedapnya ketam lembut itu. (Oiiii jarang dapat makan T_T)
insyaAllah akan datang lagi dam bermalam dengan riangnya. hahaha





# Entri untuk anak dan keluarga apa yang telah berlaku sepanjang hidup ini.

8 Komen:

Zuraidah Butang said...

bahaya kan org potong rumput...sy pun kalau nampak org ptg rumput mesti jauh kan kereta sikit..

D Yatie said...

Eh. Kat mana tu??? Teringin lak rasa nya nak makan ketam lembut. Heee. Alhamdulillah tak ada apa2.

S.n.Fariza said...

Zuraidah Butang :
kena berhati2 :)

D Yatie :
kat Kuala Gula, Perak. Sebelah resort itu. sedap..

Aty_Fared said...

kaaaannn...akak pon takut kalau waktu orang potong rumput nak lalu dekat2..ngilu satu hal jugak...memang selalu pikir bende yg sama...batu melantun kene cermin dan pecah... mase kecik dulu akak pernah kene mase naik beskal..batu melantun kene badan sakit ya hamat sampai luka dan demam..

♥ ROS ♥ said...

Alhamdulillah semua selamat.. Ros pnah g sana.., pnah jgak wat entry..hehehhe

S.n.Fariza said...

Aty :
Betul. itu yg menakutkan sbnrnya.

Ros :
Alhamdulillah. hihihi

Mommy_Cha said...

kalo ade org potong rumput mula aku nak menyeget keta ke tepi bior jauh dari org tu. takreti bahse ke poton umput ditepi jalan tu bahaya? kang tarik tinge baru tau.
eh sori tetiba emo kat pihak kawann-kawan. hahahaha!

~ NANA ~ said...

my dulu2 lagi kesian...masa tu pregnant adik i yg no.8, sekali baru melantun dari org potong rumput, terkena muka dia...berlubang & berparut sampai sekarang, siap pensan lagi masa tu..huhu

NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design