Fresh Flower Online

Bunga Segar


Thursday, January 30, 2014

Tahniah Tuan Rumah !

Salam.

Tahniah Tuan Rumah yang bagi peluang sewakan rumah dari hujung tahun 2011 hingga sekarang.
Tidak lama lagi kami akan berpindah. insyaAllah.
T_T
Jiran pun semuanya ok. hahaha
Drama !!!
Segala masalah/pembayaran/pertanyaan semuanya berhubung melalui email.
Mudah berurusan dengan beliau walaupun dia berada di Turki bertahun lamanya.
Sesekali pulang ke Tanah Air, Malaysia.

Mohamad Faharuddin Hatmin (barisan hadapan, sembilan dari kiri) bersama para penggiat industri pelancongan negeri Pahang dalam Majlis Petang Bersama Penggiat Industri Pelancongan di Kuantan, Pahang, kelmarin
 
Sumber : Utusan 

KUANTAN 17 Jan.

Penggiat industri pelancongan di negeri ini diminta memainkan peranan lebih besar sebagai tuan rumah sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM2014) yang berlangsung ketika ini.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Mohamad Faharuddin Hatmin berkata, peranan itu boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan jika mereka tinggal di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong.

Menurutnya, kerjasama mereka dengan kerajaan perlu dipereratkan supaya manfaat yang diperoleh itu turut membawa kesan pembangunan ekonomi di tempat masing-masing.

"Melaka, Perak dan Pulau Pinang merupakan antara negeri contoh yang melakar kejayaan daripada sudut promosi pelancongan kerana berjaya menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara ke negeri tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Petang Bersama Penggiat Industri Pelancongan di sini semalam.

Yang turut hadir, Penolong Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Siti Zubaidah Bustaman Arifin.
Mohamad Faharuddin berkata, pihaknya bersama Kementerian Pelancongan berusaha menawarkan pakej- pakej istimewa dalam menambah baik promosi pelancongan seperti mengadakan Eco Adventure.

"Aktiviti tersebut diadakan kerana pelancong amat meminati aktiviti di dalam hutan dan sudah tentunya Pahang mempunyai hutan tropika dengan mempunyai pelbagai khazanah yang masih terpelihara," ujarnya.


Nota : 
Tuan Rumah, bila mahu bawa kami melancong ke Turki dengan percuma?
Mampuslah aku kalau dia baca entri ini. haha. Bye !

1 Komen:

NoraKerel Aira said...

saya org pahang hehehhe !

NOTE: All the credits goes to the orig
Copyright © EnnLaw | Floating Leaves template designed by ennyLaw | eLaw's Design