Tahniah Tuan Rumah !

Thursday, January 30, 2014

Salam.

Tahniah Tuan Rumah yang bagi peluang sewakan rumah dari hujung tahun 2011 hingga sekarang.
Tidak lama lagi kami akan berpindah. insyaAllah.
T_T
Jiran pun semuanya ok. hahaha
Drama !!!
Segala masalah/pembayaran/pertanyaan semuanya berhubung melalui email.
Mudah berurusan dengan beliau walaupun dia berada di Turki bertahun lamanya.
Sesekali pulang ke Tanah Air, Malaysia.

Mohamad Faharuddin Hatmin (barisan hadapan, sembilan dari kiri) bersama para penggiat industri pelancongan negeri Pahang dalam Majlis Petang Bersama Penggiat Industri Pelancongan di Kuantan, Pahang, kelmarin
 
Sumber : Utusan 

KUANTAN 17 Jan.

Penggiat industri pelancongan di negeri ini diminta memainkan peranan lebih besar sebagai tuan rumah sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014) yang berlangsung ketika ini.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Mohamad Faharuddin Hatmin berkata, peranan itu boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan jika mereka tinggal di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong.

Menurutnya, kerjasama mereka dengan kerajaan perlu dipereratkan supaya manfaat yang diperoleh itu turut membawa kesan pembangunan ekonomi di tempat masing-masing.

"Melaka, Perak dan Pulau Pinang merupakan antara negeri contoh yang melakar kejayaan daripada sudut promosi pelancongan kerana berjaya menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara ke negeri tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Petang Bersama Penggiat Industri Pelancongan di sini semalam.

Yang turut hadir, Penolong Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Siti Zubaidah Bustaman Arifin.
Mohamad Faharuddin berkata, pihaknya bersama Kementerian Pelancongan berusaha menawarkan pakej- pakej istimewa dalam menambah baik promosi pelancongan seperti mengadakan Eco Adventure.

"Aktiviti tersebut diadakan kerana pelancong amat meminati aktiviti di dalam hutan dan sudah tentunya Pahang mempunyai hutan tropika dengan mempunyai pelbagai khazanah yang masih terpelihara," ujarnya.


Nota : 
Tuan Rumah, bila mahu bawa kami melancong ke Turki dengan percuma?
Mampuslah aku kalau dia baca entri ini. haha. Bye !

Mom Baby Bazaar 2014

Wednesday, January 29, 2014



http://www.shoppingnsales.com/wp-content/uploads/2014/01/flyers.jpg

Salam.

Mom Baby Bazaar
8-9 Februari 2014
10 pagi - 10 malam
SACC Mall, Shah Alam, Selangor (Ruang Atrium)

Pelbagai acara akan dijalankan.

Bagi yang berkesempatan, boleh hadirkan diri :)

Coming Soon : The Big Bad Wolf 2014

Monday, January 27, 2014

Salam.

The Big Bad Wolf kembali lagi.
Seronoknya :)


Date : 15-23 February 2014

The Big Bad Wolf FIREBALL Book Sale

85%-95% Discount On ALL Books…And More!!

I’m back AT LAST…Loyal Fans!
If you missed last year’s sale…fear not
The FIREBALL Book Sale returns for you
at MIECC this February!

Snap up your favourites at
85%-95% discount on EVERY book!
Be Sure to Be There!

Location
Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC)
Jalan Dulang
MINES Resort City
Seri Kembangan, Selangor

Erin (..life after "i do") First Giveaway

Salam.

Suka join giveaway :)

TEMA GIVEAWAY






 Daddy and Baby Cool



SYARAT PENYERTAAN




1) Follow blog ..life after "i do"



2) Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway



3) Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa)



4) Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)



5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.



6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha



7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.



8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu



9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini




Ini gambar yang saya pilih..

Susah mahu dapat gambar Abi dan anak.
Umi Rayyan sahajalah yang banyak bergambar. hahaha


Abi ajarkan Rayyan main gelongsor.
Kenapa muka macam itu nak? hahaha
Terkedu lah tu :p


Roh Orang Yang Telah Mati Tidak Boleh Kembali

Saturday, January 25, 2014

roh orang mati

Soalan:
Ini kisah benar yang menimpa saya dan amat merunsingkan. Kami baru berkahwin dan masih berbulan madu, suami saya meninggal dunia kerana kemalangan jalan, saya reda. Dalam kesedihan saya bermimpi suami saya datang kepada saya seperti sebelum pemergiannya, kami gembira dan tidur bersama dengan bahagia. Selang beberapa malam di antara terlena dengan tidak, saya merasakan suami berada di samping saya, bermadu kasih dengan saya. Kemudian melarat sehingga saya benar-benar yakin, suami meniduri saya. Apakah sebe­narnya, apakah rohnya boleh balik melayan saya. Apa yang harus saya lakukan, saya benar-benar runsing sekarang.
ZAHARAH
Labis, Johor
 
Jawapan:
Saya sudah menjelaskan dalam beberapa soalan sebelum ini. Tetapi elok juga saya pertegaskan lagi bahawa, orang yang telah meninggal dunia, roh mereka berada dalam alam kubur hingga ke suatu masa yang terpulang kepada Allah menentukannya.
Ada yang diseksa dalam kubur dan ada yang berbahagia. Selepas itu mereka akan di tempatkan ke alam barzakh sehingga ke hari Kiamat.

Firman Allah (Al-Mukminuun:100)

“Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah Perkataan yang diucapkannya saja. dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan
”.
Maksudnya selepas kematian mereka akan berada di alam barzakh (yang mereka akan tinggal tetap di dalamnya) sehingga pada hari mereka akan dibangkitkan semula
Dalam Tafsir Al-Qurtubi pada juzuk 18 halaman 56, dalam tafsiran ayat tersebut, bahawa selepas kematian, roh manusia masuk ke alam barzakh, mereka berada di dalamnya. Alam itu tertutup atau terdinding, tersekat daripada mereka kembali ke alam dunia hingga mereka kembali pada Hari Akhirat.
Ertinya, roh orang-orang yang mati, tidak boleh kembali ke alam dunia. Logiknya, kalau orang yang sudah mati, kembali seperti dalam bentuk yang saudari tanyakan tadi, maka mengapa orang yang mati dibunuh dengan zalim, diseksa musuh yang tidak berperikemanusiaan, dirogol dan sebagainya, mengapa mereka tidak balik semula untuk mencari orang yang menganiaya mereka dan membalas perbuatan kejam mereka?

Ini tidak pernah berlaku, kerana hakikatnya orang yang telah mati sudah berada di alam yang ‘terdinding’ dan tidak boleh kembali. Oleh itu persoalan yang ditanyakan tadi, dan hukum syaraknya ia bukan roh suami yang telah mati.

Ia bukan roh, bukan suami, besar kemungkinan ia adalah makhluk halus yang disebut sebagai Qareen. Qareen memang wujud, asalnya ia sebagai bayang-bayang, atau duplikasi daripada suami puan. Apabila suami telah kembali ke alam baqa’, maka makhluk tadi dengan izin Allah, dia boleh menyerupai sebagai suami untuk melakukan apa yang telah berlaku.

Oleh kerana ia bukan suami anda, tetapi makhluk halus, maka jangan sesekali melayaninya, jangan beri ruang kepadanya melakukan sesuatu yang tidak baik kepada anda, lindungilah diri anda dengan ayat-ayat al-Quran dan pesanan-pesanan daripada hadis-hadis Rasulullah. Antaranya banyak membaca dua surah terakhir daripada al-Quran, ayatul Kursi sebanyak yang mungkin, membaca Surah Al-Baqarah hingga akhir, atau membaca Khawateem Al-Baqarah (ayat 184, 185 dan 186).
Sebaik-baiknya sebelum tidur, saudari membaca 11 ayat dari Surah Al-Baqarah, iaitu ayat 1, 2, 3, 4, 5 dan 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286). Boleh juga membaca Surah Yaasin atau mana-mana surah, dengan memohon pertolongan Allah SWT agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.

Wallahu a’lam
(Petikan dari ruangan bersama Dato’ Dr. Haron Din – Harakah 1-15 April 2007

1st Giveaway Ctmah Rahim

Friday, January 24, 2014

Salam



meh nak list syarat-syarat yang aku kenakan k:

  1. korang kena follow blog aku imaginasictmah 
  2. korang kena follow jugak blog business ikan bilis aku ctmahcorner 
  3. tajuk entry korang ialah 1st Giveaway Ctmah Rahim
  4. korang just copy gambar tema, gambar hadiah dan tarikh tutup dan pastu paste dalam entry GA korang tu (tak yah rajin sangat copy seluruh entry aku k)
  5. lepas tu baru korang letak gambar aksi anak-anak korang dalam kereta. INGAT, gambar anak je aku terima k. anak jiran ke anak buah ke aku tak terima tau! =)
  6. bawah gambar anak, korang boleh cerita sikit pasal gambar tu. tak kisah la anak tu tengah nangis ke, tengah ketawa terbahak-bahak ke, tengah mengelamun ke. just a few words, tak mau panjang sangat na
  7. last sekali, sila paste link entry GA korang ni kat ruang komen entry aku ni  tau. senang sikit aku trace 1-1
## 4 orang pemenang akan dipilih berdasarkan pada gambar yang aku rasa comel kelakar or buat juri aku tersenyum


untuk design beg dan thermos bia aku pilih yek, based on yang menang tu anak lelaki or anak perempuan

## 1st Giveaway aku bermula dari 23 Jan 2014 dan tamat pada 17 Feb 2014 (genap Alisha 1y 6m)

Gambarnya adalah seperti di bawah :

Inilah perangai anak yang tengah membesar. Tidak boleh duduk diam.
Panjat dan lompat sana sini.
Babap pung.gung kang baru tau. haha 


1) Nampak baik je kan :) Main plastik biskut. Sopan santun.
2) Sudah mula mahu panjat. Kaki semua naik atas T_T
3) Senyum kat Abi bukan main lagi ye. Lepas tu  melompat-lompat kau !!!
Ketika itu dari Ipoh ke KL.


Simptom-simptom Gangguan Jin

Tuesday, January 21, 2014

 Salam.

Ilmu yang berguna sebagai panduan akan datang.
 Mari cari penawar lebih awal sebelum terlambat.

Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan adanya gangguan Jin dan Syaiton (angkara Sihir, Saka atau Lintasan) di Rumah atau Premis Perniagaan (kedai, pejabat dll) berkenaan :

1. Bau wangian / kemenyan / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
2. Bayi kerap menangis bila berada dalam rumah / premis perniagaan
3. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya
4. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
5. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
6. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
7. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
8. Bunyi pasir / benda berat jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
9. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
10. Kedai / Pejabat tidak dapat dilihat oleh pelanggan / seperti tidak beroperasi
11. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
12. Makanan yang telah dimasak mudah menjadi basi
13. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus
14. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
15. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik
16. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
17. Rasa resah gelisah tanpa sebab bila berada di dalam rumah / premis perniagaan
18. Sering terasa seram bila berseorangan di dalam rumah / premis perniagaan
19. Selalu melihat kelibat / bayangan di dalam rumah / premis perniagaan
20. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
21. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
22. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
23. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
24. Suhu di dalam rumah / premis perniagaan terasa aliran bahang panas
25. Tanda lebam pada anggota badan
26. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur
27. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
28. Terasa bahu ditepuk dari belakang
29. Terasa terkena renjisan air
30. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat
dan sebagainya lag.
 
Penting :
 
Jika anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA (3) simptom yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa dengan Perawat Islam yang diyakini untuk mendapatkan ikhtiar rawatan. Gangguan Jin dan Syaiton yang berterusan boleh membawa kepada berbagai gejala Penyakit dan Masalah yang lebih serius. Wallahua’lam.
 
Perhatian :

Sekiranya anda ingin mendapatkan ikhtiar dari para Perawat Islam bagi mengusir gangguan Jin dan Syaiton (angkara sihir, saka atau lintasan) di kediaman atau premis perniagaan anda (kedai, pejabat dll); kami menyediakan perkhidmatan Rawatan Rumah dan Premis Perniagaan (Membersih, Memulih dan Memagar). Sila dail atau hantar SMS kepada 017-765 1747 (Mua’lij Zain Misbah) untuk sebarang pertanyaan dan membuat TEMUJANJI Rawatan/Kaunseling.
 
Artikel di atas ditulis oleh :
Cikgu Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM TM
 
Sumber : News @ Feryco

Teaser

Wednesday, January 15, 2014

Salam.

Sudah lama tidak buat teaser. hahaha
(Nak kena pelempang??)

Sudah lama tidak bercuti.


Bersama Bahagia Membahagiakan - Famili Celikz - PWTC

Friday, January 10, 2014

Salam.

Ini adalah entri panjang yang berguna..

Alhamdulillah.
Kami sekeluarga telah menghadiri Siri Jelajah Celik Famili yang diadakan tempoh hari.
Kita semua kongsi ilmu ya.


Tajuk : Bersama Bahagia Membahagiakan
Tarikh 29 Disember 2013 (Ahad)
Waktu : 9:00 pagi - 5:30 petang
Lokasi : Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur
Laman sesawang : As Sohwah
Kemudahan : Nurseri disediakan

Tajuk yang dibincangkan :
  • Mengenali diri melalui konsep pemikiran Reset Minda dengan formula
    • “Dunia dalaman menggambarkan dunia luaran”.
    • “Ada – Beri – Dapat”.
    • Fakta saintifik, emosi mempengaruhi kecerdasan mental dan fizikal.
  • Menghargai diri dan mengasihi Ilahi dengan cara menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah. Membina keyakinan diri yang tinggi dengan cara menjaga akidah dan pergantungan yang kukuh kepada Allah. “Dekat dengan Allah, Allah dekat dengan kita”.
  • Menjurus kepada peranan suami dan isteri serta ibu dan bapa dalam membentuk rumah tangga bahagia dan tenang bersama-sama anak-anak yang sihat mental dan fizikal.
  • Merujuk terus kepada permasalahan, sebab dan punca keretakan dan ketidakbahagiaan dalam rumah tangga.
  • Menjurus juga kepada permasalahan lain yang melibatkan hubungan semua peringkat; guru dan pelajar, majikan dan pekerja, menantu dan mentua, remaja dan sahabat, pelajar dan kerjaya, jodoh pertemuan, moral dan hubungan sosial masyarakat, serta hubungan manusia sebagai hamba Allah dengan Allah Yang Maha Pencipta.

Barisan Panel :
Bacaan Al-Quran : Ustaz Ahamd Tarmizi Abd. Rahman
Persembahan Montaj Siri Jelajah Celik Famili
Refleksi Diri : Prof Dr Muhaya
Keluargaku, Syurgaku : Ustaz Roslan Mohamed dan Prof Dr Muhaya
Persembahan Zikir Inspirasi : Hafiz Hamidon dan Prof Dr Muhaya
 Yang Dahulu Bukanlah Yang Sekarang : Dato' Seri Syed Zainal Abidin
Majlis Perasmian : Dr Asyraf Wajdi
Persembahan dari Nora
Hakikat Bahagia : Ustaz Pahrol Md Juoi
Transformasi Diri : Prof Dr Muhaya
Forum dan Sesi Soal Jawab : Semua Panelis


Pengalaman :

1) Jika ada keluarga, bawalah keluarga bersama dalam majlis ilmu. Tidak rugi langsung malah ilmu yang dapat itu amat berharga. Sama-sama perbetulkan kesilapan yang telah dilakukan masa lampau.
Dari situ, kita boleh bawa pembaharuan yang munasabah dan lebih dekat kepada Allah.

2)) Nurseri disediakan bagi memudahkan ibu bapa lebih menghayati Celik Famili tersebut. Kami tiba lebih awal. Kemain Rayyan lentok habis dengan penjaga dia. Almaklum penjaga dia masa itu cantik, sopan dan sejuk mata memandang. Serius !!!
Ada aktiviti untuk anak-anak. Rayyanlah kat situ paling kecil ye.
Ada maskot Bee juga.

3) Datang awal boleh duduk di barisan hadapan :) Alunan muzik yang mendayu serta lembut dan sayu yang menikam qalbu.

4) Majlis ilmu dimulakan dengan Prof Muhaya berserta Montaj Celik Famili dan Refleksi Diri.
Memang menangis habis ketika itu baik lelaki ataupun perempuan. Hargailah dan bersyukur apa yang ada di sekeliling anda.
Usah banyak M M M ....... (Sendiri paham lah ye)

5) Ilmu yang diberikan bermakna dan terkesan dalam jiwa.
Manfaatkanlah ilmu ini untuk anak akan datang dan jangan jadi seperti yang lepas.
Sedih sangat ok.

6) Didik anak ni macam main tarik tali. Ada masa ditarik, ada masa dikendurkan, tapi jangan lepas tali dari tangan. Didiklah anak mengikut zaman dengan berpada.

7) Diputarkan dari segi pertemuan dengan pasangan, perkahwinan, baby shower, parti hari lahir, outing, shopping, honeymoon dan lain-lain. Memang terkena di muka sendiri (padan muka diri sendiri). Jika boleh, buat yang perlu dan berpada sahaja. Lebih pentingkan keagamaan untuk keluarga dari duniawi.

8) Buat semua perkara hanya kerana Allah. Mengadu dengan Allah.

9) Aibkan orang, bergaduh sana-sini, berdebat tidak berfaedah, show up, tarik perhatian orang lain, bangga diri, ego, dan lain-lain. Semua orang alaminya kan.

10) Bagaimana anda dididik? Bagaimana didikan anda kepada anak? Bagaimana didikan anak anda kepada anaknya?

11) Apa yang kita tulis, apa yang kita luahkan, apa yang kita cakap itu adalah apa yang ada dalam diri kita sebenarnya. Jadi berhati-hati.

12)  Kita benci kan dengan orang yang kita tak suka? Jangan benci dia, dia kan manusia biasa, jadi kita hanya TAK SUKA dengan PERANGAI dia sahaja.

13) Jika ibubapa mahu bergaduh, gaduhlah berdua, usah bergaduh depan anak. Anak memerhati kan.
Jangan marahi anak depan keluarga mahupun orang ramai. Besar atau kecil anak itu, dia tetap mempunyai maruah. Setiap perangai anak berbeza.

14) Biarlah orang mahu berkata apa kepada kita, lebih baik kita diam.
Jangan jadi macam orang tersebut.


Berubah dan berubah sedikit demi sedikit, insyaAllah bukan DRASTIK.
Sentiasa berdoa dan dekatkan kepada PenciptaNya.
Jaga solat fardhu.
Bercakaplah perkara yang baik.
Banyakkan berzikir.


insyaAllah, jika berkesempatan mahu sahaja memenuhi peluang seminar ilmu yang diadakan di Malaysia.
Walaupun ilmu tidak penuh di dada, sekurang-kurangnya ambil input sedikit demi sedikit untuk hari kelak. insyaAllah.

Bukan mahu tunjuk pandai atau kau seorang sahaja yang baik dan berilmu.
Kita kena belajar setiap masa untuk perbetulkan kesilapan lampau dan usah diberikan didikan yang kurang betul kepada anak dan generasi akan datang.


* Aku menangis T_T. 
Maafkanlah cara dia yang kukenali.
Manfaatkan ilmu untuk akan datang.

Kena tulis supaya saya boleh baca semula jika lalai.
Aku bukan insan yang sempurna.

Giveaway : Saya Nak Hadiah Dari Thaqif

Thursday, January 9, 2014

 Salam.

Rakan semua, mari kita menyertai Giveaway dari Ummi Thaqif.
 Syarat penyertaan begitu mudah :)
insyaAllah jika ada rezeki anda boleh menang.

Syarat Penyertaan :


1. Folow blog Cheqmoomoo

2. Pilih gmbr korg n kids y korg rs plg best.. xkisah klu bukan ank pon.. ank buah pon bole.. ank jiran bole.. ank besfren bole (adiah utk kawan2 thaqif ye.. katepun adiah dari thaqif hehehe)

3. Buat entry kat blog + tepek pict Thaqif y kat atas tu skali eh .. (title: saya nak hadiah dari Thaqif) dan sertakan ayat sket.. xkisah la korg nk buat karangan ke berdialog ke.. nk pantun ke syair ke..
tp jgnla pnjg sgt.. hahaha (sy xrajin baca panjang2 hehehe) + details psl kids tu... (nama penuh+umur+jantina)

4. Jawab soklan mudah ni di hujung entry nnt.. bila birthday Thaqif ? & kat hospital mana Thaqif lahir ?

5. Pastu tag la sorang lagi kawan.. (saja soh ramai2 join hahaha)

6. Jangan lupe tinggalkn link kat bawah ni eh..

7) Pemenang akan dipilih dr pict y plg menarik hati dengan ayat yang best dan dipilih oleh ummi & ayah Thaqif :)

8) Tarikh bermula 11/12/13 sehingga 14/1/14.


Jawapannya adalah :

1) Thaqif lahir pada 25 Januari 2013 di Hospital Serdang, Selangor.

2) Saya mempunyai seorang anak lelaki comel dan soleh yang bernama Muhammad Rayyan Sufyan yang sudah berusia 1 tahun 1 Bulan. Cepatnya anak kamu membesar :)

3) Gambar dipilih

Suka gambar ini. Rayyan gelak kemain.
Masa ini pada majlis hari lahir Rayyan dan kawan-kawan.
Happy + Penat 
Love love itu terpaksa ditutup. Sepsilah. hahaha

4) Ramai sudah join. hahaha

Bye !

Review : Parcel Dari Zalora

Friday, January 3, 2014

Salam.

Entri tiada gambar disebabkan masalah teknikal :(

Sabtu lepas saya telah membeli-belah di butik online Zalora dan menerimanya pada hari Isnin.
Begitu pantas penghantarannya :)
Barangan yang dapat memuaskan hati.

Alhamdulillah dapat voucher dari pihak mereka dan seronoknya membeli-belah.
hahahaha

Rezeki kami sekeluarga di mana masing-masing kebetulan tengah mencari barangan tersebut.

Terus shopping kat Zalora.

Jika ada sesiapa mahu kupon boleh komen di bawa ye
1) 10 % untuk pelanggan yang telah membeli di Zalora
2) RM 25 untuk pembelian pertama di Zalora (Belum pernah beli di Zalora) - Amal Salleh
3) Tarikh tamat 28 Februari 2014

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS