Tangisan Lepas Mimpi - HM

Wednesday, March 25, 2015

Salam.

MasyaAllah, diri sendiri pun tidak tahu bila mahu berubah.
Berubahlah pelan-pelan untuk akhirat bersama.
Umur makin meningkat. 
Kemana dosa kemana pahala.
Ajal boleh datang bila-bila sahaja. T_T

Rembau: “Tiga hari lalu arwah beritahu bermimpi seorang lelaki alim berpesan supaya tidak terlalu mengejar dunia dan mengutamakan akhirat. Dia bercerita sambil menangis teresak-esak dan berazam untuk berubah dan mendalami agama,” kata Harun Dahlan, 55, bapa saudara kepada Mohd Ammar 
Abdul Rahman, 29, yang maut dalam kemalangan, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam di Kilometer 26, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, dan mangsa yang menetap di Kampung Senama Ulu, dekat sini, meninggal dunia akibat kecederaan parah dialami selepas motosikalnya dikatakan dilanggar lari kenderaan berat.

Harun berkata, arwah anak sulung daripada dua beradik itu mula menunjukkan perubahan apabila banyak mendiamkan diri sejak dua hari lalu.

“Kami sekeluarga menyedari perubahan arwah dan saya sempat bertanya kerana risau apabila arwah banyak termenung dan mengelamun. Arwah cakap dia sakit kepala.

“Selepas bercerita mengenai mimpinya, arwah berazam untuk berubah, namun hasratnya tidak kesampaian kerana Allah lebih menyayanginya,” katanya ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

No comments:

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS