Fresh Flower Online

Bunga Segar


Monday, December 30, 2013

Kata Motivasi

Salam.

Renungan bersama.

* Diri sendiri adalah teman yang paling rapat.

* Sebaiknya, sebelum berkahwin lagi, keserasian diambil kira.

* Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

* Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

* Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

* Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

* Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

* Yakinilah pasangan anda itu adalah yang terbaik buat anda.

* Orang yang bahagia sentiasa mudah apabila hendak tidur dan dia boleh tidur dengan lena dan bangkit dengan bersemangat.

* Ingat anak-anak, ingat rumahtangga, ingat jiran tetangga, ingat latarbelakang diri, dan ingat agama tatkala bergaduh.

0 Komen:

NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design