Projek Jelajah Kasih 2014 : Ibu Rose

Tuesday, April 29, 2014

Assalamualaikum.

Pada hari Ahad lepas kami sekeluarga ke Seminar Ibu Bapa Penyayang, Anak-anak Cemerlang yang telah dianjurkan oleh Wanita Inspirasi Negara Malaysia dan NintySix ED.


Hanya separuh hari dari 8:00 Pagi hingga 1:00 Petang di KGPA, Mont Kiara.

Seronok dapat berjumpa dengan Ibu Rose iaitu Dr Rozieta Shaari.


Says sarankan mereka yang belum berkahwin, bakal berkahwin, bakal Ibu bapa dan yang sudah menjadi Ibu bapa hair ke seminar/ceramah sebegini.

Alhamdulillah banyak ilmu yang dipelajari di sana.

Bukan mahu bangga diri, bukan mahu anggap diri bijak, bukan mahu menganggap duit banyak, bukan diri kau sahaja yang pandai.

Kurangnya ilmu di dada dan harus dicari secara sederhana.

ILMU.
 Dimana cara didikan terdahulu dan sekarang ada silap dan salahnya, PERBETULKANLAH.
Sedikit demi sedikit ianya membantu.
Jadikan masa lampau itu sebagai pengajaran. Buat sekarang untuk anak-anak akan datang.

APA AKAN JADI KEPADA ANAK-ANAK PADA MASA AKAN DATANG?


Link : Projek Jelajah Kasih

Sebelum ke seminar, mohon bertanya kepada puhak pengurusan samada boleh bawa anak atau tidak ye.

Fariza bawa juga Rayyan ini disebabkan tiada siapa mahu menjaganya. Nasihat dengan baik supaya bersikap baik semasa berada di sana.

So far Rayyan ok. Anak kecil biasanya suka bebas bergerak. Biarkan sahaja asal tidak mengganggu para Ibu bapa lain. Jalan depan dan belakanglah Rayyan itu.
Ibu Rose bagi ceramah, Rayyan pun bagi ceramah.



Oh ye, Jelajah Kasih bersama Ibu Rose ini diadakan di seluruh Malaysia.
Setiap tempat tersebut berlainan topik ye.
Keluarkan duit demi ilmu untuk masa depan kita dan anak-anak juga.
Benda lain boleh beli, ilmu haruslah dicari juga ye.
Terpulang kepada anda dari segi kelapangan masa dan bajet.

Fariza bagi point sahaja untuk panduan bersama.
  • Berlemah lembut dengan anak.
  • Anak mudah menangkap apa yang kita buat itu dan ini.
  • Didikan dengan ibu bapa suka membaca.
  • Kawal dan biarkan tantrum anak.
  • Ibu bapa elakkan bergaduh depan anak-anak.
  • Kurangkan membebel yang tidak berfaedah dan boleh lahirkan generasi membebel tidak berfaedah juga.
  • Doa ibu bapa berterusan.
  • Hargailah pasangan (suami isteri) anda. Ada 4 ciri. Semua manusia ada.
  • Generasi dahulu ada terkesan untuk generasi sekarang dari segi emosi.
  • Hargailah apa yang anak anda buat.
  • Jaga maruah suami/isteri dan anak walaupun masih kecil.
  • Berlaku adil dan positif dalam persaingan adik beradik
  • Fahami emosi anak. 
  • Biarkan sahaja apa orang mahu kata kita itu dan ini.




Yang mana mahu terima panduan ini, teruskan.
Bukan semua senang nak terima kan.

1 comment:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, wahh bestnya ada projek camni.. sheila susah sikit nak pergi sebab suami kerja sabtu. ahad tu la masa beliau nak rehat2 kat rumah. hihi singgah menabung darlie sini~~~

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS