Koleksi Blouse Muslimah dari Zalora Malaysia

Tuesday, December 24, 2013


Salam.

Apa khabar semua? Semoga anda semua sihat sejahtera. Amin.

Hari ini saya mahu review berkenaan dengan membeli belah dalam talian iaitu butik online Zalora :)
Ada setengah yang sedia tahu dan ada yang belum dengan butik online Zalora ini kan.
Jika anda lihat di butik online Zalora, pelbagai jenama yang gah ada di situ dalam Malaysia mahupun luar negara.
Jadi, lebih menjimatkan masa belian dalam talian dari anda pergi ke butik.
Hanya perlukan wang dalam akaun dan perlu bayar caj pengahantaran sahaja jika pembelian kurang dari RM 75. Rendah kan :)

Kalau perempuan bab shopping ni haruslah nombor satu kan. hahaha

Alhamdulillah, ramai yang sudah menutup aurat dengan sempurna dan yang belum sempurna, mereka boleh belajar sedikit demi sedikit.
Berikan mereka semangat dan usah memerli tindakan mereka itu.

Blouse muslimah kian berkembang seiring dengan peredaran teknologi yang giat membangun.
Dari segi rekaan, jenis fabrik, cara penggayaan, mainan warna yang menarik, pementasan pakaian muslimah dalam negara dan antarabangsa kian diminati.
Contohnya seperti, butik online Zalora, Aqeela Muslimah, Sweet Muslimah, Modest Couture, Rina Salleh Clothing, Dreemika, Salam Santu, Zariya, Alif Aisya, Adorable Muslimah dan banyak lagi.

Koleksi blouse muslimah ibu yang hamil, menyusukan anak, pemakaian di pejabat, pemakaian santai, pemakaian ke mana-mana majlis serta menutup aurat banyak terdapat di koleksi blouse muslimah Zalora.

Baju kurung moden, pahang, color block semua ada.

Blouse menutup aurat yang cantik. Sesuai dengan saya yang masih menyusukan anak.

Jubah dan jaftan yang menarai untuk ke majlis keramaian.

Dress juga :) Menawan kalbu

Semestinya saya ada banyak jenis skirt. hahaha
Skirt pelbagai pilihan serta saiz.

Sweetnya tudung. Tudung pula harus menutupi dada ye.
Barulah menepati citarasa muslimah sejati.

Apa yang menariknya dengan Zalora ini?

Dapat voucher RM 20 sebaik sahaja anda mendaftar dan melanggan berita dari Zalora dengan percuma
Penghantaran percuma dengan pembelian RM 75 dan ke atas
Bayaran tunai di tempat anda contohnya Klang Valley, Putrajaya, Johor, Melaka, Perak, Terengganu, Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Selain itu, jika barangan yang anda tempah tidak menepati citarasa, anda boleh memulangkan semula barangan tersebut dalam tempoh 30 hari sahaja. Boleh tahan lama juga ye.
Tidak lupa juga, pembantu khidmat pelanggan mereka juga mesra alam dan banyak membantu jika anda mempunyai sebarang persoalan mahupun maklumbalas yang tidak memuaskan.

Beberapa bulan yang lepas, ada bungkusan dari butik online Zalora sampai di office I. Jadi dengan tidak melengahkan masa soalan demi soalan yang ku tanya dengan rakan sekerja, despatch mahupun bacaan dari internet. hahaha
1) Servis Zalora ok tak? So far Alhamdulillah ok. Jika kurang baik kena tanya kedua-dua belah pihak.
2) Jika barangan tidak menepati citarasa? Boleh pulangkan semula dan barangan haruslah dalam keadaan baik. Tak baik tipu tau sudah pakai lepas tu pulangkan balik. Haaaaa...
3) Penghantaran pula bagaimana? Kak dapat barang ini cepat, order semalam dan hari ini dapat.
4) Eh, kenapa kena minta duit dari pelanggan? Bukan ke sekarang bayar online sahaja? Eh, xdalah, boleh sahaja bayar online ataupun cash.



Ok. Klik klik klik. JOM SHOPPING....

2 comments:

ctmah said...

shopping cepat iza!heheh

Mimy Hamid said...

good job..happy soping fariza :))

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS