Fresh Flower Online

Bunga Segar


Friday, January 10, 2014

Bersama Bahagia Membahagiakan - Famili Celikz - PWTC

Salam.

Ini adalah entri panjang yang berguna..

Alhamdulillah.
Kami sekeluarga telah menghadiri Siri Jelajah Celik Famili yang diadakan tempoh hari.
Kita semua kongsi ilmu ya.


Tajuk : Bersama Bahagia Membahagiakan
Tarikh 29 Disember 2013 (Ahad)
Waktu : 9:00 pagi - 5:30 petang
Lokasi : Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur
Laman sesawang : As Sohwah
Kemudahan : Nurseri disediakan

Tajuk yang dibincangkan :
  • Mengenali diri melalui konsep pemikiran Reset Minda dengan formula
    • “Dunia dalaman menggambarkan dunia luaran”.
    • “Ada – Beri – Dapat”.
    • Fakta saintifik, emosi mempengaruhi kecerdasan mental dan fizikal.
  • Menghargai diri dan mengasihi Ilahi dengan cara menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah. Membina keyakinan diri yang tinggi dengan cara menjaga akidah dan pergantungan yang kukuh kepada Allah. “Dekat dengan Allah, Allah dekat dengan kita”.
  • Menjurus kepada peranan suami dan isteri serta ibu dan bapa dalam membentuk rumah tangga bahagia dan tenang bersama-sama anak-anak yang sihat mental dan fizikal.
  • Merujuk terus kepada permasalahan, sebab dan punca keretakan dan ketidakbahagiaan dalam rumah tangga.
  • Menjurus juga kepada permasalahan lain yang melibatkan hubungan semua peringkat; guru dan pelajar, majikan dan pekerja, menantu dan mentua, remaja dan sahabat, pelajar dan kerjaya, jodoh pertemuan, moral dan hubungan sosial masyarakat, serta hubungan manusia sebagai hamba Allah dengan Allah Yang Maha Pencipta.

Barisan Panel :
Bacaan Al-Quran : Ustaz Ahamd Tarmizi Abd. Rahman
Persembahan Montaj Siri Jelajah Celik Famili
Refleksi Diri : Prof Dr Muhaya
Keluargaku, Syurgaku : Ustaz Roslan Mohamed dan Prof Dr Muhaya
Persembahan Zikir Inspirasi : Hafiz Hamidon dan Prof Dr Muhaya
 Yang Dahulu Bukanlah Yang Sekarang : Dato' Seri Syed Zainal Abidin
Majlis Perasmian : Dr Asyraf Wajdi
Persembahan dari Nora
Hakikat Bahagia : Ustaz Pahrol Md Juoi
Transformasi Diri : Prof Dr Muhaya
Forum dan Sesi Soal Jawab : Semua Panelis


Pengalaman :

1) Jika ada keluarga, bawalah keluarga bersama dalam majlis ilmu. Tidak rugi langsung malah ilmu yang dapat itu amat berharga. Sama-sama perbetulkan kesilapan yang telah dilakukan masa lampau.
Dari situ, kita boleh bawa pembaharuan yang munasabah dan lebih dekat kepada Allah.

2)) Nurseri disediakan bagi memudahkan ibu bapa lebih menghayati Celik Famili tersebut. Kami tiba lebih awal. Kemain Rayyan lentok habis dengan penjaga dia. Almaklum penjaga dia masa itu cantik, sopan dan sejuk mata memandang. Serius !!!
Ada aktiviti untuk anak-anak. Rayyanlah kat situ paling kecil ye.
Ada maskot Bee juga.

3) Datang awal boleh duduk di barisan hadapan :) Alunan muzik yang mendayu serta lembut dan sayu yang menikam qalbu.

4) Majlis ilmu dimulakan dengan Prof Muhaya berserta Montaj Celik Famili dan Refleksi Diri.
Memang menangis habis ketika itu baik lelaki ataupun perempuan. Hargailah dan bersyukur apa yang ada di sekeliling anda.
Usah banyak M M M ....... (Sendiri paham lah ye)

5) Ilmu yang diberikan bermakna dan terkesan dalam jiwa.
Manfaatkanlah ilmu ini untuk anak akan datang dan jangan jadi seperti yang lepas.
Sedih sangat ok.

6) Didik anak ni macam main tarik tali. Ada masa ditarik, ada masa dikendurkan, tapi jangan lepas tali dari tangan. Didiklah anak mengikut zaman dengan berpada.

7) Diputarkan dari segi pertemuan dengan pasangan, perkahwinan, baby shower, parti hari lahir, outing, shopping, honeymoon dan lain-lain. Memang terkena di muka sendiri (padan muka diri sendiri). Jika boleh, buat yang perlu dan berpada sahaja. Lebih pentingkan keagamaan untuk keluarga dari duniawi.

8) Buat semua perkara hanya kerana Allah. Mengadu dengan Allah.

9) Aibkan orang, bergaduh sana-sini, berdebat tidak berfaedah, show up, tarik perhatian orang lain, bangga diri, ego, dan lain-lain. Semua orang alaminya kan.

10) Bagaimana anda dididik? Bagaimana didikan anda kepada anak? Bagaimana didikan anak anda kepada anaknya?

11) Apa yang kita tulis, apa yang kita luahkan, apa yang kita cakap itu adalah apa yang ada dalam diri kita sebenarnya. Jadi berhati-hati.

12)  Kita benci kan dengan orang yang kita tak suka? Jangan benci dia, dia kan manusia biasa, jadi kita hanya TAK SUKA dengan PERANGAI dia sahaja.

13) Jika ibubapa mahu bergaduh, gaduhlah berdua, usah bergaduh depan anak. Anak memerhati kan.
Jangan marahi anak depan keluarga mahupun orang ramai. Besar atau kecil anak itu, dia tetap mempunyai maruah. Setiap perangai anak berbeza.

14) Biarlah orang mahu berkata apa kepada kita, lebih baik kita diam.
Jangan jadi macam orang tersebut.


Berubah dan berubah sedikit demi sedikit, insyaAllah bukan DRASTIK.
Sentiasa berdoa dan dekatkan kepada PenciptaNya.
Jaga solat fardhu.
Bercakaplah perkara yang baik.
Banyakkan berzikir.


insyaAllah, jika berkesempatan mahu sahaja memenuhi peluang seminar ilmu yang diadakan di Malaysia.
Walaupun ilmu tidak penuh di dada, sekurang-kurangnya ambil input sedikit demi sedikit untuk hari kelak. insyaAllah.

Bukan mahu tunjuk pandai atau kau seorang sahaja yang baik dan berilmu.
Kita kena belajar setiap masa untuk perbetulkan kesilapan lampau dan usah diberikan didikan yang kurang betul kepada anak dan generasi akan datang.


* Aku menangis T_T. 
Maafkanlah cara dia yang kukenali.
Manfaatkan ilmu untuk akan datang.

Kena tulis supaya saya boleh baca semula jika lalai.
Aku bukan insan yang sempurna.

2 Komen:

DYatie said...

Hope sgt dpt join bnd gini one day. Tbanks for sharing dear.

DYatie said...

Hope sgt dpt join bnd gini one day. Tbanks for sharing dear.

NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design