Anakku : 1 Tahun

Tuesday, November 26, 2013

Salam.

Genap pada hari ini umur Rayyan 1 tahun dalam kalendar Islam iaitu 22 Muharram 1434 H / 06/12/2012 (Khamis).
Hari ini 22 Muharram 1435 H jatuh pada hari Selasa 26/11/2013.







Ya Allah, masa berlalu begitu pantas.
Anak sudah 1 tahun dan dahulu kecil sahaja. Oh baby !!!
Rindunya Umi T_T

Jadi anak yang soleh moleh ye nak... :)
Solat yang wajib usah ditinggal.
Harus tabah dan sabar mengharungi perjalanan hidup di dunia ini.
Jalanilah hidup ini dengan penuh ilmu dan sentiasa cari ilmu untuk keperluan akan datang.
Umi dan Abi sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anaknya. Amin.

Sudah pandai membaca, sila baca blog Umi ye.
hahahaha

Mommy Cha 1st Giveaway

Friday, November 22, 2013

Salam.

Mari sertai Giveaway dari Mommy Cha iaitu Mommy and Baby Moments Giveaway


Blog : Mommy Cha


Theme:
  • mommy&baby moments
  • tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.

How it work:
  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar. 
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. 
  • SATU gambar sahaja, okeh?
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
  • Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini.
  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)

 Winners akan dipilih berdasarkan gambar paling MENARIK.  
Entrynye biase-biase pon takpe.
Hadiah akan diberi kepada winners 1st - 6th place :)

 **********************************************************************



Keterangan gambar ini :
Kami sekeluarga pergi ke Splash Park The Mines pada Sabtu lepas.
Aktiviti mingguan keluarga haruslah bersiar-siar. hihihi.
Kematulah duduk rumah sahaja.

Gambar ini diambil setelah tamat aktiviti mandi kolam.
Basah baju dan seluar Umi, anak oiiii.
Seperti biasa, selepas buat aktiviti air, anak kehausan/kelaparan kan.

Rayyan ini memang bersungguh-sungguh kalau bab makan. Laju betul T_T
Suka tengok anak kalau selera nak makan.
Nampak sopan je dalam gambar itu, tak lama tangan semua masuk dalam mangkuk makanan.
Hadoiiiii.


Si Rayyan itu lagi kesian, kanan mahu suap makanan dan kiri adik Fariza dok panggil-panggil main gelongsor. 
Bagi Fariza, inilah saat-saat yang paling dirindui kelak.
Sebab apabila sudah besar, sudah pandai makan sendiri kan.
Air tangan dari ibu, penyusuan, mandikan anak, cium, peluk dan macam-macamlah.
Semuanya sudah pandai. T_T

Rindu bau Baby :)

Semoga berjaya kepada semua peserta.

Percuma Voucher RM 30 - Fashion Valet

Friday, November 1, 2013

Salam.

Hari itu ada kawan Gojes post di Facebook berkenaan dengan perkara ini.
Jadi apa tunggu lagi, terus layari laman sesawang Proudduck.com iaitu Vivy Yusof.

Lagi 2 jam mahu tutup, jenuh weyhhh, sudahlah internet lambat.
Kebetulan pula ada check up bla bla.
Si suami pula dok menyakat isteri '' Tu nombor sayang.. Tu nombor sayang.. ''
Saja je buat isteri kelam kabut (Dengkilah tu.. hahaha)

Akhirnya dapat juga guna 'QUACK30' dan beli barang untuk Rayyan.
Alhamdulillah. hihihi

Beli sahaja apa-apa barang dan dapatkan diskaun RM 30.
Jika beli bawah RM 30 tidak perlu bayar apa-apa.

Siapa tak suka benda free.
ahahahaha






Jane Shawl in Cherry Pink
Warna tudung yang comel



Plain Skirt in Purple
Skirt cantik :) 




Syracuse Jubah in Brown
Jubah lelaki.. Nampak soleh. hihihi
NYLA Baby Kurung Modern Dotty in White
 Baju kurung gugurl memang sweet dan comel


Tango Pumps in Rainbow
Tak mampu pakai heels nak. Umur dah meningkat. hahaha

Titania Long Dress in Green
Dress. Ala ala thepoplook.com

Selamat menjamu mata di Fashion Valet

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 Beli untuk Rayyan kasut :)
Bolehlah nak ye. Hadiah. ehehehe
Sampai tengahari tadi kat office.

 Army Sneakers in Brown
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS