New Design for Handsocks Lace

Monday, March 31, 2014

Salam.

Hansdsocks dengan design terbaru telah dikeluarkan.
Reservation hanya 2 hari sahaja ye.

Jangan mahu booking dan terus senyap memanjang.
Tampar karang... !! hahaha


All SOLD OUT
Available 
6 - Oren - Lace Cream
11 - Pink - Lace Pink
19 - Maroon

Harga : RM 12 sepasang
Belian banyak dapat harga istimewa.

Saiz : +- 25 cm (Hingga siku)

Jenis Kain : Cotton + Lace

Nota : Ready Stok dan terhad.

Cinta Sesungguhnya :)

Wednesday, March 19, 2014




Ku adalah manusia
Yang paling beruntung
Memiliki kamu

Kau tiada habisnya
Menyayangi aku sepenuh hatimu
Cinta yang luar biasa
Ku serahkan pada dirimu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu

Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu 
 
Kau tiada habisnya
Menyayangi aku sepenuh hatimu
Cinta yang luar biasa
Ku serahkan pada dirimu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu
 
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu

Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu

Ku kan berjanji seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu

Amalan Masuk Rumah Baru :)

Tuesday, March 18, 2014

Sekadar gambar 
Rumah siapalah aku ambil ini. haha. Pinjam ye.

Soalan :

Saya ada sebuah rumah banglo yang dibeli 2 tahun lepas tapi tak didiami. Benarkah Jin akan menghuni rumah yang ditinggalkan? Apakah persediaan yang saya harus buat sebelum memasuki rumah tersebut?

Terima Kasih

Jawapan : 

Salam ukhwah AJ,
Jin dan syaitan biasa berada di mana-mana, termasuklah di rumah yang sedang kita huni sekarang. Waktu kita sembahyang di rumah, kan ada syaitan datang menganggu? Bahkan qarin/ jin pendamping kita pun selalu ada bersama-sama kita. Cuma mereka bukan jenis pengganggu dan perasuk, lebih kepada jenis pembisik.
Kalau jenis pengganggu dan perasuk ini berada dalam rumah kita, ini yang menyebabkan gangguan. Boleh jadi dia menjelma, ataupun dia mengubah barang-barang, ataupun merasuk, ataupun menyakitkan kita.
Jin memang suka tinggal di rumah-rumah kosong, bahkan dalam bilik kosong di rumah kita. Tapi itu tak bermaksud dalam setiap rumah atau bilik itu mesti ada jin. Dan jika ada jin pun, tak semestinya jenis jin pengganggu. Bukan semua rumah kosong atau bilik ada jin pengganggu. Mungin satu dalam seratus buah rumah atau bilik (sekadar contoh). Wallahualam.

Antara ikhtiar yang boleh dilakukan ketika mahu berpindah ke rumah baru anda ialah:

1) Ketika masuk ke rumah itu, ucapkan “Assalamu’alaina wa ‘ala ‘ibadillahissolihin” macam dalam tahiyyat akhir. Maksudnya “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.” Boleh juga dilakukan pada setiap bilik.

2) Berdiri di ruang tengah rumah, azan ataupun iqamah. Tak perlu kuat seperti di masjid, guna suara sederhana saja.

3) Buatlah kenduri doa selamat sikit. Boleh juga dibuat bacaan Yaasin ataupun kenduri tahlil. Tak mampu panggil ramai orang, buat untuk keluarga pun jadilah. Bacaan-bacaan dalam doa selamat ataupun tahlil memang mesuai untuk mengusir dan menghindarkan jin. Dengan membaca doa beramai-ramai dan buat kenduri, para malaikat akan datang bersesak-sesak. Keadaan ini akan menakutkan para jin daripada berada dalam rumah itu.

Wallahualam.
Abu Zulfiqar

Sumber: Ikhtiar Muslim

Nota : insyaAllah dipermudahkan. Amin
 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS