Kuserahkan Putriku Padamu (Renungan untuk Para Suami)

Thursday, April 30, 2015

Assalamualaikum.

Bukan setakat untuk suami.
Bakal isteri pun harus memainkan peranan juga.

Rayyan bila sudah besar, baca blog Umi ye. hihi.
Hal ini penting akan datang ok.


****************************************


Akhwatmuslimah.com – Saat pertama kali putri kecil kami terlahir di dunia, dia menjadi simbol kebahagiaan bagi kami, orang tuanya. Bahagia yang tiada tara kami rasakan karenanya. Kami menjaganya siang dan malam, sampai kami melupakan keadaan diri sendiri. Kami sadar, memang seharusnyalah seperti itu kewajiban orang tua.
Kami besarkan dia dengan segenap jiwa dan raga. Kami didik dengan semaksimal ilmu yang kami punya. Dan kami jaga dia dengan penuh kehati-hatian.
Dan waktupun berlalu…
Dia kini telah menjadi sesosok gadis yang cantik. Betapa bangga kami memilikinya. Kami berpikir, betapa cepat waktu berlalu, dan terbersit dalam hati kami untuk tetap menahannnya disini. Bukan bermaksud meletakkan ego kami atas hidupnya, Namun sebagai orang tua, siapa yang dapat berpisah dari anaknya. Putri kesayangannnya.
Tapi,…
Hari ini, akhirnya datang juga. Saat dimana kami harus melihatnya terbalut dalam pakaian cantik, yaitu gaun pengantinnya. Gadis kecil kami telah tumbuh dewasa. Dan sesudah ijab kabul ini, kau lah kini yang menjadi penjaganya. Menggantikan kami. Mari ikatkan tanganmu kepadanya.
Waktu akhirnya memaksa kami berpisah dengannya. Walaupun kau adalah orang yang asing dan baru sebentar dikenalnya, sedangkan kami adalah orang tuanya yang telah mengorbankan semua yang kami punya untuknya. Namun, tak ada sama sekali kemarahan kami atas dirimu, menantuku. Namun ijinkan kami sedikit meluapkan kesedihan atas seorang putri kami yang harus jauh meninggalkan kami, karena harus mengikutimu. Kamipun tak akan protes kepadamu, karena mulai hari ini, dia harus mengutamakan kau diatas kami.
Tolong, jangan beratkan hatinya, karena sebenarnya pun hatinya telah berat untuk meninggalkan kami dan hanya mengabdi kepadamu. Seperti hal nya anak yang ingin berbakti kepada orang tua, pun demikian dengannya. Kami tidak keberatan apabila harus sendiri, tanpa ada gadis kecil kami dulu yang selalu menemani dan menolong kami dimasa tua.
Kami menikahkanmu dengan anak gadis kami dan memberikan kepadamu dengan cuma- cuma, kami hanya memohon untuk dia selalu kau jaga dan kau bahagiakan.
Jangan sakiti hatinya, karena hal itu berarti pula akan menyakiti kami. Dia kami besarkan dengan segenap jiwa raga, untuk menjadi penopang harapan kami dimasa depan, untuk mengangkat kehormatan dan derajat kami. Namun kini kami harus menitipkannya kepadamu. Kami tidaklah keberatan, karena berarti terjagalah kehormatan putri kami.
Jika kau tak berkenan atas kekurangannya, ingatkanlah dia dengan cara yang baik, mohon jangan sakiti dia, sekali lagi, jangan sakiti dia.
Suatu saat dia menangis karena merasa kasihan dengan kami yang mulai menua, namun harus sendiri berdua disini, tanpa ada kehadirannya lagi. Tahukah engkau wahai menantuku, bahwa kau pun memiliki orang tua, pun dengan istrimu ini. Disaat kau perintahkan dia untuk menemani orang tuamu disana, pernahkah kau berpikir betapa luasnya hati istrimu? Dia mengorbankan egonya sendiri untuk tetap berada disamping orang tuamu, menjaga dan merawat mereka, sedang kami tahu betapa sedih dia karena dengan itu berarti orang tuanya sendiri, harus sendiri. Sama sekali tiada keluh kesah darinya tentang semua itu, karena semua adalah untuk menepati kewajibannya kepada Allah.
Dia mementingkan dirimu dan hanya bisa mengirim doa kepada kami dari jauh. Jujur, sedih hati kami saat jauh darinya. Namun apalah daya kami, memang sudah masa seharusnya seperti itu, kau lebih berhak atasnya dari pada kami, orang tuanya sendiri.
Maka hargailah dia yang telah dengan rela mengabdi kepadamu. Maka hiburlah dia yang telah membuat keputusan yang sedemikian sulit. Maka sayangilah dia atas semua pengorbanannya yang hanya demi dirimu. Begitulah cantiknya putri kami, Semoga kau mengetahui betapa berharganya istrimu itu, jika kau menyadari. [Akhwatmuslimah]

Sumber : Voa-islam.com

It is true :)

Assalamualaikum.



It is true :)

Perasaan itu hadir dengan penuh kasih sayang.
Semai kasih sayang sedikit demi sedikit.
Jauh berbeza dengan perangai semasa remaja dahulu. 

Buruk.

Berubah sedikit demi sedikit.
Apa yang baik-baik disampaikan untuk diri sendiri juga.

Tiada manusia berubah ke arah kejahatan, semuanya mahu berubah baik sedikit demi sedikit.

Tahniah.

Pengalaman melahirkan anak, menjaga serta membesarkan anak, segala pengorbanan ibu bapa,
pahit manis semua kita hadapi.

Mudahan ujian dan dugaan hadir pada masa ini dan hadapan boleh diatasi dengan baik.



Robocar Poli

Kegemaran Rayyan sekarang.

Salah satu rancangan kanak-kanak yang paling bagus dari segi bahasa dan moral cerita.

Tahniah. Idea yang kreatif sekali.

Perlakuan Ibu Bapa Cermin Peribadi Anak

Thursday, April 23, 2015

Salam.

Makin dewasa nanti masing-masing tahu bezakan mana yang baik dan tidak.
Mana yang baik ambil untuk diri sendiri juga kan.

Takkan semua manusia nak selamanya jahat.
Takkan nak selindung sebalik mee kuning lagi.

Terang-terang untuk info ye.

Sumber : Berita Harian



Anak adalah anugerah Tuhan dan sebagai amanah kepada ibu bapa untuk mengenalkan kepada Pencipta. Anak yang terdidik dengan acuan Pemberi amanah tidak akan menderhaka. Ustaz Pahrol Mohd Juoi turut menekankan keikhlasan ibu bapa dalam mendidik anak menerusi program Islam itu Indah. 

Kisah yang pernah berlaku pada zaman Khalifah Umar al Khattab, menunjukkan besarnya peranan mendidik anak. Riwayat masyhur itu bermula apabila seorang lelaki mengadukan hal anaknya yang derhaka. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak bapanya. 

Anak itu menjawab, "Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?" Umar menjawab: "Ya." Dia bertanya lagi, "Apakah ia wahai Amirul Mukminin?" Jawab Umar, "Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran)." 

Anak itu berkata: "Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara itu. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan 'Ju'olan' iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf daripada al-Quran". 

Umar lantas berkata kepada lelaki itu, "Kamu datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu." Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya. 


Didikan, tarbiah seumpama akar atau nyawa generasi. 

Sungguh besar peranan mendidik ini sehingga digambarkan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerusi Islam Itu Indah minggu lalu bahawa didikan dan tarbiah seumpama akar atau nyawa bagi generasi. Bahananya, generasi yang berdiri tanpa didikan memang masih mampu berdiri, tetapi dalam keadaan lemah dan sentiasa terjajah oleh musuh-musuhnya. 

Setiap individu ada peranan dalam mendidik. Menjadi kewajipan ibu bapa mengenalkan anak kepada Rasulullah SAW dan cinta terhadap Baginda. Ia hanya akan terlestari jika ibu bapa terlebih dahulu kenal dan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Mengenali dan mencintai tidak hanya terletak kepada pengetahuan salasilah Baginda SAW, tetapi ia sangat berkait rapat dengan rasa dan tindakan. Seni memindahkan rasa cinta kepada diri anak bukan sekadar menerusi lisan, malah perbuatan yang hadir dari hati dan dilakukan sepenuh hati. 


Anak adalah cermin dan pantulan daripada pelakuan ibu bapanya. 

Setiap yang terzahir daripada sifat dan tabiat anak seharusnya menjadi musabab buat ibu bapa dan bukannya modal melampiaskan marah. Sebagaimana ingatan Umar kepada si ayah, sesungguhnya anak derhaka itu hanyalah produk hasil ibu bapa yang derhaka terlebih dahulu. 

Tidak dapat dinafikan, terkadang kita tergelincir dalam mendidik anak. Maka, perbanyakkan taubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Bersungguh dalam memohon keampunan menerusi keinginan dan kemahuan untuk terus belajar dalam mendidik tanpa mengira faktor usia dan status dalam masyarakat dan keluarga. 

Anak adalah anugerah, tetapi ia tidak terhenti sekadar itu. Ia juga adalah amanah. Kita perlu sentiasa ingat bahawa anak itu dipinjamkan Allah untuk diusahakan kerana pada akhir nanti anugerah itu akan kembali kepada Penciptanya. Disebabkan anak itu amanah, wajib bagi ibu bapa mendidik mereka mengikut acuan Pemberi amanah. 

Acuan yang ditetapkan berupa tujuan hidup anak itu iaitu menjadi hamba Allah dan menjadi khalifah yang memberi manfaat kepada yang lain. 

Menjadi anak yang baik dan memberi kebaikan. Oleh itu, penting bagi anak ini diterapkan dari awal lagi berkenaan ilmu wahyu untuk mengenal Penciptanya dan perlu juga menguasai ilmu fardu kifayah bagi memudahkan matlamat kedua iaitu untuk memberi manfaat pada yang lain. 


Anak cinta Allah akan kenal ibu bapa 

Ibu bapa perlu yakin, anak yang kenal dan cinta Allah secara tidak langsung akan kenal dan cinta ibu bapanya. Anak yang lupa Allah, bukan sekadar lupa ibu bapanya bahkan akan lupa dirinya. Hilang cinta pada diri ini menuju kepada kebinasaan. 

Apabila anak itu sedar mengenai cinta Allah, sekali gus terdidik bahawa reda Allah terletak pada reda ibu bapanya. Disamping, cinta Allah akan merapatkannya dengan al-Quran yang terkandung di dalamnya berkenaan berbuat baik dan mendoakan ibu bapa. 

Sesungguhnya, apabila ada cinta Allah, individu itu memiliki segala-galanya, tetapi jika dia miliki segala-galanya tanpa cinta pada Allah nescaya dia hilang segala-galanya. Kiraannya mudah, jika kita mengajar anak mengenali Allah tanpa mengharapkan sebarang balasan, nescaya Allah akan memberi ganjaran lebih banyak. 

Selagi jasa selaku ibu bapa perlu dikenang oleh anak, selagi itu juga anak akan melupakan jasa baik ibu bapanya berpunca daripada terlepas didikan wajib yang utama iaitu mengenal Pencipta mereka yang juga Pencipta kepada kedua ibu bapanya. 

Didik anak seikhlasnya tanpa menjangkakan sebarang balasan. Proses didikan sewajarnya bermula dari hati. Didik anak itu amanah bukannya jasa. Sebelum mendidik orang lain ada baiknya terlebih dulu didiklah hati sendiri. 

Penulis ialah Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm

Caj Perkhidmatan 10% (Hotel & Restoren)

Salam.

Okay ikut sahaja mana yang baik.
Di samping itu boleh berjimat cermat.


Sumber : Kosmo 

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan bahawa industri perhotelan dan restoran boleh mengenakan caj perkhidmatan sekiranya premis berkenaan mempunya perjanjian bersama (CA) de­ngan pihak kesatuan atau perkara tersebut termaktub dalam kontrak perkhidmatan antara majikan dan pekerja.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sejajar dengan perkembangan itu, setiap premis yang mengenakan caj perkhidmatan wajib mempamerkan notis pemberitahuan berhubung pelaksa­naan caj tersebut di tempat yang mudah dilihat seperti di pintu masuk restoran bertujuan memberi maklumat kepada pengguna sekali gus membolehkan mereka membuat pilihan.
Beliau berkata, keputusan berhubung pelaksanaan caj itu dimuktamadkan selepas perbincangan bersama pihak kesatuan serta persatuan restoran dan hotel, pertubuhan bukan kerajaan, persatuan pengguna dan agensi kerajaan pada Isnin lalu.

Usah Biar Anak Tanpa Perhatian

Wednesday, April 22, 2015

Self Reminder for Me.


Sumber : HMetro

Menurut Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), kini timbul trend yang membimbangkan dalam kalangan wanita berkerjaya yang meninggalkan anak mereka berusia enam tahun bersendirian di rumah tanpa pengawasan orang dewasa.
Pada kita, sesungguhnya apa yang dibimbangkan itu ada rasionalnya kerana ia bukan sesuatu yang sesuai untuk membina dan membentuk perwatakan anak dalam menjalani kehidupan dengan sempurna.
Situasi sebegini akan membawa mudarat besar kepada pertumbuhan generasi muda pada masa akan datang.

Ini kerana anak yang tidak diberikan perhatian secara baik oleh ibu bapa berkemungkinan tinggi untuk terjerumus dalam pelbagai gejala sosial yang merugikan masa depan mereka sendiri.
Kita sememangnya menyedari pihak kerajaan sudah meggubal undang-undang sebagai langkah proaktif mencegah perbuatan ibu bapa yang boleh memberi mudarat pada pembinaan diri.
Misalnya, kita sudah ada Akta Kanak-kanak 2001 - Seksyen 33 yang menyatakan ibu bapa membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan berpatutan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Peruntukan undang-undang itu seharusnya kita lihat dengan fikiran positif kerana ia berbentuk pendekatan untuk tidak membiarkan kanak-kanak terbiar di rumah tanpa jagaan yang seharusnya.
Ia juga sebagai suatu langkah mencegah daripada berlakunya sesuatu yang tidak diingini ke atas diri kanak-kanak.

Namun, bukan soal undang-undang atau akta yang perlu digeruni oleh ibu bapa kerana undang-undang itu sekadar hukuman di dunia semata-mata.
Apa yang harus kita takutkan dan ambil berat ialah balasan Allah ke atas kita sekiranya hak pemeliharaan anak tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya. Ingatlah hukuman membiarkan dan menafikan hak anak yang bakal kita tanggung di akhirat kelak.
Setiap anak terutama yang masih kecil amat memerlukan kasih sayang dan belaian manja kita. Jadi, alangkah hampanya mereka seandainya kita tidak mampu memberikan nilai itu untuk mereka.
Mari kita sama-sama baca dan renungi bait syair Arab ini yang mana kandungan pengajarannya amat berfaedah untuk kita insafi. Antara lain tercatat dalam syair itu:
“Manakan sama cendawan yang tumbuh di zaman yang indah dengan yang tumbuh di tanah gersang.
“Adakah kesempurnaan yang kita harapkan, sedangkan anak disusui wanita yang mempunyai kekurangan.”

Syair Arab ini mengajar kita bahawa memelihara, membesarkan dan selanjutnya mendidik anak haruslah dilaksanakan sebaik mungkin oleh orang tuanya, khasnya kaum ibu. Bagaimanapun, ini bukanlah bermaksud kaum ibu tidak dibenarkan keluar bekerja untuk sama-sama menampung nafkah keluarga, apatah lagi pada masa sekarang yang sangat memerlukan kewangan bagi menampung kehidupan.
Cuma isunya ialah janganlah sampai lalai dalam memberi tumpuan kepada anak. Antara faktor yang menyebabkan keruntuhan akhlak anak dewasa ini adalah kerana kelalaian ibu bapa dan lebih mementingkan urusan kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawab.
Seorang ibu misalnya umpama ‘sekolah’. Seandainya kaum ibu menyiapkan anak dengan titipan kasih dan curahan binaan peribadi diri, insya-Allah akan lahirlah generasi anak Muslim yang unggul dan mulia. Semuanya terletak pada ibu bapa.

Justeru, sebagai ibu yang berkerjaya, kesibukan bukan seharusnya dijadikan alasan untuk membiarkan anak tanpa perhatian. Usahlah bersikap melepaskan batuk di tangga dalam hal penjagaan anak.
Berusahalah menjadi ibu bapa yang sentiasa mengutamakan kepentingan anak. Pandai-pandailah membahagikan masa dan bertindak secara bijak dalam membina kesejahteraan keluarga.

Penulis ialah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah


Hari Berkelah : Putrajaya April 2015

Tuesday, April 21, 2015

Salam.

Seronok dapat join aktiviti sebegini :)

Info sahaja. Tidak salah share kan.


Tips Berpantang Anak Kedua Agar Anak Sulung Tidak Buat Kerenah Dapat Adik Baru

Salam.

Hanya untuk saya dan anda semua.


Alhamdulillah Mak Dara (MD) dah lalui fasa berpantang anak kedua, 4 tahun yang lepas. Ternyata bukan mudah. Lagi-lagi yang sulong memang manja dan 100% perhatian pada dia.

MD belajar dari kesilapan. Mengaku yang masa tu, memang sangat tak sabar. Mudah sangat marah pada yang sulong, Rayna. Sampai sekarang kalau teringat, MD rasa sedih dan rasa bersalah.

Sebab tulah MD nak kongsikan sikit tips untuk mak-mak yang tengah berpantang anak kedua. Ketahuilah bahawasenya, cabarannya bukan terletak pada anak yang baru lahir. Tapi pada anak yang sulong.

berpantang anak kedua, pantang sendiri anak pertama, pantang sendiri, pantang anak kedua, berpantang sendiri di rumah, kerenah anak sulung

5 Tips Berpantang Anak Kedua Agar Anak Pertama Tak Jadi Mangsa Amarah Ibu


1- Beri Perhatian

Bukanlah yang sulong tu cemburu dengan adik baru. Tapi dia belum boleh terima hakikat kenapa mak dia ada anak lain. Jadi mak-mak kena beri perhatian pada anak yang sulong.

Layan dia selagi boleh. Kalau sebelum ni ada sesi baca buku bersama, teruskan. Kalau sebelum ni suapkan dia makan, sambil kita makan kita suap dia.

Luangkan masa 15-30 minit hanya bersama dengan yang sulong. Mintalah bantuan suami ke ibu ke untuk jaga baby kecil. Biasanya anak kedua ni tak banyak ragam. Kenyang susu, maka tidurlah tenang dan aman. Kalau bangun pun, elok je baring sambil merenung ke syiling.

2- Biarkan Dia Mengamuk

Waktu kritikal ini, emosi anak begitu rapuh. Maka, senanglah dia nak meragam atau marah. Padahal sebelum ini dia tak ambil port pun. Contoh, basuh yak dengan ayah. Mati-matilah dia menangis nak suruh mak tang juga yang basuh.

Jangan marah dia. Sebab tak de gunanya. Kalau di marah makin hebat mengamuknya. Maka biarkan saje dia mengamuk. Biarkan dia melepaskan perasaan. He is allowed to do so.

Biasanya takkan sampai berejam dia nak mengamuk, mesti sampai tahap dia akan tone down. Waktu ni, pujuk elok-elok. Kalau apa yang dia minta tu, mak tang boleh dan mampu buat. Layankan. If not mintalah suami layan si sulong.

3- Tarik Perhatian

Disebabkan masa berpantang anak kedua, anak pertama akan sedaya upaya merebut perhatian maknya. Maka cubalah tarik perhatiannya.

Yang ini memang perlu orang lain yang lakukan, seperti suami atau tuk ke nenek. Ajaklah anak pergi main di taman permainan, atau keluar berjalan-jalan. Mungkin kalau terpaksa invest sedikit beli mainan baru, apalah salahnya kan?

4- Tunjukkan Dirinya Penting

Kalau si sulong nak dekat-dekat dengan baby, janganlah suruh dia pergi. Atau kata 'jangan kacau adik', padahal dia nak tengok dan kenal juga adiknya.

Tapi janganlah biarkan mereka berdua. Pantau. Selagi dia tak buat apa-apa yang bahaya, biarkanlah dia nak sentuh-sentuh adik.

Juga libatkan dia dalam aktiviti siapkan adik. Contoh, mintalah si sulong ambilkan pampers adik. Atau ambilkan krim Herbal Blend nak sapu dekat ruam lampin adik. Apa saja, biarkan dia rasa penting.

5- Terus Ingatkan Dia

Jangan pandang yang anak kita yang sulong tu tak tahu apa-apa. Terangkan dan ingatkan pada dia yang dia tetap disayang dan tetap jadi anak yang pertama.

Cakaplah mak sayang kak long, dan puji dia bila dia lakukan sesuatu.

Dia akan paham bahawa maknya akan tetap sayangkan dia walaupun dah ada adik.

Fasa berpantang anak kedua tak mudah. Tapi kalau kita cuba yang terbaik dan paling penting, mohon pada Allah agar diberi kekuatan dan kesabaran. Tempoh ini akan menjadi indah, bukan mimpi ngeri.

Janganlah ulang kesilapan MD, maklumlah kurang ilmu parenting waktu tu.

Ada sampai satu masa, punyalah Rayna mengamuk sampai dia hempaskan kepala kat lantai. Bukan sekali, tapi berulang kali. Pujuk pun tak jalan. Akhir sekali, MD peluk dia kuat-kuat sambil menangis. Sambil nangis tu MD minta dia dengar kata dan tak mengamuk lagi. Berjaya juga taktik masa tu.

Bersedialah ye mak-mak yang bakal jadi mak anaknya dua. Tapi jangan pula takut. Hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi...lalala.

Selamat berpantang anak kedua dengan aman harmoni. Bye!

Numbers of Roses :)




1 Roses
On a first date, a single rose symbolises love at first sight.
It can also be given in years to come to say, "I still love you."
2 Roses
Mutual feelings, especially if they are red in color speak of two people who are deeply in love and together form their own happy little world.
3 Roses
Representing the couple and their shared love, a bouquet of three roses is traditional one month anniversary gift. ( I love You )
6 Roses
Whether it's a school crush or a more mature passion, six roses symbolizes infatuation.
( I wanna be yours )
9 Roses
To send the message "We'll be together forever," send a bouquet of nine roses. ( Everlasting Love )
10 Roses
Let them know that their love is perfection with a bouquet of ten roses.
11 Roses
Your the one that is most important in my life. ( Only you in my heart )
12 Roses
A perfect dozen shouts ( Be mine! )
13 Roses
Tell someone that they'll be your friend forever with a bouquet of thirteen roses. ( Friendship forever )
15 Roses
Need to let someone know that you're sorry? Send them fifteen roses. ( Forgive Me )
20 Roses
Send the message "my feelings for you are truly sincere" with a bouquet of twenty roses.
21 Roses
Twenty-one roses say, "I'm committed to you."
24 Roses
Cant stop thinking about you, 24/7.
25 Roses
Send a message of happiness with twenty-five roses.
36 Roses
I will remember our romantic moments
40 Roses
Forty roses says, "my love for you is genuine."
44 Roses
Till death do us apart.
50 Roses
To express a love that knows no bounds, send a bouquet that's equally as limitless - filled with fifty (or more) beautiful luxurious roses. ( Unconditional love )
99 Roses
I'll love you forever.
100 Roses
Signify a happy union of two loving souls till death or till a hundred years.
101 Roses
You are my one and only one.
108 Roses
Will you marry me?
365 Roses
Can't stop thinking about you, each and everyday / Speak of a love that has remained constant and true throughout the year
999 Roses
My love will last till the end of time ( Everlasting and eternal love )
1001 Roses
Infinite love / Speak of a faithful love that will live on forever.

Perkongsian Bersama : Ilmu Keibubapaan

Monday, April 13, 2015

Salam.

Alhamdulillah semakin berkurang.

Perkongsian dari Nurhasanah Mazalan.

Bila baca perkongsian ni rasa sangat tak layak nak jadi mak orang. Bila dan jika Allah rezekikan, memanglah rahmat kasih sayang Nya sangat meluas melebihi sangkaan kita sebagai hamba kepadaNya.

Sumber pencatat asal saya tak pasti. Semoga Allah memberkati dan memberi kebaikan yang banyak buat beliau.

Di majlis ilmu parenting bersama Ustaz Pahrol Mohd Joi Surau Al Kauthar s4 Bdr Baru Bangi. 
1 jan 2015.
Antara perkongsiannya:

1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tgk lah betapa sukar kita nk didik diri sendiri utk istiqamah solat awal waktu, solat berjemah, bc quran sekurang2nya semuka sehari, puasa isnin khamis dsbnya..tambah2 lagilah utk mendidik org lain..maka bersabarlah dlm mendidik.
Dlm byk keadaan matlamat kita utk ank2 sudah benar tp kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.
2. Tuntutlah ilmu berterusan..walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.
3. Jgn label anak. Blh kata anak malas tp jgn label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dgn nama yg baik sbb itu adalah labelnya.
4. Letakkan misi dan visi yg jelas kpd ank. Jd hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dgn acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik ank jd BAIK drp didik ank jd CERDIK.
5. Anak bkn milik kita tp amanah kpd kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jgn bw ank2 kpd kita, bwlah ank2 kpd Allah.
6. Ibu sama dgn ramadhan sbb ibu adalah madrasah ank2 dan ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dlm rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dr doa ayah kerana sygnya lebih berakar kpd ank drp ayah.
Sbb itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.
7. Pendidikan ank2 bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya.
Yg sudah berkahwin dan ada ank2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan..didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.
8. Didiklah anak dgn al quran. Ibnu sina hafiz pd masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dlm kandungannya ia telah didik oleh ibu yg hafizah.
Kita bkn hafiz..tp pastikanlah ank2 sekurang2nya kenal huruf alquran melalui kita. Ambillah barakah ini.
9. Ibu bapa pemimpin kpd ank2. Pemimpin yg baik adalah yg besar pengaruhnya kpd ank2. Skrg ni ank2 tadika lebih percaya ustazah di sekolah dr ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dr ibu bapanya..akhirnya ibu bapa hlg pengaruh kerana dunia tp sempadan amat besar pengaruhnya.
Tingkatkanlah pengaruh dr rasa percaya dan kepercayaan. Dlm rmhtangga, dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya..
Walk the talk. Didiklah diri kita dlm usaha mendidik ank2 kita. Bantulah ank2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.
10. Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan sprt sedekah banjir dsbnya sbg tawasul ank2 menjadi baik. Cth: moga dgn sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..
11. Sayangilah anak2 kerana kita syg dia bkn krn syg diri kita. Cth: kita jadikan ank2 kuda lumba utk kebanggaan kita. Ank dpt result yg baik terus ruar2kan..ank yg x dpt elok diamkan dan dimarah krn memalukan kita..bezakan ank2 yg pandai dgn yg kurang pandai..


 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS